Memang dinding itu penuh dengan tulisan. Bukan sahaja tulisan Arief malah semestinya daripada orang lain juga.
Satu ayat yang ditulis sebesar alam dan ditengah dinding itu menarik perhatian Alisha.
'Bersamamu adalah ilusiku yang tak pernah nyata'
-him who will never be loved by her-Sesiapa pun pemilik kata-kata itu pasti seorang yang kuat. Mencintai seseorang yang tidak pernah mencintai diri kita adalah satu perkara yang rumit. Dan perasaan dicintai oleh orang yang dicintai adalah satu perkara yang mustahil, yang hanya berlaku di dalam ilusi.
Sesiapa pun pemilik kata- kata itu , mereka senasib. Senasib dengan Alisha yang hanya mampu mencintai Ammar dalam diam, hanya mampu bersama Ammar di dalam imaginasi dan angan- angannya sahaja.
"Kau nak try tulis dekat dinding tu?" suara Arief berjaya menghentikan lamunan Alisha. Huluran pen marker Sharpie di tangan Arief disambut. Dia bingkas bangun. Dia menatap tulisan itu, memikirkan keperitan sang penulis.
Satu persatu huruf ditulis. Setelah selesai dia menapak ke belakang.
'Natalie Imbruglia one said in her song, Torn
Illusion never change into something real'
Ayat itu merupakan kedua terbesar di dinding itu. Ya, dia seolah- olah sedang berkomunikasi dengan sang penulis yang terluka tadi, mengharapkan sang penulis akan membaca dan dapat mengubati hatinya yang terluka.
Rangkap lagu itu bermain- main di fikirannya.
"Apa maksud kau?" Arief mengerutkan keningnya.
"It's a reply for this beautiful words" Alisha menunjukkan ke arah tulisan besar itu.
"Whoever wrote that might be in pain"
"Yes"
"Tapi apa maksud ayat kau?"
"Sememangnya jika kita terus berilusi, kita hanya akan kekal dalam imaginasi selama- lamanya. Ilusi sahaja tidak mampu mengubah takdir. Usaha sahaja yang dapat mengubah takdir. I'm telling he or she to go for the one they love and make the first move instead of being coward"
"But there are times when things are better left unsaid." Terasa kelat kata- kata itu untuk keluar daripada bibir Arief.
"Refusing the pain by lying to yourself is even harder. Take it or leave it, Arief. Be wise in your choice. And I choose you over Ammar. You're my present and my future." Mata Alisha bertembung dengan Arief. Sebaris senyuman menghiasi wajah Arief.
Ya Alisha sudah mula menerima takdir yang mengkhianati mereka berdua pada masa lampau. Kini, masing- masing akan berubah dan cuba membuka hati menerima antara satu sama lain.
Bukan mudah tapi Allah itu tak pernah salah dalam mengatur hidup makhluknya. Percaya pada Allah, kelak Allah akan kurniakan keberkatan pada hidup kita.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...