17

217 18 0
                                    

"Assalamualaikum semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum semua. Saya Athia Raysha binti Kamarul. Tujuan saya berdiri di sini bersebab." Suara Athia yang serak- serak basah menarik perhatian semua orang di situ.

Semasa situasi ini juga la Ammar tiada. Hilang entah ke mana. Isteri buat hal tapi suaminya gone . Lepak undergroud agaknya.

Athia menarik nafas dalam sebelum meneruskan.

"Perempuan yang diraikan harini tak patut disayang, disanjung bagai bidadari. Dia tu jahat! Dia cuba untuk pisahkan saya dengan suami saya dengan cara fitnah saya. Saya tahu saya ni tak baik macam adik dia yang bertutup litup bagai. Saya tahu kadang- kadang tudung saya ni pun tak sempurna. Tapi it's not a free ticket for her to mock me." Semua orang yang hadir melihat ke arah Elara yang duduk bersantap di meja makan pengantin.

Alisha tersentak. Dia memegang dadanya. Dia terasa sebenarnya. Kerana dia hanya memakai tudung melepasi dadanya untuk majlis tertentu sahaja. Dia juga bukan muslimah yang sempurna tetapi dia mencuba.

Riak wajah Elara kosong. Satu suap, dua suap nasi lauk disuap ke dalam mulutnya. Elara tidak menghiraukan suasana riuh yang dikeruhkan lagi oleh Athia.

Suaminya , Umar memandang pelik isterinya.

"Elara! Jangan berdiam! Beritahu mereka betapa kejamnya ka-."

Pangg!! Bunyi sudu dan garfu menghentikan Athia daripada menghabiskan ayatnya.

Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Athia di atas pentas itu. Tiada sesiapa yang menghalang pergerakan Elara. Risau dimarah.

"Waalaikumussalam Athia. Aku tak reka cerita. Aku ada bukti. Aku masih nak jaga aib kau. Better shut up daripada kau bukak aib kau sendiri. Aku cakap kan, jangan provoke aku!" Kini Elara pula bersuara.

Bagus! Sendiri buka aib. Tak perlu aku rasa bersalah nak bagitau family Ammar.

"Athia!" Ammar bergegas ke arah pentas itu.

"Sorry semua. Isteri saya ni migrain harini." Ammar menarik kasar lengan Athia untuk turun daripada pentas itu. Mikrofon di tangan Athia dirampas lalu diberi kepada Elara.

"Maaf Elara. Nanti aku belanja kau kopi dekat kafe Arief." Bisik Ammar semasa dia lalu melepasi Elara.

Elara hanya memandang ke hadapan. Benci tengok muka Athia. Majlis persandingannya rosak disebabkan Athia.

Apa masalah Athia? Hari lain boleh buat kan?

Alisha memegang lembut tangan kakaknya.

"Kakak okay?" Tanya Alisha. Suaranya lembut menyapa telinga Elara.

Persoalan Alisha hanya dibalas dengan anggukan sahaja. Dia sedih. Andai boleh diputarkan masa, nak sahaja dia ikat Si Athia dekat tandas tadi. Biar dia merana dengan syaitan dalam tandas itu.

"Mesti Kak Athia jadi macam tu sebab dia pregnant kan? Biasa la emosi ibu yang pregnant kan luar biasa sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mesti Kak Athia jadi macam tu sebab dia pregnant kan? Biasa la emosi ibu yang pregnant kan luar biasa sikit." Ujar Alisha. Dia faham kalau Athia bertindak sedemikian.

"Athia gugur." Pendek sahaja Arief menjawab. Matanya ditumpukan ke arah jalan di hadapan. Dah bawak kereta takkan nak tengok belakang pulak kan?

"Astaghfirullah. Macam mana dia boleh gugur." Alisha menekup mulutnya. Dia cukup terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Arief.

"Katanya punca sebab stress. Keluar darah pastu tup tup gugur." Jelas Arief. Riak wajahnya tidak menunjukkan rasa belas kasihan langsung. Seolah- olah yang terjadi ialah perkara biasa.

"Kesiannya Kak Athia."

"Nak kesian apa? Bagus lah dia gugur daripada kandungkan anak haram tu lama- lama." Arief mengerling ke arah Alisha. Orang yang baru kenal Athia mungkin akan beranggapan begitu tetapi dia dan Elara yang tahu betapa liciknya Athia langsung tidak kasihan.

"Arief! Are you aware of what you're talking?" Alisha sungguh terkilan dengan kata- kata yang dilontarkan oleh Arief.

"Yes!" Suara Arief naik seoktaf.

Marah? Ya dia marah. Alisha hanya lihat kebaikan palsu pada wajah Athia. Bukan niat buruk Athia. Athia licik. Athia pandai memusingkan kata-kata supaya dia terlihat seperti mangsa keadaan yang dianiaya.

"Sanggup awak cakap macam tu? Hormat sikit Kak Athia." Alisha masih lagi tidak berpuas hati. Hanya satu kesalahan habis semua yang baik kelihatan buruk di mata manusia.

"Sanggup. Kenapa? Perempuan sundal tu tak layak dihormati. Layak dipijak ada la." Arief mengetap kuat bibirnya, menahan marah.

"Ammar akan ceraikan Athia." Arief berkata. Nadanya mula turun.

"Abang akan buang saya seperti mana Ammar buang Athia dalam hidup dia?" Arief tersentak apabila Alisha mengajukan soalan itu kepadanya.

"Tak sayang." Jawab Arief, lembut.

"Walaupun saya khianati cinta abang?"

Arief menoleh. Tangan kirinya mencapai tangan Alisha lalu digenggam rapi. Kini hanya tangan kanannya yang mengawal stereng kereta.

"Awak buat la macam mana pun dekat saya, cinta saya terhadap awak takkan pernah berubah sayang." Arief menghadiahkan senyuman manis kepada Alisha sebelum menumpukan semula pandangannya ke hadapan.

"Awak tak pernah terfikir ke ending kisah cinta kita?" Tanya Alisha. Soalan itu mula bermain dalam otaknya.

"Pernah . Kita akan bahagia selamanya sehingga anak cucu cicit apa semua tu." Senyuman tidak lekang di bibir Arief.

"Awak pernah terfikir tak yang kita akan bercerai suatu hari nanti?" Arief tergamam seketika. Dia tahu dia salah jika Alisha berfikir yang suatu hari nanti mereka akan bercerai. Salahnya kerana tidak dapat membuktikan cintanya kepada Alisha.

"Waktu abang decide nak kahwin dengan sayang, abang dah fikir every consequences yang akan berlaku. But divorcing you isn't part of it."

"Why?" Soal Alisha. Pandangannya dibuang memandang ke arah tingkap.

"Because whatever happens, i dont want to lose you. Just the thought of losing you makes me feel lonely. Imagine if i lose you . I'll definitely gone mad." Terang Arief. Genggaman tangan Arief semakin kuat menggengam tangan Alisha.

Kata- kata Arief membuatkan Alisha menoleh untuk melihat wajah kacak suaminya itu. Senyuman manis Arief dibalasnya. Dia memeluk erat lengan kiri Arief.

Arief ingin Alisha tahu bahawa dia maksudkan segala yang dia ungkapkan. Dia ingin tahu cintanya tulus .

'Cintaku sederhana tetapi ikhlasku dalam mencintaimu luar biasa.'

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now