13

230 18 5
                                    

Pulang sahaja daripada rumah Ammar, Arief terus berkurung di dalam perpustakaan mini milik Arief

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pulang sahaja daripada rumah Ammar, Arief terus berkurung di dalam perpustakaan mini milik Arief. Entah mengapa Arief bertindak sedemikian. Arief seolah - olah tidak dapat menerima berita yang disampaikan tadi.

Ingin sahaja Alisha bertanya tetapi haish karang dimarah pulak. Mood Arief ni jangan buat main. Kalau dia betul- betul annoyed, kau hantar la artis favourite dia, Taylor Swift untuk pujuk pun dia tak mahu. Tengking lagi ada la.

Dia ingin tahu. Tetapi bagaimana? Bagaimana dia ingin mengorek rahsia di sebalik perlakuan Arief.

Dia tidak senang duduk di sofa. Dia mula menggigit kuku ibu jarinya. Haish. Fikirannya serabut. Banyak sangat konspirasi yang bersarang di dalam kepalanya.

"Jangan gigit jari. Kalau nak gigit sangat, nanti abang beli pacifier. Kalau nak free, boleh je gigit abang." Punggung Arief dilabuhkan di sebelah Alisha.

Entah dari mana dia datang. Tak dengar pun bunyi tapak kaki si sengal ni.

Tangannya mula gatal melingkari pinggang Alisha.

"Tangan tu tak payah la." Alisha menolak kasar tangan Arief. Tadi bukan bad mood sangat ke?

"Buat macam tak biasa. Padahal lebih daripada biasa. Allah nampak tau sayang. Jangan cuba berdalih." Arief mengangkat keningnya beberapa kali. Seronok mengusik si Alisha ni. Comel!

"Betul ke abang macam novel cinta ni? Entah- entah novel genre misteri. Itu yang perangai makin pelik tu." Alisha menjeling tajam ke arah suaminya itu.

Tangan suaminya itu tidak lepas daripada melilit pinggangnya.

"Tak cukup sweet lagi? Maknanya abang kena baca novel cinta lagi lah." Tawa Arief membuatkan Alisha makin meluat.

Melihat daripada mood Arief yang berubah menjadi seperti biasa, Alisha mula mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan yang bermain di fikirannya.

"Abang boleh tak abang bagitau kenapa abang tak suka Kak Athia? Jangan cuba menipu. Allah itu maha Mengetahui." Dia cuba beranikan diri.

"Memang aku tak suka Athia. Perempuan sundal macam dia tu taste Ammar sahaja." Nadanya berubah sekelip mata apabila Alisha menyoal soalan itu. Dia membuang pandangan ke tempat lain. Dia tidak suka memandang Alisha ketika dia marah.

"Kenapa abang cakap macam tu? Kak Athia baik lah." Alisha cuba memujuk Arief untuk menceritakan hal sebenar. Dia memegang lembut lengan Arief.

"Baik? Hah? Awak tahu tak apa definisi perkataan baik?" Arief cuba sedaya upaya untuk menahan marahnya. Dia benci Athia . Dan dia juga benci melihat kebodohan abangnya.

Alisha mengangguk.

"Kalau awak tahu. Sedikit pun awak takkan cakap dia baik. Perempuan sundal tu licik." Dia memandang isterinya. Jujur, dia berbelah bahagi sama ada menceritakan hal sebenar ataupun menjaga aib Athia.

Berbaloikah menjaga aib perempuan sundal tu?

Alisha berhak tahu. Dia juga sebahagian daripada keluarganya. Dia juga ada kaitan dengan Ammar dan keluarganya. Elara pun tahu. Jadi Alisha pun perlu tahu. Tidak guna menjaga aib perempuan yang mencalarkan nama sendiri dan menconteng arang pada muka sendiri.

"Abang! Tak perlu la double meaning bagai. Straight to the point boleh? Alisha Penat lah." Suara Alisha naik seoktaf. Penat dengan kiasan Arief.

"Anak yang dia kandungkan tu bukan anak Ammar. Itu anak orang lain! Entah jantan mana yang tebuk dia. Dia hanya ambil kesempatan terhadap cinta Ammar sahaja." Arief mengetap giginya, menahan marah. Dia teringat apa yang jadi dahulu, sewaktu dia dan Elara berjaya menangkap Athia di hotel ternama. Nak buat dosa pun dekat tempat yang grand, bukan tempat yang lekeh.

"Ammar tahu?" Alisha tumpang kasihan dengan nasib Ammar. Walaupun dia tidak ada perasaan terhadap Ammar lagi tetapi Ammar itu juga sebahagian ahli keluarga Alisha. Tidak salah kan kalau dia juga ingin mengambil berat tentang Ammar?

"Tahu. Sebab abang yang bagitahu. Kalau tidak, sampai mampus la perempuan  sundal tu tipu dia. Bodoh betul Ammar."

"Kalau dia suka awak mesti dia tak terikat dengan Athia. Mesti awak dan dia bahagia." Suara lirih Arief membuatkan Alisha bersalah.

"No Arief. Mungkin dulu saya dibutakan dengan cinta palsu Ammar. Tapi Allah temukan saya dengan lelaki yang ikhlas cintakan saya. Saya dah mula sayang awak Arief." Luah Alisha. Ya, itulah kebenaran. Doa Arief termakbul.

Arief tersenyum manis.

"Awak pernah tanya saya saya cintakan awak atau tidak. Sekarang saya sudah boleh beri jawapan untuk soalan itu. Ya, Arief. Saya cintakan awak. Hanya awak seorang sahaja si dalam hati saya."

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now