*

574 11 0
                                        

Pin pin! Tumpang lalu. Ini adalah teaser for my next story which potrays Ammar Rykarl dan Athia Raysha's love story. Tiada tisu yang perlu disediakan kerana buat kali kedua cerita ini juga seperti My Alisha Ilaira., tiada konflik yang berat.

Dengan izin Allah. Saya mempersembahkan My Athia Raysha kepada anda semua

・──・˚ʚ꒰♡꒱ɞ˚・──・

"Awak ada baju ni sahaja ke? Apasal longgar sangat?" Perli Ammar. Sakit matanya ini melihat pemakaian wanita di hadapannya itu. Ketat, singkat dan digayakan dengan warna yang menyerlah.

"Who are you to judge me? Tambah- tambah lagi tegur I?" Athia menjeling tajam jejaka di hadapannya. Hensem dah hensem tetapi mulut sepedas cili. Dia mendongak sedikit apabila bercakap dengan jejaka itu. Tinggi lelaki itu membuatkan dirinya kelihatan tampan.

Raut wajah lelaki itu bersih, sesuci kain putih. Mata hazel coklat yang menawan. Kening yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Biasa- biasa sahaja. Bulu matanya juga lentik seperti perempuan. Figura lelaki itu ditatap dengan penuh minat. Matanya terpaut dengan ketampanan jejaka itu tetapi hatinya menolak saat teguran pedas menyapa halwa telinganya.

"Saya tak perlu jadi abang awak untuk tegur awak. Sesama Islam kan?" Dari segi tuturan kata wanita itu, Ammar dapat mengetahui perempuan itu mesti dibesarkan daripada keluarga yang kaya. Pemakaiannya juga sah menunjukkan hidup wanita itu mewah. Tetapi ruginya apabila tidak menitikberatkan ajaran Islam di dalam hidup. Himpunan duit tidak bermakna jika pengetahuan kosong.

"Who said you have to be my brother? I'm assuming that you're an ustaz. Am I right?" Senyuman sinis terlakar di bibir wanita itu. Dirinya berasa tercabar.

"No. I'm a lecturer. Jauh lagi saya nak jadi ustaz. Pengetahuan yang ada di dada pun tidak cukup." Athia mendengus kasar mendengar pengakuan palsu lelaki itu.

Dia mendekati tubuh jejaka itu. Telapak tangannya mengelus lembut pipi lelaki itu.

Terkejut Ammar dengan tindakan wanita itu. Dirinya segera mengundur ke belakang.

"Apa yang awak cuba buat?" Ammar bertanya lalu mengorak langkah menjauhi wanita itu dengan segera. Gila betul perempuan itu. Kakinya diatur untuk masuk ke dalam kereta dengan segera. Matanya memandang wanita itu yang tersenyum kepadanya.

Lambaian wanita itu dibiarkan sahaja. Enjin keretanya dihidupkan. Degupan jantungnya tidak normal. Turun naik dadanya semasa memandu kereta miliknya.

"I don't know who you are but I'll make sure you'll fall for me. Wanita adalah kelemahan lelaki. Saat nafsu menghantui diri, yang alim pun akan menjadi syaitan." Tawanya bergema di bangunan itu. Dia akan pastikan lelaki yang berperwatakan seolah- olah ustaz itu akan tumbang ditimpa nafsu.

Saat itu dia akan buktikan lelaki itu bukanlah malaikat.

MY ALISHA ILAIRA | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang