"Akak nak tau tak betapa annoyingnya si Zahra tu? Apa dia ingat Alisha ni jealous la? I'm his future and she's his past." Bebel Alisha. Kakinya melangkah ke kiri dan ke kanan. Dari sebelum akad nikah sampai la majlis persandingan masih tak habis cakap benda yang sama.
Who's this Zahra? Why Arief tak take control hal ini?
Elara yang siap memakai gaun putih untuk majlis persandingannya terasa serabut dengan Alisha yang asyik ke hulu hilir. Solekan Elara masih tidak lengkap.
"Whatever. Now habiskan la makeup akak ni. Takkan akak nak keluar macam ni? Dah serupa badut." Elara menunjuk muka separuh siapnya. Adik dia ni kalau bebel, memang tak berhenti.
Tetapi lebih baik bersuara dari terus berdiam right? Kang bisu jenuh pulak aku kena belajar bahasa isyarat.
"Alisha tak pandai la nak bubuh eyeliner tu. Kang termasuk dalam biji mata akak macam mana?" Alisha menggaru- garu kepalanya.
Waduh waduh gi mana ni?
Satu ketukan pintu mengejutkan mereka berdua. Pintu tersebut dikuak dan tubuh Athia menyapa sistem penglihatan mereka.
Athia yang manis memakai baju Kurung Pahang berwarna putih yang dipenuhi dengan manik dan labuci bersama bawal putih menarik pandangan mereka.
Amboi! Siapa yang nak kahwin ni? Elara ke Athia? Apasal dia pula yang melaram ni?
"Ada apa- apa yang Athia boleh tolong?" Tanya Athia.
Alisha mengangguk. Belum sempat dia membuka kata, Elara sudah menyampuk.
"Tak ada apa- apa. Kamu rehat sahaja dekat depan. Tolong ibu apa yang patut."
"Eh akak. Eyeliner akak tu kan tak siap. Biarlah Kak Athia yang tolong siapkan akak. Alisha sakit perut ni." Alisha memegang perutnya. Memang perbuatannya hanyalah sekadar helah. Dia juga tidak memahami mengapa Elara melayan Athia seperti itu.
Mungkin hanya kerana Athia menambahkan luka di dalam hati sahabatnya. Tetapi perkara itu tidak memberi kesan kepada hidup Elara bukan?
Alisha keluar daripada bilik itu. Kononnya ke tandas la kan. Sengaja ingin memberi ruang kepada mereka berdua.
Athia mencapai eyeliner berjenama Maybelline yang berada di atas meja solek itu. Tubuhnya mendekati Elara yang duduk di atas kerusi putih bertentangan dengan cermin.
Wajah mulus Elara ditatapnya. Mukanya memang asli cantik.
"Izinkan Athia ye kak." Lembut sahaja suara Athia.
Inikah wanita yang berada di hotel bersama lelaki lain itu?
Kadang- kadan Elara tidak percaya bahawa Athia sanggup mengkhianati cinta Ammar. Siapa sangka wanita polos dan lemah lembut ini sebenarnya sanggup melakukan perkara jijik seperti itu. Seolah- olah Ammar bukan yang terbaik untuknya.
Dia faham semua manusia ada khilafnya. Jadi, dia malas hendak menilai manusia seperti Athia. The sins you mock today, could be the sins you commit tomorrow.
Athia menutup semula eyeshadow itu.
Elara melihat refleksi mukanya di hadapan cermin. Perfect!
"Thank you." Ujar Elara lalu bingkas bangun.
Namun pergerakannya terhenti oleh Athia .
"Athia gugur akak." Satu air mata jernih mula membasahi pipi Athia .
Elara? Hmm sungguh dia tidak kasihan! Perempuan di hadapannya ini bukan siapa- siapa baginya. Dia tidak kisah langsung. Melukakan hati sahabatnya sendiri dan akhirnya ingin meraih simpatinya?
Silap! Kau silap Athia. Aku bukan Alisha. This is Auryn Elara. Badan orang pun aku boleh bedah tanpa belas kasihan. Dengan kau? Lagi lah aku tak heran.
"So? Kau bangga kandungkan anak haram ke Athia?" Senyuman sinis dihadiahkan kepada Athia. Budak ni dah kenapa? Emotional sangat.
"Anak tu tak salah Kak Elara. Yang salahnya Athia." Tangisannya mengisi suasana di dalam bilik itu.
"Baguslah kau tahu. Habistu apa motif kau bagitau aku?" Athia mendongakkan kepalanya sedikit.
"Bukan ke ini yang akak nak? Puas sekarang?" Athia memberanikan dirinya ke hadapan. Tubuh Elara ditolak.
Elara ke belakang dek impak yang dikenakan.
Kurang ajar. Sendiri salah lepastu nak salahkan aku.
"Hei! Kau masih tak nampak lagi ataupun kau buta Athia? Kau tak rasa ke ini semua kifarah? Allah nak tunjuk dekat kau yang sesuka hati melanggar larangannya."
"Memang Athia ni perempuan jahat. Tak sempurna macam adik Kak Elara yang pakai handsocks bagai, tudung labuh. Tapi Athia ni pun manusia yang tak pernah lari dengan dosa." Rintihan Athia semakin kuat memenuhi suasana itu.
"Kau tak payah nak libatkan adik aku semata- mata nak tutup kesalahan kau. Sebelum kau menyundal lagi aku dah beri amaran. Tapi apa kau cakap? Kau ugut nak bunuh aku kan? Kau jangan sampai aku cerita semua benda ni dekat Ammar."
Athia menggeleng kepalanya. Dia sudah hilang anaknya . Tidak mungkin dia juga mahu kehilangan suaminya yang sanggup menerima segala kekhilafannya.
"Kalau taknak , buat cara taknak. Jangan berani provoke aku." Elara berlalu pergi meninggalkan Athia di dalam biliknya.
Time ni jugak kau nak bagitau aku yang kau gugur. Masa majlis perkahwinan aku. Kebahagiaan sendiri dah musnah lepastu nak musnahkan kebahagiaan aku pulak ?
"Abang!" Arief menoleh selepas mendengar suara Alisha.
Arief melihat kelibat Alisha yang berlari anak ke arahnya.
"Ye sayang. Kenapa?" Arief bertanya selepas sahaja Alisha berada di hadapannya.
"Saya tinggal Kak Athia dengan Kak Elara dekat dalam. Biar diorang bonding dua." Alisha yang termengah-mengah menjelaskan hal itu sambil tergelak kecil.
Arief tidak menunjukkan sebarang reaksi muka. Dia sedang berfikir .
Apa sebenarnya yang bakal dibual oleh mereka berdua?
Namun, perbualan mereka dimatikan oleh suara Athia.
Kelibat Athia yang berada di atas pentas, mikrofon di tangannya dan makeupnya yang sudah pun cair menarik perhatian mereka berdua.
Mereka saling berpandangan. Alisha panik.
Apa yang berlaku ni?
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Любовные романы𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...