31

317 8 0
                                    

Mereka semua menantikan Alisha di hadapan bilik pembedahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka semua menantikan Alisha di hadapan bilik pembedahan. Arief duduk semula setelah berdiri selama satu jam. Dirinya risau akan isteri yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik pembedahan.

"Nah." Dia melihat gerangan wanita yang menghulurkan secawan kopi kepadanya.

"Thanks Athia but I'm not thirsty." Dia kembali memandang lantai. Rasa bersalah masih lagi tersisa. Bagaimana dia perlu mengembalikan keadaan seperti biasa? Dia sendiri buntu.

"Apa- apalah." Athia mencebik lalu meletakkan kopi itu di atas kerusi kosong bersebelahan Arief. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bertentangan dengan Arief.

"Kau rasa sakit tak bersalin?" Soalan pertama yang dilemparkan daripada Arief membuatkan Athia mendengus kasar.

"Apa masalah kau ni? Mestilah sakit. Soalan mengarut apa ni?"

"Aku saja tanya. Awkward dengan kau. By the way sorry for everything." Matanya memandang Athia di hadapannya.

Ungkapan maaf itu mungkin tidak cukup untuk membetulkan salahnya. Dia sendiri tahu tetapi Ammar telah berpesan kepadanya untuk tidak mengungkit perkara yang pernah berlaku. Anggap sahaja perkara itu ialah kisah dongeng yang pernah menyinggah hidup mereka.

Tujuannya untuk memperbetulkan keadaan dan menghilangkan rasa bersalah dalam diri Elara dan Arief. Walaupun perkara itu tidak membantu menghiris perasaan itu tetapi jikalau tuan badan sendiri mampu meredhai dan melepaskan, mengapa mereka tidak?

Arief sendiri mencemburui kesucian hati Ammar yang sedia memaafkan dirinya dan Elara walaupun masjidnya hampir runtuh ditimpa fitnah.

"Aku dah lama maaafkan kau. Bukan salah kau. Buat apa berdendam dengan keluarga sendiri?" Athia tersenyum kelat. Ingin melupakan itu tidak mudah tetapi memaafkan itu masih boleh. Dia tidak berdendam.

Dendam memakan diri sendiri. Buat apa merosakkan diri sendiri sedangkan masih banyak lagi perkara boleh dilakukan? Cukuplah dirinya sudah menjadi mangsa dendam. Hatinya cuba ditenangkan. Itu sahaja yang dia mampu.

Keluarga? Perkataan ringkas itu menyentuh hati Arief . Athia menganggap dirinya keluarga? Semakin bersalah dirinya.

"Lagipun ada juga benda yang baik di sebalik apa yang berlaku. Aku dapat tahu betapa cintanya Naufal pada aku." Senyuman sinis terlakar di bibir Athia .

Membuntang mata Arief mendengar pengakuan Athia.

"Aku melawak sahaja. Kau ni. Sejak- sejak dah nak jadi ayah terus serius 24 jam. Mana Arief yang dulu?" Gelak tawa Athia memeriahkan suasana mereka yang agak tegang tadi.

"Dia dah matang." Pedas sahaja jawapan Arief. Dia menekup mulutnya, terkejut dengan apa yang baru dia katakan. Dia tidak sengaja.

"I'm sorry Arief if you really mean what you said, I'll take that as a joke." Athia sudah masak dengan perangai Arief ini. Mana tidak, Arief ialah penemannya sepanjang ketiadaan Ammar di sisinya selain Naufal.

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now