5

315 26 3
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Alisha Ilaira binti Hayyan Rahmat dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Aku terima nikahnya Nur Alisha Ilaira binti Hayyan Rahmat dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai "

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Dengan sekali lafaz sahaja Alisha dan Arief telah disatukan. Impian ibu bapa mereka kini tercapai.

Arief melirik ke arah ibu dan bapanya yang tersenyum bahagia. Bak kata Hafiz Suip 'bahagiamu deritaku'.

Kalau dia menderita, apa lagi Alisha. Perasaan bersalah mula menghantui Arief. Tapi Arief terjaga dari lenanya apabila dia mengingati janjinya kepada Alisha

"Aku boleh bahagiakan kau. Aku janji"

Dia akan pegang kata- katanya. Ini ialah saat yang dinanti- nantikan buatnya. Saat dia buktikan ketulusan cintanya kepada Alisha.

Arief melihat sekilas wajah Alisha. Matanya merah, menahan tangisannya. Arief tidak tahu sama ada tangisan Alisha ialah tangisan sedih atau bahagia.

Ya, sememangnya tangisan sedih. Bodonya Arief kerana menyakiti hati perempuan yang dicintainya.

Arief menolak perlahan pintu sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Arief menolak perlahan pintu sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

Terlihat kelibat Alisha sedang duduk di atas katil bilik mereka, membelakangi Arief.

"Alisha." lembut sahaja Arief memanggil Alisha.

Alisha berpaling ke arah sang pemanggil. Matanya yang bengkak, hidungnya yang merah, tudungnya yang serabai dibiarkan begitu sahaja. Biarkan. Biarkan mereka melihat kesengsaraan yang dialaminya.

"Hey shh... Jangan la nangis. Aku ada dengan kau. We're in this together." pujuk Arief lalu memeluk tubuh kecil Alisha.

Entah mengapa dia tidak rasa kekok langsung untuk menyentuh Alisha apatah lagi memeluknya walaupun ini kali pertama dia pernah menyentuh Alisha.

Arief meleraikan pelukannya dan mula mengesat air mata jernih Alisha yang kian jatuh.

Arief memeluk semula tubuh Alisha dan mengusap lembut belakang wanita yang kini bergelar isterinya. Tubuh Alisha yang kecil tenggelam di dalam pelukan Arief.

"Sorry Rif. Aku tak kuat untuk semua ni" Alisha membalas pelukan suaminya.

Arief menolak perlahan tubuh Alisha . Dia memandang tepat ke arah anak mata Alisha yang sangat cantik walaupun wanita itu sedang menangis. Bagi Arief , Alisha kelihatan cantik dengan apa jua keadaan.

"If you don't mind. May I?", Arief meminta izin sebelum mencabut satu demi satu pin tudung Alisha lalu membuka tudung shawl yang tadinya kemas dililit di kepala Alisha.

Arief memandang Alisha yang ternyata sangat cantik di hadapannya itu. Ya, wanita cantik di hadapannya inilah isterinya, wanita ini miliknya buat selama- lamanya hingga Jannah.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku tak cantik ke?", Alisha menyoal Arief yang masih lagi tidak berpaling dari muka sembapnya.

"Haah la. Hodoh gila muka kau. Macam Hantu Kak Limah. Menyesal aku kahwin dengan kau", Arief menjauhkan diri dan menjelirkan lidahnya seolah- olah mahu muntah di hadapan Alisha .

Melihat mimik muka Alisha yang berubah masam semula. Kini, Arief bersuara.

"Takde la sayang. Aku terpegun je tengok isteri aku yang cantik ni macam bidadari. Tengok la siapa kan, my lovely princess kot", Arief mencuit dagu Alisha sambil menghadiahkan senyuman manis buat Alisha.

"Eee geramnya dengan mamat sengal ni! Aku cubit kau nanti ha!", Alisha hilang sabar. Mana taknya, orang tengah sedih boleh pulak dia buat sweet macam tu. Kalau Alisha jatuh hati dengan Arief macam mana?

"Jangan la sayang"

"Dahla. Aku nak mandi. Melayan kau ni sampai esok pun tak habis" Alisha bergegas ke tandas. Tuala pink miliknya dan baju tidurnya dicapai sebelum memasuki tandas, membiarkan Arief di atas katil. Biar dia layan gila dia sorang- sorang. Malas hendak layan si sengal tu.

Arief baring dan memejamkan matanya. Dia menghela nafasnya yang berat.

Bagaikan mimpi, Allah memperkenankan doanya.

Alisha menutup pintu tandas

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alisha menutup pintu tandas. Punggungnya dilabuhkan di atas lantai tandas. Belakangnya disandarkan di sebalik pintu. Alisha memejam rapat matanya yang bengkak itu.

Alisha menatap lama cincin yang tersarung sempurna di jari manisnya.

Cantik! Pandai Arief pilih cincin ni. Minimalis tapi sangat cantik.

Dia bangun dan memandang cermin tandas. Terpapar refleksi mukanya yang sembap, serabai di cermin.

"Aku janji Rif. Aku akan balas effort kau. Aku akan sayang kau lebih daripada Ammar" bisik Alisha perlahan.

Dia mengingati semula janji Arief kepadanya. Dia pasti lelaki itu akan menunaikan janjinya dan tidak akan mengkhianati kepercayaaan Alisha. Oleh itu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Arief.

Saat ini dia memerlukan Elara, kakaknya. Tempat luahan dan tempat berkongsi segala masalahnya. Hanya kakaknya sahaja yang memahaminya.

Dia tersepit dengan rasa bersalah. Dia tidak mampu tetapi dia akan mencuba.

MY ALISHA ILAIRA | CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang