Entah mengapa kaki ni terasa gatal je nak naik tingkat atas. Perasaan ingin tahu membuak- buak apabila Alisha ternampak satu bilik di tingkat atas.
Bilik itu seolah- olah bercahaya di matanya. Kakinya menapak ke tingkat atas. Tak sabar hendak meneroka bilik rahsia itu.
Dia kini berada betul-betul di hadapan pintu bilik itu.
Nak masuk ke tak?
Dia cuba mengulas tombol pintu itu
Yeay tak berkunci!
Dia melangkah ke dalam bilik itu perlahan-lahan. Tema warna bilik itu langsung tidak lari daripada tema warna di seluruh rumah Arief.
Agaknya black and white memang colour favourite Arief kot.
Semua perabot termasuk sofa berwarna hitam dan meja kaca berwarna putih menghiasi sistem penglihatan Alisha. Dia duduk sebentar di atas sofa, menikmati keempukan kusyen sofa itu. Sekali sekala matanya meliar ke kiri dan kanan.
Matanya tertacap pada rak buku di balik pintu di dalam sebuah bilik.
Nampak seperti mini office Arief.
Perasaan ingin tahu menyelubungi hati Alisha. Dia mula mendekati bilik itu.
Dia menolak pintu itu seraya masuk ke dalam bilik itu. Dia agak terkejut dengan apa yang dilihatnya. Ini bukan mini office. Ini bilik bacaan Arief.
Bilik itu dipenuhi dengan rak buku yang berwarna coklat.
Satu, dua tiga... 10 rak buku dalam satu bilik yang kecil ni?!
"Found what you've been looking for sayang?"
Kelibat Arief yang menyandarkan bahu kanannya di tepi pintu bilik itu sambil menyilangkan tangannya menyapa sistem penglihatan Alisha.
Suara itu mengejutkan Alisha yang baru sahaja melangkah ke rak buku itu. Mana taknya tadi rasa macam tiada orang dekat rumah. Tup- tup mamat sengal ni muncul. Entah celah mana dia boleh datang.
"Tadi tak jumpa tapi sekarang dah jumpa." Alisha saja mengusik Arief. Sahaja ingin melihat reaksi muka Arief. Matanya sengaja dikenyitkan.
"Do you miss me that bad?" Arief mendekati tubuh isterinya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada isterinya.
"Sikit je la." Alisha memandang tepat sepasang mata hazel itu. Tak takut langsung dengan senyuman sinis si sengal ni.
"Abang suka baca buku ke?" Alisha sengaja mengubah topik. Dia meneliti rak buku yang penuh dengan novel Melayu di hadapannya.
'Abang.' Alisha ingin membiasakan panggilan itu kepada Arief. Sudah tiba masanya hati ini memiliki penghuni.
"Yep". Arief malas hendak layan si Alisha ni.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...