25

220 11 0
                                    

Baju t shirt putih  dikenakan dengan kemeja yang berwarna hitam tanpa dibutangkan menjadi pilihan Arief

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju t shirt putih dikenakan dengan kemeja yang berwarna hitam tanpa dibutangkan menjadi pilihan Arief. Rambutnya disikat rapi sebelum memakai jam tangannya.

Dia mengerling ke arah Alisha yang menunggu di atas birai katil. Mata Alisha tertacap pada telefon pintarnya. Entah apa yang menarik sehingga kepalanya tidak langsung diangkat.

"Jom Alisha." Tangannya disua untuk Alisha sambut. Namun, Alisha hanya berlalu pergi meninggalkan Arief.

Arief hanya memandang sepi pemergian Alisha.

Kakinya melangkah ke bawah. Kelibat Alisha langsung tiada. Langkah kakinya diteruskan menuju ke arah pintu rumahnya itu.

Sosok tubuh isterinya yang sudah pun berada di dalam kereta itu melegakan kegusaran di dalam hatinya.

Gugusan kunci di atas rak kasut dicapai sebelum dia mengunci pintu rumahnya itu lalu menuju masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta Honda Accord miliknya dihidupkan.

"Buku pink ambil tak lagi?" Tanya Arief. Pandangannya dialihkan ke arah isterinya.

Namun, soalannya tidak diendahkan oleh isterinya itu.

Dia menghela nafas panjang.

Sampai bila hendak begini?

Pemikirannya terganggu. Adakah benar apa yang dikatakan isterinya itu? Adakah Ammar jauh lebih baik daripadanya? Seharian dia memikirkan jawapan untuk soalan itu. Namun , satu jawapan sahaja yang hadir bersama penjelasan yang kukuh.

Ya, abangnya itu lebih baik daripadanya. Buktinya? Tengok sendiri lah pada Alisha.

 Buktinya? Tengok sendiri lah pada Alisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang." Lembut suara Athia memanggil suaminya yang khusyuk menyiapkan kerjanya.

"Hmm."

"Saya nak pinjam RM 100 boleh? Saya tak ada cash. Ada orang nak COD barang dekat saya." Athia menelan air liurnya yang pahit. Dia berdoa agar Allah tidak membuka hati suaminya untuk bertanya lebih lanjut tentang barang itu.

"Ambil dalam dompet saya atas meja tu." Jawab Ammar tanpa memandang sedikit pun ke arah isterinya. Agaknya jijik dengan wanita dihadapannya ini.

Athia melangkah kaki ke arah meja lalu mencapai dompet suaminya. Dompet yang berwarna hitam itu dipegang lama. Sebaris senyuman terukir di bibirnya.

Tangannya mula membuka dompet itu dan dua keping not RM 50 diambil sebelum meletakkan dompet itu semula.

Namun, dia segera mencapai dompet itu ke dalam tangannya. Dia memerhati isi dalam dompet itu. Gambar kahwinnya kini tiada dalam dompet itu.

Sah. Ammar sudah berputus asa dalam memperbaiki rumah tangga mereka. Namun, apa yang perlu dibaiki jika dari mulanya lagi masjid  mereka telah hancur akibat penipuan?

Air mata berjurai membasahi pipi gebunya. Tangannya segera menekup mulutnya, menahan diri daripada menangis.

Dia memandang tubuh suaminya yang masih lagi sibuk dengan kerjannya sebelum melangkah pergi.

Fail rekod kesihatan yang berada di tangannya dipandang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fail rekod kesihatan yang berada di tangannya dipandang lama.

'Nur Athia Raysha'

"Athia. Athia. Apa lagi rahsia kau sebenarnya?"

Lamunan Elara terhenti apabila telefon bimbitnya berdering.

Dia segera mengangkat panggilan.

"Alisha." Sang pemanggil berkata. Suaranya serak basah seakan- akan sedang menahan tangisan.

"Kenapa dengan Alisha?" Elara mula panik.

Jangan Alisha. Bukan Alisha. Dirinya sayang akan adiknya itu. Dia tidak mampu kehilangan adiknya.

"Alisha pengsan."

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now