"Woi minah! Bangun!", suara garau Arief mengejutkan Alisha daripada tidurnya.
Alisha bangun dari tidurnya. Dia mengusap matanya yang gatal. Mana taknya seharian dia menangis. Dia melihat kelibat suaminya yang duduk membelakanginya di hujung katil.
Dia mencapai telefon pintarnya di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Mau terbeliak biji matanya apabila melihat paparan skrin telefon pintarnya. Pukul 8:30? Mamat sengal ni kejut aku pukul 8:30?
"Woi apasal kau kejut aku pukul 8:30? Rasanya aku dah set alarm pukul 6:15 pagi"
"Haah aku turn off alarm kau. Kau kan period Alisha sayang sebab tu la aku taknak kacau kau. Lagipun nampak kau macam penat sangat", balas Arief. Tubuhnya yang tadi membelakangi Alisha dipusingkan.
"Pergi la mandi dulu. Aku kemaskan barang kejap. Lepas breakfast kita balik rumah aku. I mean rumah kita", Arief bangun dari duduknya lalu mencapai bagasi di dalam almari biliknya.
Tanpa berkata apa, Alisha mencapai tualanya dan segala barangan peribadi yang dia perlukan sebelum masuk ke dalam bilik air.
Selepas 20 minit di dalam bilik air, Alisha melangkah keluar daripada bilik air, berpakaian lengkap .
"Woi apa ni! Kau pergi masuk balik!" Tiba - tiba diri Alisha dijerkah oleh suara garau Arief.
Arief yang baru sahaja hendak menyarungkan seluarnya terkejut apabila melihat kelibat Alisha menyebabkan tuala yang dililit di pinggang Arief terjatuh. Nasib baik dia pakai seluar dalam siap- siap. Kalau tak Alisha dapat free show la!
"Yang kau ni bogel pahal? Eee ya Allah gelinya mat!" Alisha masuk semula di dalam bilik air semula. Imej suaminya yang hanya mengenakan tuala tadi sebelum tuala itu jatuh bermain difikiran Alisha.
Hot jugak suami aku.
Alisha tergelak sakan, tidak dapat menahan tawanya. Siapa suruh lambat sangat pakai seluar. Kan dah mendapat. Budak 5 tahun pun cepat lagi dari si sengal ni.
"Ha takpe kau, gelak la dulu . Kau tunggu malam ni waktu kau tidur. Aku takut kau menyesal je" usik Arief.
Alisha melangkah keluar daripada bilik air dan terus menuju je arah Arief yang masih lagi tunduk untuk mengambil semula tualanya yang jatuh di atas lantai.
Terkejut Arief dibuatnya. Ingatkan Alisha nak terperap dalam tandas tu berminggu- minggu.
Telinga Arief dijentik sehingga merah. Arief segera menggosok telinganya yang dijentik tadi.
Sakit mat. Kau ingat tak sakit ke kena jentik. Rasa macam panas je telinga ni
"Apa kau cakap? Kalau nak hilang telinga, kau buat la". Alisha merengus kasar. Dia menyarungkan tudung sarungnya yang berwarna hitam sebelum duduk di hujung katil.
Arief mendekati Alisha yang duduk di atas katil sambil menatap telefon pintarnya.
"Takpe hilang telinga, janji dapat anak"
"Eee ya Allah. Syaitan mana la yang rasuk kau ni. Bodoh betul!"
"Syaitan hensem"
"Huh more like syaitan miang"
"Bye la aku nak breakfast. Kau main la fon kau tu sampai buta", Arief berjalan menuju pintu biliknya. Terasa tangan kecil menggenggam tangannya daripada belakang.
"Jom la turun sama- sama. Jangan la tinggal aku."
Arief hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Comel. Tadi bukan main garang sangat.
"Alolo sweetie pie Arief Rayyan ni. Jangan cute sangat nanti ada orang ngap ha baru tau."
Memang betul nak hilang telinga si sengal ni. Tak makan amaran langsung.
"Haih bak sini kunci kereta kau. Aku malas nak layan kau ni." Alisha menyeluk tangannya ke dalam poket belah kiri Arief untuk mencari kunci kereta Honda Civic milik Arief.
"Woi tau la tak sabar tunggu malam ni pun tapi tak patah la ekstrem sangat ."
Pangg!! Ha kan dah mendapat. Satu tamparan mendarat ke atas kepala Arief.
Alang- alang dah bengong baik aku bagi hilang ingatan terus je. Perangai gatal mengalahkan orang tua.
"Bye. Aku blah dulu. Jangan lupa kunci rumah." Alisha berlaku meninggalkan Arief yang tersenyum sendirian.
"Ha dah turun pun pengantin baru kita ni. How's last night? Tidur nyenyak ke?" tanya Puan Julia. Keningnya sengaja dijungkit- jungkit, memandang ke arah suaminya yang sedang menghirup teh o panas.
"Of course la nyenyak. Kalau tak, takde la bangun lambat. Betul tak, sayang?" Arief menjeling ke arah Alisha. Tak habis nak menyakatnya.
"Wow! Sayang. Takpe la Rif. Jangan la buli Alisha. Kesian menantu favourite mama ni" Puan Julia tersenyum hingga menampakan dua baris giginya.
Kenapa mama suka sangat dekat aku? Aku biasa- biasa je. Bukannya special pun. Mereka di dalam rumah ini terlalu menyayanginya. Alisha takut, takut dia tidak mampu menjadi yang terbaik untuk mereka. Mereka terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan.
"Nanti balik rumah, Alisha rehat banyak- banyak ye. Kalau si Rif ni buli Alisha bagitau je dekat papa. Nanti papa luku kepala dia"
kini giliran Encik Hakim pula bersuara ."Takde masanya Rif nak buli Alisha. Alisha ni je yang buli Rif. Betul ta-"
Belum sempat Arief menghabiskan ayatnya, dia diganggu oleh suara seseorang memberi salam daripada luar rumah.
"Waalaikumussalam. Mesti Ammar dah datang" Puan Julia kelihatan sangat gembira. Anak kebanggaannya sudah pulang. Katanya Ammar perlu menghadiri mesyuarat di Johor. Oleh sebab itu, dia tidak dapat ke majlis perkahwinan mereka berdua.
Alisha melihat satu tubuh yang sangat dikenalinya melangkah masuk ke dalam rumah seterusnya ke arah mereka, Ammar. Jejaka pujaannya, atau pun bekas jejaka pujaannya. Namun, dia terkejut melihat gerangan seseorang yang tidak dikenalinya di belakang Ammar.
"Hi Alisha. Rasanya kau tak pernah jumpa lagi Athia. Athia ni Alisha. Alisha ni Athia Raysha. Isteri aku"
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...