20

278 17 7
                                    

Athia membuang pandangan ke arah luar rumahnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Athia membuang pandangan ke arah luar rumahnya. Dia masih menunggu suaminya untuk pulang ke rumah. Sudah seharian Ammar tidak pulang. Dia merindukan suaminya itu.

Matanya bengkak dan sembap. Seharian dia menangis di atas sejadah. Dia mengharapkan bahawa Allah memulangkan Ammar kepadanya semula dan membuka hati Ammar untuk memaafkannya buat kali yang terakhir.

Adakah lebih baik jika dia bertahan atau terus pergi?

Firasatnya kuat mengatakan bahawa Ammar masih mencintainya . Tetapi setelah difikirkan, luka Ammar yang dalam tidak dapat diubati dengan hanya perkataan maaf.

Ya Allah lembutkanlah suami hati aku. Pulangkan dia kepada aku.

Arief dan Alisha melangkahkan kaki mereka berdua ke dalam kafe milik Arief itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Arief dan Alisha melangkahkan kaki mereka berdua ke dalam kafe milik Arief itu.

Kehadiran mereka disambut dengan suara nyaring Zahra.

"Abang Rif!" Zahra mendekati mereka berdua.

Alisha naik muak dengan perangai gedik Zahra ni. Ber'abang' bagai. Pigidah!

Zahra menghulurkan sebatang pen kepada Arief.

"Happy belated birthday Arief. Maaflah Zahra jadi orang last yang wish dekat Arief. Hadiah ni special tau. Ingat tak waktu kita bercinta dulu? Abang suka pen ni kan?" Kata Zahra. Senyuman riang terukir pada bibirnya.

Gatalnya minah ni. Sekali aku hawin meja ni habis pecah kepala dia. Waktu bercinta konon. Era percintaan kau dah habis nyah. Sekarang kau boleh blah. Biar aku jaga Arief.

Huluran Zahra disambut.

"Thanks." Jawab Arief ringkas lalu berlalu pergi. Dia menarik lembut tangan Alisha untuk pergi bersamanya meninggalkan Zahra di situ.

Arief membuat tidak tahu sahaja dengan kata- kata Zahra tadi. Malas hendak layan. Makin layan makin menjadi. Dulu waktu single mingle pringle boleh la layan. Sekarang ni dah nak jadi bapak orang dah pun.

Zahra menghentakkan kakinya sedikit. Geram dengan sikap dingin Arief. Sebelum ni elok sahaja dia melayan Zahra.

"Hadiah ni special tau. Ingat tak waktu kita bercinta dulu? Abang suka pen ni kan?" Alisha mengejek semula kata- kata Zahra.

MY ALISHA ILAIRA | CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang