4 tahun kemudian...
Setelah penantian yang menyeksakan diri, kini Muhammad Arief Rayyan bin Ahmad Hakim akhirnya bersama isterinya Nur Alisha Ilaira binti Hayyan Rahmat dan kedua- dua anak kembar mereka, Erzaq Luth Fayyaz dan Emris Lana Firoza. Lakaran senyuman indah menghiasi bibir mereka berempat.
Kerana dunia ini tidak pernah kejam menyeksa diri tetapi ianya mengajar diri untuk menjadi lebih tabah. Tanpa ujian, tentu diri akan rebah pada bila- bila masa sahaja.
"Terima kasih abang bawa kami semua bercuti dekat sini. Sayang suka sangat." Dia memeluk erat lengan suaminya itu. Kepalanya direhatkan di bahu suaminya. Gelagat anak- anaknya yang bermain di dalam kolam berhampiran mereka ditatap lama.
Wajah Fayyaz tidak tumpah seperti wajah suaminya. Hidungnya yang mancung memperlihatkan ketampanan anaknya walaupun di usia yang muda. Sementara Emris mempunyai mata coklat Alisha yang menawan menambahkan perisa wajahnya.
Pandai suaminya ini menyewa bilik hotel yang terdapat kolam khas di dalamnya. Senang sikit anak- anak mereka bermandi- manda. Tidak perlu turun lagi. Save time, save energy!
Perniagaan kafe Arief semakin maju. Jualan sarapan yang disediakan di kafenya menjadi batchmark dan tular di media sosial. Kini, Arief meluaskan pasaran kafenya itu dengan membuka satu lagi cawangan di ibu kota Malaysia. Senang sedikit penggemar makanan kafenya menjamu selera. Mereka kini tidak perlu datang ke Perak untuk menikmati hidangan di kafe Arief.
Mungkin rezeki anak- anak.
"Sama- sama sayang. Time kita berdua dulu abang tak sempat nak honeymoon. Jadi anggap lah percutian ini sebagai honeymoon kita walaupun ada dua orang pengacau." Balas Arief.
"Tak apa la abang. The more the merrier. At least, kita dapat raikan anugerah cinta kita bersama anak-anak kita."
"Alisha sayangkan abang sangat- sangat. Rasa bertuah sangat kerana Allah hadirkan abang sebagai pelengkap hidup sayang. Sayang cintakan abang sampai bila- bila." Pelukannya semakin erat memeluk lengan suaminya.
Satu kucupan menyinggah kepalanya.
"Abang pun bersyukur Allah makbulkan doa abang yang dah lama tersadai. Abang tak sangka Allah akan jawab doa abang. Setiap hari abang akan titipkan rasa syukur abang kepada Allah kerana membuka hati sayang."
"Sayang adalah penawar segala sakit abang. Penyinar di setiap malap abang. Cahaya yang menerangi malam yang sunyi. Your presence is enough for me. You are enough."
Tersenyum lebar sang isteri mendengar bait- bait kata daripada suaminya itu.
"Papa. Mama. Ambilkan gambar kami berdua boleh? Cepatlah! Tengah posing ni." Kedengaran suara anak lelaki mereka yang kini berumur 4 tahun yang tersenyum girang.
Pelampung tangan Spider Man yang diletakkan di tepi kolam itu segera dipakaikan semula. Anak perempuannya, Emris menolong si abang memakai pelampung tangan. Perbuatannya diikuti oleh Fayyaz yang juga menolong Emris menyarungkan pelampung tangan Frozen pada tangannya.
Tergelak kecil Alisha melihat gelagat kembar itu.
Mereka berdua yang sedang berdiri di dalam air sambil tangan menunjukkan peace itu memecahkan tawa ibu bapa mereka.
"Kejap. Papa ambilkan kamera." Arief masuk semula ke dalam bilik tidur hotel itu lalu keluar bersama sebuah kamera di tangannya.
"Mama join la sekali." Alisha hanya menurut sahaja permintaan anak perempuannya. Dia duduk di tepi kolam itu. Senyuman semanis gula menghiasi wajah putihnya.
"Satu... Dua ... Tiga."
Memori indah tersimpan rapi di dalam kamera itu. Tiga manusia yang paling disayangi Arief memenuhi kamera miliknya.
Alisha bangun daripada duduknya untuk mendekati Arief.
"Mama apa ni? Tadi jatuh daripada poket mama." Alisha memalingkan padangannya ke arah Emris.
Emris mengangkat objek yang baharu sahaja jatuh daripada poket mamanya.
"Pregnancy test?" Tanya Arief tidak percaya.
Jawapan Arief hanya dijawab dengan anggukan daripada isterinya.
"We're going to have a third child in 8 months from now!" Khabar berita daripada Alisha membuat Arief tersenyum bahagia. Tubuh isterinya dipeluk erat lalu dia mencium pipi isterinya.
"Apa?" Emris dan Fayyaz masih lagi kelihatan bingung. Tidak faham apa yang mama dan papa mereka maksudkan. Mereka berdua kembali bermandi- manda di dalam kolam tanpa memikirkan apa yang berlaku sebenar tadi.
Jiwa mereka masih muda untuk memahami.
Langkah kaki Arief saat ini bukan lagi keseorangan tetapi berdua bersama isterinya dalam menempuh nista hidup.
Kebahagiaan yang mereka rasai hari ini adalah kurniaan Allah.
Tertera di dalam surah An Nisa ayat 79 bahawa 'Kesenangan yang kamu perolehi, ia adalah dari sisi Allah, dan apa jua keburukan yang menimpamu, itu daripadamu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul kepada (seluruh) manusia, dan cukuplah Allah menjadi saksi.'
Allah itu maha Adil, sebaik- sebaik perancang . Aturan Allah lebih indah daripada hambanya. Percaya pada Allah. Sabar. Itu adalah kunci kebahagiaan. Allah memberi yang lebih kepada hambanya yang sentiasa sabar.
Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah, dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.
An-Nisa ; ayat 70
• THE END •
・──・˚ʚ꒰♡꒱ɞ˚・──・
Assalamualaikum semua. Tahniah kepada anda semua yang berjaya menghabiskan My Alisha Ilaira. Karya ini agak simple tetapi saya sangat menghargai setiap anda yang meluangkan masa membaca karya pertama saya. Syukur kepada Allah kerana saya akhirnya mampu menamatkan perjuangan penulisan saya.
Terima kasih semua.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...