"Bila apek tu nak datang hantar barang awak?" Tanya Alisha.
Kata Arief, Ah Teng iaitu rakan suaminya akan datang ke kafe untuk menghantar sesuatu kepada Arief. Tetapi hauk! Dah 20 minit tunggu tak datang pun. Mesej tak jawab. Scam ke apo ni?
"Sabar la sayang. Maybe jalan jammed kot. Sabar kan separuh daripada iman." Arief cuba menenangkan Alisha. Tadi beria nak ikut. Kena tunggu sikit dah meroyan macam hilang encik suami dia ni.
"Masalahnya geram tau tak. Kalau dah tak boleh datang tepat pada waktu tu. At least call la bagitau. Takde la tertunggu macam tunggul kat sini."
"Allah. Awak buat macam tempat ni asing bagi awak. Kalau awak penat, tu rehat kat belakang. Situ ada sofa." Arief menunjuk ke arah belakang kaunter.
"No." Kalau Alisha tiada di sisi Arief, confirm si Zahra tu akan melekat sahaja dengan suaminya.
Dia mengerling ke arah Zahra. Kelihatan Zahra sedang memerhati segala tingkah lakunya. Menyibuk! Gedik betul.
"Kenapa awak asyik tengok Zahra?" Hah Arief perasan! Ingatkan tak perasan.
"Sebab dia tu tengah cari peluang nak menggedik dengan abang. That's why I will always stay by your side." Alisha memeluk lengan sasa Arief . Hohoho biar mata 'dia' tu panas melihat adengan sweet mereka suami isteri.
"Allah. Dengan Zahra pun jealous ke? Kalau abang nak dia, dah lama abang tackle dia. Tapi abang pilih untuk tunggu sayang. I believe good things come to those who wait." Arief mencuit hidung penyet Alisha.
"Eee tak payah la pegang hidung sayang. Nanti hidung sayang bertambah penyet." Alisha menepis tangan Arief.
"Hidung awak tu dah penyet dah pun. Tapi abang tetap suka. Nampak comel!" Arief mencuit lagi hidung Alisha. Lagi orang larang, lagi dia buat.
"Arief!" Suara lantang itu menarik perhatian mereka berdua.
"Ah Teng!" Arief berlari anak ke arah seorang pemuda yang lebih pendek darinya. Mata lelaki itu sepet. Rambut lelaki itu ada tak ada. Entah nak kata botak, tapi tak botak.
Mereka berdua saling berpelukan. Mereka kelihatan agak mesra. Dia sendiri tidak tahu siapa Ah Teng ini. Arief tidak pernah menceritakan tentang Ah Teng kepada Alisha sebelum ni. Malah, nama Ah Teng juga tidak pernah keluar daripada bibir Arief.
Ah Teng memberi sebuah bungkusan berwarna coklat pekat kepada Arief.
Arief kelihatan sangat gembira. Bungkusan coklat pekat itu diletakkan di atas dadanya. Seolah- olah bungkusan itu berharga baginya.
Dia memeluk semula Ah Teng. Selepas masing - masing mengucapkan selamat tinggal Arief melangkah ke arahnya.
"Ahhh Alishaa!! Ya Allah saya happy sangat!!" Dia menggoncang- goncang badan Alisha.
Happy naw mamat sengal ni.
Dia berlalu pergi. Semua yang ada melihat Arief pelik.
"Kenapa dengan Arief tu?" Tanya Milea. Dia yang baru sahaja mengambil pesanan daripada pelanggan segera mendapatkan Alisha. Pelik dengan perangai bosnya itu.
Alisha mengangkat bahunya beberapa kali menandakan yang dia tidak mengetahui.
Mamat sengal ni kemain happy. Takut pulak aku tengok.
"Kenapa awak happy sangat harini?" Alisha mula bertanyakan soalan yang bermain di fikirannya. Bukan sahaja dia, malah pekerjanya sekali .
Arief membuka balutan bungkusan itu. Novel bertajuk Rose's bersama dengan sepucuk surat menghiasi penglihatan mereka berdua.
"Okay then. What's so special about this?" Alisha mencapai surat itu.
Arief menarik kasar surat itu daripada tangan Alisha. Dia mencium surat itu lama.
"Surat ni daripada Anjell tau. Jangan suka- suka hati pegang tanpa basuh tangan." Arief mencapai frame gambar kosong di tepinya.
Dia membuka surat itu. Dan satu helaian kertas yang tertera tandatangan 'Anjell' menghiasi cantik surat itu.
Arief menghidu helaian kertas itu sebelum meletakkan surat itu di dalam frame gambar itu.
Kemudian, novel berwarna hitam yang dihiasi dengan bunga ros berwarna putih dan hitam itu diambil Arief. Dia membuka helaian buku itu dan dihidu penuh minat.
Alisha hanya memerhati dari jauh sahaja tindakan pelik Arief itu.
Mamat ni dah kenapa?
"Okay now baru boleh pegang." Arief memberi frame gambar itu kepada Alisha.
Alisha menyambut huluran Arief.
Namun, novel berwarna hitam itu masih di dalam genggaman suaminya seolah- olah tidak mahu dilepaskan. Berharga betul novel itu. Matanya dialihkan pada surat penulis bernama Anjell di dalam frame itu.
'Happiest birthday Arief. From Anjell'
Omaigod!! Birthday present Arief rupanya. Lahai aku punya hadiah lagi gempak la Ah Teng. Ko tunggu jap. Aku yakin pasni confirm Arief akan lupakan Anjell kesayangan dia.
__________________________
FLASHBACK***
Selepas tamat kelas biologi, mereka bergerak semula ke makmal. Tajuk harini berkenaan dengan mutasi gen.
Bukan tajuk kegemaran Alisha, tetapi nak tak nak hadap aje la. SPM pun nak dekat.
"Woi! Mengelamun apa tu? Jalan tengok depan. Nanti terlanggar tong sampah baru tau." Sakat Arief. Entah dari mana dia datang, Alisha pun tidak tahu.
Salam pun tak bagi.
"Takde apa la. Kau tak payah busybody sangat."
"Kau dengar tak apa Cikgu Ros cakap tadi?" Arief melompat ke hadapan Alisha membuatkan Alisha berhenti.
Alisha menggeleng. Malas hendak layan si Arief ni
I takde masa kay nak layan mamat sengal macam dia ni.
"Cikgu cakap orang yang ada hidup penyek ni ada sindrom down." Arief menunjuk ke arah hidung Alisha .
Dia memegang hidungnya.
Dia tahu hidungnya tak semancung kakaknya.
"So what?!!" Alisha geram dengan perangai kurang ajar mamat sengal ni.
"So kau ada sindrom down la!!" Arief menjelirkan lidahnya sedikit lalu berlalu pergi apabila Alisha mengangkat tangannya seolah- olah ingin menumbuk Arief. Arief sengaja menyakat Alisha. Tawa Arief bergema di satu blok itu. Macam pontianak mengilai .
Mana tak benci perangai mamat sengal ni kalau macam ni perangai dia?
"Kau tau tak kalau lelaki tu menyakat kita maksudnya dia suka kita." Fakhrul iaitu ketua kelasnya berkata.
Suka? Macam tu suka? Dasar tak romantik betul lelaki. Dia tak pernah dengan lagu Kalau Cinta nyanyian Aliff Aziz dan Joanna ke?
Kalau cinta jangan kacau,
Kalau sayang tak perlu marah,
Kalau ikhlas tak minta berbalas.
Serahkan cintamu pada yang punya cinta.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...