26

234 14 1
                                    

"Mana Alisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana Alisha. Kenapa kita dekat sini?." Elara kian cemas memikirkan adiknya. Fikirannya celaru.

"Tak. Alisha okay. Cuba tengok ni. Ada orang suruh aku datang sini." Arief menghulurkan telefon bimbitnya kepada Elara untuk menunjukkan mesej itu.

Huluran telefon bimbit Arief dirampas.

'Datang ke Florence Hotel sekarang. Bilik 124. Ada surprise menanti daripada isteri encik.'

"Dia suruh kau pergi. Pergi aje la. Buang masa aku je."

"Tolonglah Elara. Aku tak sedap hati ni. Aku tengah gaduh dengan Alisha. Takkan lah tiba- tiba je dia nak buat suprise."

Elara menghembuskan nafas berat sebelum berkata.

"Iye la." Elara menjelingkan matanya. Semua benda perlu mengharapkan pertolongannya. Benda kecil menjadi besar. Cuba fikir positif. Mungkin adiknya itu mahu memulihkan keadaan dengan cara ini.

Dia melihat wajah Arief yang jelas kelihatan tidak tenang. Kerutan dahi dan matanya yang terkebil- kebil menganggu pemikiran Elara.

Risau tak bertempat!

Mereka bedua melangkah ke arah lif hotel untuk ke tingkat 12. Perjalanan mereka ke sana hanyalah ditemani dengan suasana sepi.

"Bilik nombor berapa."

"Nombor 124."

Mereka berdua berhenti di hadapan pintu bilik yang separa tutup itu. Dia menolak perlahan pintu itu dan menapak masuk ke dalam bilik itu.

Bilik hotel yang biasa. Tiada apa yang pelik.

"Arief!" Jeritan Elara mengejutkan Arief. Dia segera bergerak ke arah sumber bunyi itu.

Dia menelan air liurnya yang pahit. Permandangannya dipenuhi dengan gambaran yang sangat kotor.

"Astaghfirullah. Abang!" Suara Athia menarik perhatian mereka. Semua yang ada di situ mengalihkan pandangan ke arah Athia.

Entah bagaimana dia masuk pun mereka tidak tahu.

Dia menekup mulutnya menggunakan kedua- dua tangan. Air matanya mengalir lebat di pipi. Kecewa.

Dia terduduk lemah. Kakinya kejang melihat suaminya bersama adik iparnya itu di atas katil.

Luruh hati ini.

Aksi rambang Arief yang menarik kasar tudung Athia daripada belakang mengejutkan semua di situ.

"Woi perempuan! Kau yang rancang semua benda ni kan?" Jerkah Arief.

Athia menggeleng kepalanya. Tangannya menampar tangan Arief yang menarik kasar tudungnya itu.

Elara menarik badan Arief dengan segala kudratnya. Namun, lelaki itu jauh lebih kuat daripadanya.

"Sakit Arief! Lepas!"

"Kau yang rancang semua benda ni Athia?" Ammar yang baru sahaja bangun dari tidurnya dek tempikan Elara kini bersuara.

Dia memegang kepalanya, cuba mengingati apa yang berlaku. Dia mencuba sedaya upaya untuk menjauhkan pandangan daripada Alisha yang berada di sebelahnya.

Betapa sakitnya hati Athia apabila mendengar tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Kepalanya tiba- tiba sakit. Berdenyut- denyut kepalanya ini. Matanya dikelipkan beberapa kali. Terasa berat matanya ketika itu. Namun, dia mengerahkan kudratnya untuk bangun. Dia memegang dinding sekelilingnya sebagai sokongan.

"Sumpah. Athia berani bersumpah atas nama Allah. Bukan Athia yang buat. Athia sayangkan abang." Makin lebat air mata mengalir di pipinya.

Pahit sahaja dia membahasakan dirinya Athia. Dalam dunia ini hanya beberapa manusia sahaja yang memanggilnya Raysha. Suaminya dan keluarganya .

Ternyata suaminya itu sendiri sudah tidak menganggap dirinya istimewa.

Dia mengemaskan tudungnya yang serabut dek pertelingkahan bersama Arief.

Langkah kakinya bertambah laju meninggalkan destinasi itu.

Dia berhenti seketika di hadapan lif selepas menekan butang lif. Nafas panjang dihela. Badannya lemah tetapi harus dikuatkan.

Aku tak percaya Ammar buat macam tu dekat aku.

Dia memejamkan matanya serapat mungkin. Mengharapkan apa yang terjadi hanyalah mimpi.

Bangun Athia.

"Athia." Lembut sahaja suara sang pemanggil singgah di telinganya.

Dia mengangkat pandangannya. Wajah risau Elara menerjah penglihatan Athia.

"Apa Elara?" Rasa bersalah masih lagi tersisa di dalam hati Athia apabila dia mengingati perbuatannya yang dahulu. Sungguh jahat Athia sehingga sanggup mengkhianati manusia yang dulunya dianggap sebagai kakak sendiri.

"Stop whatever you're trying to do, Athia." Elara cuba mengawal air matanya daripada jatuh mengalir di pipinya. Wajah Athia ditatap sayu.

"What?"

"I know Athia. Please. Stop it." Rayuan Elara tidak diendahkan. Dia sendiri tidak faham apa yang cuba Elara sampaikan.

"Aku tak buat benda tu. Bukan aku." Pipinya yang mula kering kini dibasahi dengan air mata semula. Dia mula mengetap giginya. Matanya dipejam seketika. Sakit hati ini apabila sekali lagi dituduh perkara yang dia sendiri tidak pernah lakukan.

"Bukan. Aku tahu kau tak jahat, Athia." Elara cuba mencapai kedua- dua tangan Athia.

"Get a treatment, Athia. Ramai yang sayang kau."

"Tetapi bukan Ammar." Athia melepaskan genggaman Elara. Kepalanya digeleng beberapa kali. Hidupnya tiada nilai tanpa jejaka bernama Ammar yang berjaya mewarnai kanvas putih yang dulunya hanya berwarna hitam.

"There's more than Ammar in this world. Your mum. What will happen to her if she lose her only daughter?"

"Aku dah penat Elara." Sungguh berat ujian Athia sehingga dia mampu mengeluarkan kata- kata itu.

Dia bukan sahaja hilang anaknya, tetapi suaminya dan kepercayaan orang ramai. Lelah hati ini menghadap segala ujian. Dirinya sentiasa dihantui dengan kesukaran. Banyak halangan untuk dirinya mencapai kebahagiaan.

Apakah itu bahagia? Mampukah dia bahagia ?

"Aku ada. Aku sentiasa ada. Aku akan tolong kau macam mana kau tolong aku dulu." Empangan mata Elara mula pecah saat dia mengungkapkan ayat itu.

Aku anggap kau macam adik aku Athia. Kau selalu ada untuk aku.

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now