23

215 12 0
                                    

"Amboi! Sedapnya bau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Amboi! Sedapnya bau. Masak apa sayang?" Tangan sasanya mula melingkari pinggan kecil Alisha. Dia mengusap perlahan perut Alisha yang semakin hari semakin menunjukkan bentuk itu.

"Masak ikan tiga rasa je. Lepastu ayam masak merah and kailan ikan masin" Balas Alisha. Tangannya masih sibuk mengacau ayam di dalam kuali itu.

Ting tong!!

Loceng rumah mereka berbunyi.

"Eh pergi tengok tu. Mesti mereka dah sampai." Alisha menolak perlahan tubuh suaminya itu.

"Iyo la."

Malas sahaja pergerakan Arief itu. Dia ingin menghabiskan masa dengan isteri tercinta tetapi mesti ada sahaja yang mengacau. Sibuk betul!

Dia membuka pintu depan rumahnya. Kelihatan papa dan mamanya bersama Ammar di hadapan pagar rumahnya.

Dia menekan butang pada suis untuk membuka pagar rumahnya.

"Assalamualaikum anak mama! Menantu mama mana? Tak sabar nak peluk cium dia." Kata Puan Julia sebaik sahaja Arief bersalaman dengannya.

"Waalaikumussalam. Ada je. Tengah perangat dan hidang lauk kat dapur." Arief beralih ke papanya pula untuk bersalaman.

"Kenapa tak tolong Alisha?" Papanya bertanya.

"Kalau dia tolong Alisha, sampai besok la kita ada dekat luar papa." Ammar membuka kata. Dia tergelak kecil apabila papanya membuat muka.

"Betul tu. Eh, jemputlah masuk! Lupa pulak." Arief menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mereka yang ada di luar terus melangkah masuk ke dalam rumah Arief itu.

Bahagian ruang tamu menyambut kehadiran mereka sekeluarga. Alisha yang entah dari mana tiba- tiba hadir dengan tangannya yang basah. Dia terus mengelap tangannya menggunakan sehelai tisu dapur lalu bersalaman dengan kedua orang tua Arief.

"Jemput lah duduk semua. Jangan berdiri macam ni." Terdapat gurauan di sebalik kata- kata Alisha. Mereka semua tergelak kecil.

Sofa mewah Arief diisi dengan tubuh mereka.

"Bila due date kamu Alisha? Tak sabar nak timang cucu ni. Tangan mama dah terketar- ketar nak pegang cucu ni." Puan Julia menunjukkan tangannya yang kononnya terketar- ketar.

"Amboi Julia. Sakan nampak." Encik Hakim memerhati dari jauh isterinya itu.

"Tak ape lah abang. Diorang tak cakap apa pun. Awak yang melebih. Bila due date baby?" Puan Julia bertanya semula persoalannya yang tidak dijawab dari Arief mahupun Alisha. Senyuman manis dihadiahkan kepada mereka berdua.

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now