3

270 23 1
                                    

Bodoh betul Arief! Bangang! Tak berhati perut langsung! Selepas apa yang jadi semalam, dia langsung tak balas mesej- mesej aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bodoh betul Arief! Bangang! Tak berhati perut langsung! Selepas apa yang jadi semalam, dia langsung tak balas mesej- mesej aku. Busy sangat ke mamat bengap tu?

Kalau tengok semalam, Arief langsung tak terkesan dengan apa yang papanya sampaikan . Seolah-olah dia mengetahui apa yang bakal berlaku.

Entah- entah memang betul dia tahu. Dia sengaja rahsiakan. Bodoh betul. Sakit pulak kepala aku apabila memikirkan hal semalam.

Macam ni rasanya orang tua zaman sekarang. Langsung tak berubah macam orang tua zaman dahulu. Asyik nak tentukan kehidupan anak- anak mereka sahaja. Selfish!

Keputusan ini tidak akan berlaku kalau kedua- dua pihak tidak setuju. Maknanya, kedua ibu bapa mereka yang bersalah.

"Ish, serabut betul! Arief ni tercampak telefon dia dekat dalam kolam ikan ke? Call banyak kali pun tak angkat", Alisha geram lalu mencampakkan telefonnya di atas katil.

"Aku kena fikir something. How to get out of this situation. But how? Takkan nak ugut bunuh diri pulak? No, no. That's childish"

Kalau Ammar menggantikan tempat Arief pasti hidupnya akan lebih aman. Ya, apa kata Ammar yang gantikan tempat Arief?

Tiba- tiba telefon Alisha berdering. Dia melihat nama Arief yang terpapar di notification telefonnya.

Baru pandai nak jawab mesej. Ingatkan dah mati.

[Arief noob]

'Get ready in 10 minutes. I'm picking you up'

Selepas membaca mesej Arief, Alisha terus bergegas bersiap.

Hoodie berwarna biru,  seluar slack dan tudung sarung hitam dicapai oleh Alisha. Dia melihat dirinya di hadapan cermin.

'Perfect and simple'

Dia terus mengambil utas tangannya yang berwarna cream untuk digayakan bersama bajunya.

Dia menunggu Arief di hadapan rumahnya. Terlihat kelibat kedua ibu bapanya sedang duduk berehat di bangku di halaman rumah mereka. Mereka berdua mengalihkan pandangan mereka ke Alisha.

Ibu Alisha melambaikan tangannya, memanggil Alisha. Alisha mengangkat langkahnya ke arah mereka berdua.

"Nak pergi keluar dengan Rif ke?", tanya Puan Lina

"Haah. Ibu dengan ayah nak kirim apa- apa tak?"

"Takde rasanya. Cuma ibu nak pesan, hati- hati ye sayang. Jaga diri elok- elok. Jangan gaduh dah dengan Arief. Ini masanya untuk kamu berbaik", pesan Puan Lina kepada anak perempuannya itu.

"Kirim salam dekat Arief", Encik Rahman yang tadinya membaca surat khabar kini bersuara.

Alisha bersalaman dengan kedua ibu bapanya sebelum berlalu pergi.

Senyuman manis di bibir Puan Lina masih lagi kekal. Agaknya seronok tengok Alisha bersama 'bakal suaminya'.

Alisha masuk ke dalam kereta Arief. Arief tidak seperti biasa. No response. Pelik! Matanya hanya memandang ke hadapan. Tak berpaling langsung ke arahnya.

The only thing that didn't change ialah spek hitamnya.

"Acah  betul'', bisik hati Alisha.

"Shush sebelum kau bukak mulut, baik kau diam je. Dah sampai nanti baru kita start bincang. Aku nak fokus bawak kereta. Kang accident pulak kita nanti", ujar Arief sebaik sahaja kaki Alisha melangkah masuk ke dalam keretanya.

"okay" . Alisha merasakan something is not right tapi dia malas berfikir.

Perjalanan mereka mengambil masa selama 10 minit sebelum Arief memarkir keretanya di hadapan sebuah restoran.

Wow! A new resturant.

Arief keluar dahulu dari keretanya. Meninggalkan Alisha terpinga- pinga di dalam kereta. Alisha seakan- akan anak ayam yang mengekori gerak- geri emaknya. Mengekor sahaja ke mana Arief pergi tanpa sebarang pertanyaan. Malas bertekak dengan mamat poyo ni.

Arief mengambil tempat di meja kosong berhampiran kaunter.

Selesai memesan makanan, akhirnya Arief membuka mulut, memulakan perbualan.

"Kita tak boleh buat apa- apa. Kali ni kita ikut je la apa yang parents kita nakkan. Aku dah malas gaduh dengan papa aku",

"No!",  balas Alisha, separuh menjerit apabila mendengar perkara yang dilontarkan daripada bibir Arief.

"I have a plan"

"What's your plan? Kau jangan sesuka hati nak buat perkara bodoh lagi"

"NO! Plan kali ni boek gila"

"Okay. Now talk"

"Why don't you swap tempat dengan abang kau"

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now