"Aamiin..." Arief selesai membaca doa.
Alisha bergerak ke hadapan untuk bersalaman dengan Arief.
Tangan Arief dikucup perlahan sebelum Arief mencium dahinya.
"Abang..." Alisha memanggil suaminya .
"Happy birthday abang. Semoga abang sentiasa kekal mencintai saya. Terima kasih kerana selalu memilih sayang walaupun abang diberi pilihan yang lain. InshaAllah Alisha takkan sia- siakan cinta abang."
"Terima kasih sayang. Abang nak sayang tahu yang abang akan sentiasa pilih sayang. Datang lah sepuluh perempuan cantik pun, sayang yang akan menjadi pilihan abang." Arief mencubit kedua- dua pipi Alisha yang gebu itu.
Eee macam picit doh roti je. Lembut betul.
Tubuh kecil isterinya itu dipeluk erat. Dia mengusap lembut kepala isterinya itu sebelum meleraikan pelukan.
"Alisha ada hadiah untuk abang. Tapi sorry la. Hadiah Alisha ni tak seberapa sangat macam hadiah Ah Teng." Alisha memuncungkan bibirnya sedikit.
"Your presence is already the best gift in my life sayang." Arief tersenyum melihat mulut muncung Alisha. Comel! Geram betul.
Alisha menghulurkan kotak kecil padanya.
Huluran Alisha disambut. Dia membuka kotak itu. Dahinya mengerut .
"Ini apa benda sayang?" Arief ketawa kecil. Dia tidak faham hadiah isterinya itu. Tapi dia mencuba untuk menyembunyikan hal itu.
Satu benda yang kelihatan seperti termometer itu diambil. Dia menunjukkan kepada Alisha.
"Sayang salah bagi hadiah ke ni? Ni bukan termometer ke? Sayang demam?" Arief bertanya.
Alisha menghela nafas panjang . Dia cuba untuk bersabar dengan suaminya. Dia sendiri tidak tahu sama ada suaminya ini benar- benar tidak tahu atau dibuat- buat sahaja.
Benak betul dia ni. Nasib je suami aku. Kalau tak dah lama kaki ni hinggap dekat kepala dia.
"Tak abang. Abang ni tak belajar biologi ke? Cikgu Ros ajar dekat depan abang buat apa?" Alisha mengerutkan dahinya.
"Abang usha sayang. Sayang lebih menarik daripada Cikgu Ros janda tu." Arief mengangkat keningnya beberapa kali. Lega juga kemarahan Alisha sebentar tadi.
Alisha menarik nafas dalam- dalam sebelum menyusun katanya.
"Abang.." Lembut sahaja suara Alisha memanggil.
Arief mengangkat keningnya. Masih lagi menunggu Alisha menerangkan hal itu kepadanya.
"Ini bukan termometer. Ini pregnancy test." Ujar Alisha. Sungguh berat kata- kata itu ingin keluar daripada mulutnya. Tetapi nak tak nak terpaksa juga keluar.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...