𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS
Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mata Alisha terasa berat. Matanya yang separa bengkak dek menangis masih lagi tersisa. Hari ini ialah permulaan hidupnya yang baru. A life without Ammar, and a life with her husband, Arief.
Matanya dibuka, mencari kelibat sang suami. Pusing kiri tiada, pusing kanan pun tiada. Mana agaknya si Arief ni?
"Dah bangun?"
Satu suara yang dulunya kedengaran biasa namun sekarang kedengaran sangat enak sekali menyapa di gegendang telinganya.
Alisha menoleh ke arah sumber bunyi itu. Masih lagi mencari suaminya. Suara ada tapi tuan badannya mana?
"Dah. Kau kat mana Rif"
"Cuba sayang teka"
Sayang? Si Arief ni mesti fikir sweet kan ber'sayang sayang' dengan dia. Eh tapi memang sweet pun.
Muka Alisha kian merona. Malu apabila dipanggil 'sayang'.
"Ha ha ha. Not funny la sengal. Kalau aku dapat kau ni memang kena kau dengan aku mat" Alisha sedaya upaya menyembunyikan perasaan cintanya. Mana taknya kalau Arief tau confirm dia kena usik dengan Arief.
Cinta? Adakah dia sudah pun jatuh cinta dengan Arief? Terlalu singkat sangat masanya untuk dia jatuh cinta. No! Ini bukan cinta. Dia cuba memintas perasaan yang mula mekar di hatinya.
No Alisha! Rehatkan hati kau dulu. Sembuhkan luka lama baru kau start over. Take your time to heal.
Ayat itu sentiasa bermain di fikirannya.
"Are you sure?" Suara garau Arief berjaya membuat jantung Alisha berdebar.
Makin lama dia berada di dalam situasi ini, semakin besar kemungkinan jantungnya akan tercabut. Eh macam hipotesis eksperimen pula.
Sedang leka dilamun di dalam 'dunianya' , dia terasa seakan- akan pinggangnya dilingkari dari belakang. Bahunya terasa berat. Dia cuba melepaskan diri daripada pelukan Arief. Namun, dia tidak sekuat Arief. Dada bidang Arief melekat perfectly di belakang Alisha.
"Shh just stay. Please just for a while" Arief membisik perlahan di telinga Alisha.
Nafas hangat Arief berjaya membuai Alisha. Adakah ini nikmat bercinta selepas berkahwin. Dia berasa sangat selesa di pelukan Arief. Sangat selesa sehingga kalau boleh dia tidak mahu Arief meleraikan dakapannya.
Selepas terasa seperti pelukan yang tadinya terasa sangat indah dileraikan, Alisha berpaling ke arah suaminya.
"Do you love me?" Arief menebak soalan yang sememangnya tidak dapat dijawab. Sungguh KBAT soalan ni!
Pergerakan Alisha mati. Otaknya terasa sakit. Dia memandang tepat ke arah anak mata Arief. Apa yang dia fikir sebelum tanya soalan macam ni dekat aku?
"Never mind" Arief mula berlalu pergi. Pergerakannya terhenti apabila tangannya diraih oleh sepasang tangan kecil.
"Aku sayang kau Arief. Jangan la tinggalkan aku" perlahan saja suara Alisha, seakan membisik. Malu dengan apa yang diungkapkan olehnya. Malu kerana dia orang terakhir yang mengungkapkan perasaannya.