7

271 22 2
                                    

Alisha hanya mendiamkan diri di dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alisha hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Selepas sahaja mereka makan di rumah mertua Alisha tadi, mereka terus bergegas ke rumah mereka.

Perjalanan dari rumah mertuanya hanya mengambil masa selama 30 minit. Kereta Honda Civic Arief memasuki perkarangan rumahnya. Wow! Banglo dua tingkat. Kaya juga Si Sengal ni.

"Jom masuk. Kau masuk dulu. Aku nak angkat beg jap" Arief menghulurkan segugus kunci kepada Alisha. Dia mengambil kunci tersebut dan menuju ke arah pintu masuk rumah mereka.

Pintu tersebut dikuak. Alisha terpegun melihat decorations dan perabot rumah Arief. Sangat elegant. Minimalis, kemas sangat! Warna hitam dan putih perabot- perabot mewarnai rumah Arief. Tetapi televisyen di rumah Arief menjadi tumpuannya. Besar gila tv mamat sengal ni. Dia ni kerja apa?

Alisha duduk di sofa di ruang tamu lalu mencapai remote tv. Pergerakannya terhenti apabila Arief menggapai tangannya.

"Kau pergi mandi dulu. Bau busuk kau sampai keluar. Nanti jiran aku ingat aku bawak balik mayat", kata Arief dengan selamba.

Nak suruh orang mandi tu cakap je la elok- elok. Tak perlu pun perli.

Dah kahwin pun perangai tak berubah. Masih lagi bengap macam dulu. Macam ni nak jadi suami aku? Macam ni nak jadi bapa kepada anak- anak aku?

"Kan aku baru je mandi dekat rumah mama papa tadi" Alisha merenung tajam wajah suaminya yang tersengih- sengih.

Ini mesti kes nak melawak tapi tak kena tempat. Silap time memang kena pancung mamat macam ni.

"Nak join boleh?" Belum sempat Alisha menjawab Arief sudah duduk bersebelahannya di sofa. Jarak antara mereka terlalu rapat sehinggakan Alisha dapat merasakan lengan sasa Arief . Dia tidak pernah duduk serapat ini bersama Arief. Macam mana mamat sengal ni boleh act cool je? Aku punya gelabah ni macam nak pengsan je.

Alisha menekan butang remote tv yang berada di tangannya. Dia cuba mengawal tangannya yang terketar- ketar. Arief yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan isterinya.

"Nak tengok cerita apa ni?" Arief bertanya.

"Korea" ringkas sahaja Alisha membalas. Matanya masih memandang ke hadapan. Tak mampu nak bertentangan mata dengan suaminya. Boleh luruh jantung Alisha. Intense betul!

"I see" Mata Arief masih memandang wajah cantik Alisha.

"Tudung tu taknak buka ke? Tak panas?" Soalan Arief sedikit sebanyak membuat Alisha terkejut. Dia baru perasan tudung sarung hitamnya masih melekap di kepalanya.

Dia segera menanggalkan tudungnya. Dia dapat merasakan setiap pergerakannya diperhatikan oleh Arief.

Gila mamat ni agaknya.

Alisha memandang ke hadapan semula. Paha Alisha yang tadi terasa ringan tiba- tiba terasa berat . Seolah- olah ada sesuatu di atas pahanya . Matanya melirik ke bawah, melihat pahanya.

Arief membuka matanya. Kepalanya sengaja diletakkan di atas paha Alisha. Posisi yang sangat selesa berserta pemandangan yang sangat indah. Mimik muka Alisha berubah apabila Arief bertindak sedemikian.

"Kat rumah kau ni memang takde bantal ke? Dah kenapa baring atas paha aku?" Alisha memberanikan diri untuk bertanyakan soalan bodoh itu kepada Arief.

"Tak boleh ke aku nak manja dengan isteri aku?" Jawab Arief. Matanya dipejamkan , menikmati keindahan, kebahagiaan yang dialaminya.

"Kau marahkan aku?" tanya Arief. Soalan itu bermain di fikirannya . Tak boleh ke kalau Alisha move on sahaja? Ammar sudah menjadi suami orang . Takkan la Alisha mahu meruntuhkan masjid Ammar dan isterinya .

"Sikit je la. Kalau diorang baru kahwin takpe. Ni dah 2 tahun. Kau buat aku macam orang bodoh tunggu abang kau" mata Alisha mula berkaca. Kecewa dengan Arief. Perlukah sampai dia merahsiakan status abangnya? Kenapa Arief tidak berterus terang sahaja . Alisha bukan budak- budak lagi. Mentalnya kuat. Dia yakin dia mampu handle perasaannya. Tapi sekarang? Sekarang mungkin tidak mampu.

Arief yang berbaring di atas paha Alisha tadi segera bangun. Dia menarik bahu Alisha dengan perlahan. Hatinya luruh melihat keadaan Alisha seperti ini. Tambah- tambah lagi apabila Alisha disakiti oleh abangnya sendiri. Mengapa Alisha perlu jatuh hati dengan abangnya? Mengapa Ammar? Mengapa bukan dia?

"Alisha, Ammar dan happy dengan isteri dia. Now it's your turn. Forget the past. Focus on the future. Moving on isn't selfish. It's self love." Arief menggenggam tangan kecil Alisha.

Alisha mengangkat pandangannya, memandang tepat anak mata Arief. Iris coklat hazel itu ditatap.

"Aku tak mampu. Kau tolong aku boleh? Tolong aku lupakan Ammar." Benteng air matanya pecah. Mencurah- curah air matanya jatuh. Tanpa dia sedari, dia kini berada dalam pelukan suaminya.

"InshaAllah sayang"

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now