𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS
Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tangannya setia mengurut kaki keding Alisha itu.
Sejak kebelakangan ini, Alisha sering merungut bahawa tumit kakinya sakit.
Sebelum ini berat Alisha hanyalah 48 kg. Tetapi setelah berbadan dua, beratnya naik mendadak sehingga mencecah 56 kg. Pipi Alisha pun semakin gebu. Lagi galaklah tangan Arief ini mencubit pipi Alisha.
Tangan Arief mencapai minyak angin berjenama Herbanika di atas meja kopi itu lalu dititikkan sedikit ke atas kaki Alisha sebelum diurut.
"Abang tak payah la sampai macam ni. Kesian dekat abang. Sayang boleh buat sendiri lah." Alisha menolak lembut tangan Arief yang sedang mengurut kakinya.
Dari tadi lagi suaminya itu mengurut kakinya yang sakit itu. Secara tidak langsung, Arief menjadikan perkara itu sebagai rutin harian. Hampir setiap malam dia akan mengurut kaki Alisha.
"Tak susah pun sayang. Sayang kan dan tolong kandungkan anak abang, bawak dia merata- rata, sakit untuk dia dan nanti sayang nak bersalin pula. Pengorbanan sayang lebih besar daripada abang." Jelas Arief. Tangannya kembali mengurut kaki Alisha.
Alisha tersenyum nipis. Rasa mual mula menyambar dirinya.
"Jap abang. Alisha rasa nak muntah." Kakinya ditarik. Dia kini duduk daripada baringannya di atas katil. Dia mengurut perlahan dadanya. Matanya dipejamkan.
"Jom abang bawak sayang pergi toilet." Dia menarik lembut tangan Alisha.
Alisha bingkas bangun dan mengikut Arief yang menuju ke arah bilik air berdekatan.
Dia tidak lagi mampu untuk menahan dirinya. Segala isi perut dikeluarkan oleh Alisha. Habis basah baju mereka berdua itu dipenuhi dengan muntahnya. Dia memejam rapat matanya. Kepalanya sakit.
"Saya minta maaf Arief. Nanti saya lapkan." Dia memegang lengan Arief. Kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri.
"Takpe sayang. Abang boleh buat. Sayang pergi tukar baju dan mandi dulu. Lepastu sayang terus rehat." Arief menghantar Alisha ke dalam tandas sebelum mencuci muntah alisha tadi.
Alisha yang berada di dalam bilik air terus duduk di atas lantai. Dia cuba menguatkan diri tetapi dia tidak mampu.
Dia mencari kekuatan dalam dirinya untuk bangun. Pili air sinki itu dibuka lalu dia mencuci mukanya. Dia melihat wajah pucatnya pada cermin bilik air itu. Matanya terasa berat. Badannya lemah. Dia terjatuh. Matanya mula tertutup.
"Alisha!" Sayup sahaja suara itu memanggilnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.