Tangan Arief menggenggam rapi jari jemari Alisha.
Dia memandang isterinya yang memakai abaya berwarna maroon gelap itu. Abaya itu dihadiahkan kepada Alisha semasa hari perkahwinan mereka. Dia sendiri memilih abaya itu di butik berdekatan kafenya. Hasratnya untuk membeli tudung kepada mamanya tetapi abaya cantik ini menarik perhatian Arief ketika itu.
Tudung berwarna putih yang dililit kemas dan dilabuhkan sehingga dada menaikkan lagi seri wajah isterinya. Pemakaian Alisha sopan dan kemas. Stoking tangan yang juga berwarna putih melekap cantik pada lengan Alisha.
Bagi dia Alisha perempuan paling sempurna di dunia ini. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk Alisha.
Ini lah bahagia yang diidamkan oleh Arief selama ini.
Walaupun berdekad dia perlu tunggu untuk menggapai kebahagiaan bersama Alisha, dia sanggup . Asalkan Alisha miliknya. Takdir Allah itu cantik. Mungkin selama ini dia perlu melalui kesukaran dan keperitan tetapi setiap kesukaran akan diakhiri dengan kebahagiaan.
Seperti hujan yang melanda, kadang- kadang hujan kelihatan rahmat bagi sesetengah manusia. Tetapi ada juga di antara mereka yang merasakan hujan sebagai beban kerana telah menyukarkan hidup mereka.
Begitu juga dengan dugaan. Terlihat hina pada pandangan orang lain tetapi terlihat indah di mata manusia yang pandai menghargai dan mengetahui di sebalik kesukaran ada kebahagiaan yang menanti.
"Wah, cantiknya tempat ni!" Alisha tersenyum girang. Mata mereka disapa oleh meja putih yang dipenuhi dengan makanan western.
Mata Alisha tertacap pada belon yang berbentuk hati. Terdapat tulisan yang tertulis 'Teruntukmu My Alisha Ilaira , Sweetie pie Arief Rayyan' di belon itu.
Dia memeluk tubuh Arief yang berada di sebelahya .
"Thank you abang!" Pelukan Alisha dibalas oleh Arief.
"Sama- sama sayang. Abang kan dah promise yang abang akan buat sayang happy. Ke sayang dah lupa?" Memori pahit itu kembali di ingatan Alisha semula.
Memori di mana hatinya remuk dan patah kerana tidak disatukan oleh lelaki yang dulunya dia cintai. Memori di mana dia menyalahkan takdir dan tuhan kerana berlaku tidak adil dalam hidupnya. Tanpa dia sedar, kebahagiaan menantinya.
Namun, dia kian sedar. Allah jauhkan Ammar daripada hidupnya kerana Allah tahu Arief lebih baik. Allah maha Mengetahui. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan . Tiada guna kalau hidup tanpa keredhaan Allah.
Alisha mengangguk.
Arief menolak perlahan badan Alisha untuk duduk di atas kerusi yang berwarna putih itu.
"I've got one more suprise for you sayang."
Dia menyeluk tangannya di dalam poket seluarnya. Satu kotak yang berwarna merah baldu dikeluarkan dan kini berada di tangan kanannya.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...