"Alololo comelnya sayang aunty ni." Athia mengusap lembut pipi Emris di dalam dukungannya. Sekali- sekali dia menghayun perlahan bayi itu. Senyuman Emris menyentuh hati kecil Athia.
"Turn aku pulak la Athia. Dah berejam jam kau pegang dia." Elara berkata. Tangannya sudah sedia menyambut Emris daripada tangan Athia.
"Tu ada satu lagi kan? Jangan la kacau aku dengan Baby Emris ni. Betul tak sayang? Sayang suka aunty kan?" Athia tergelak kecil apabila Emris mengukir senyuman kepadanya. Gelak tawa Emris melebarkan lagi senyumannya. Comel!
"Bergaduh pulak. Yang kau berebut tu anak aku. Nak anak buat la sendiri. Nak rembat anak aku pulak." Arief menegur selepas melihat adengan mereka berdua. Bapanya sendiri pun tidak sempat memegang anak sendiri.
Asal nak pegang mesti kena rembat. Emris kena rembat dengan Athia dan Elara. Fayyaz pula kena rembat dengan ibu bapanya dan ibu bapa mertuanya. Pening kepalanya. Kalau tahu begini, dia tidak menjemput mereka semua ke rumahnya.
"Sombong sangat kau ni. Benda baik kan, kena la kongsi. Sharing is caring. And caring is loving." Ha sudah Elara ni. Nak mentarbiah dirinya pula. Dia bukannya sombong, tetapi risau akan kesihatan anaknya sendiri. Apa yang akan berlaku jika anaknya jatuh sakit?
Seriau diri melihat anaknya asyik bertukar tangan.
"Rif anak kamu ni nak susu kot. Dari tadi menangis." Pandangannya dialihkan kepada mamanya yang menepuk punggung Fayyaz. dia melangut sekejap sebelum mengambil anaknya ke dalam dukungannya.
"Rif jangan berkira. Jangan jadi suami yang tau buat anak je. Jaga tak nak." Usik Ammar. Makan dalam kata- katanya tetapi Arief hanya memekakkan telinganya sahaja.
Bukan dirinya berkira tetapi serabut dengan tetamu yang ramai. Sebelum ini elok sahaja mereka berdua menguruskan anak- anak mereka. Apabila beramai begini, entah mengapa kepalanya kusut. Sekejap nak main dengan Fayyaz, sekejap mahu mendukung Emris.
Kakinya menuju ke arah isterinya yang duduk melipat baju di atas sofa. Tangan Alisha meletakkan semua baju itu ke dalam mini almari beroda di tepi sebelum membawa Fayyaz ke dalam dukungan.
"Iye sayang anak mama. Nak susu ke sayang? Ke nak mama?" Alisha membelai Fayyaz di dalam dukungannya. Sengihan Fayyaz yang comel menggalakkan diri Alisha. Tangannya mengusap perlahan kepala Fayyaz sebelum mencapai botol berisi susu yang baru sahaja dipanaskan. Botol itu disuap kepada anaknya. Sebaik sahaja puting botol itu ditangkap oleh mulut kecil Fayyaz, matanya kian ditutup. Dibelai oleh kekenyangan.
"Alooo Fayyaz nak tidur dah. Tak boleh lah nanny nak main dengan dia." Puan Julia mencebik . Baru sahaja ingin bermain dengan cucunya tetapi cucunya pula ingin tidur. Tak best la macam ni.
"Emris kan ada mama." Alisha berkata. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Terlalu seronok dirinya melihat suasana yang ceria seperti ini.
"Tak boleh. Emris kitaorang punya. Betul tak Athia." Athia hanya mengangguk mengiakan kata- kata Elara. Matanya kembali tertumpu kepada anak saudaranya.
"Nanti baby kamu tu lahir, kita semua kerumun dia pula." Usik Puan Julia.
"InshaAllah. Kalau ada rezeki InshaAllah semua kat sini dapat lihat wajah baby Athia." Dia mengusap perlahan perutnya yang berisi itu.
Seorang manusia sedang tumbuh sempurna di dalam rahimnya. Rahmat Allah.
Mereka yang berada di bawah bumbung banglo dua tingkat itu dipenuhi dengan perasaan gembira. Dua manusia yang lahir menyatukan dua keluarga.
Dengan kehadiran seorang lagi manusia baharu, sudah tentu mengeratkan lagi hubungan mereka semua.
Ceria. Bahagia. Sejahtera. Perasaan itu milik mereka saat ini.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...