27

277 14 1
                                    

"Macam mana keadaan Alisha?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana keadaan Alisha?"

Arief tidak menjawab. Sebaliknya hanya menghadiahkan jelingan tajam kepada Athia.

Ammar juga tidak berkata- kata.

"Raysha jom balik. Tak ada guna awak ada dekat sini." Ammar bangun dari duduknya dan segera mencapai tangan isterinya itu.

Athia menapak ke belakang. Terkejut dirinya apabila Ammar cuba menyentuh tangannya. Sebelum ni nak sentuh pun seakan akan tidak mahu.Panggilan pun sudah berubah. Mungkin ini hanyalah lakonan semata- mata.

"Saya risaukan Alisha." Tipu Athia. Jauh di sudut hati, memang dia risaukan adik iparnya itu. Tetapi jika dia balik, bermakna dia perlu menghadap Ammar.

Dia belum mampu untuk berkomunikasi dengan suaminya itu. Suaminya yang sedikit pun tidak mempercayainya. Entah apa lagi tuduhan yang akan dilemparkan kepadanya. Hatinya remuk dipijak-pijak oleh insan yang dia cintai. Biarlah hati ini pulih semula sebelum kembali dipatahkan. Dia rela. Asalkan dia bersama Ammar.

Entah mengapa rasa cintanya terhadap Ammar tidak pernah pudar walaupun Ammar mula bersikap dingin dengannya.

"Baik kau balik je la. Isteri aku pun tak hadap tengok kau. Kau punca semua ni. Aku masih ada hormat terhadap abang aku. Kalau tak, dah lama aku humban kau keluar daripada rumah aku."

"Arief! Watch your tone!" Arief hanya tersenyum sinis kepada Ammar. Bapa borek anak rintik. Perangai abangnya itu tidak ubah seperti papanya. Cakap pun lebih kurang sama.

"Tak perlu berlakon depan orang Ammar." Syahdu sahaja lontaran suara Athia sebelum dia berlalu pergi.

" Syahdu sahaja lontaran suara Athia sebelum dia berlalu pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arief. It's not what you think it is. I swear." Suara Alisha menarik perhatian Arief yang sibuk membaca novel. Lantas, dia meletakkan novelnya dan menuju ke arah isterinya yang sedang duduk di atas katil itu.

"Ye my Alisha Ilaira. I trust you. Now please rehat secukupnya." Dia melabuhkan punggung di birai katil. Sekali sekala tangannya mengusap perlahan rambut Alisha. Juntaian rambut yang menutup I bahagian muka Alisha segera diselit di tepi telinganya.

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now