30

548 16 0
                                        

Hubungan Alisha dan Arief yang mula keruh akibat pertelingkahan mereka saban hari semakin pulih

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Hubungan Alisha dan Arief yang mula keruh akibat pertelingkahan mereka saban hari semakin pulih. Mereka berjaya menyelamatkan masjid mereka dengan merendahkan ego masing- masing. Jika seorang menjadi api, mestilah seorang lagi perlu menjadi air yang memadamkan api kemarahan.

[Mamat Sengal] 9:31 a.m.
Abang takde dekat kafe lagi. Masih dengan Ammar. Sayang balik lah dulu.

Melihat mesej Arief, Alisha kelihatan hampa. Tidak terubat rindu ini. Ingatkan datang sini boleh jumpa suaminya. Tetapi tiada pula.

9:32 a.m.
Okay abang. Alisha otw nak balik ni. Balik cepat sikit tau. Sayang rindu🤧

Alisha mengangkat kakinya untuk kembali ke dalam perut kereta selepas membalas mesej suaminya .

"Wow. Look who is here kalau bukan isteri tercinta Abang Rif. Eh tapi masih lagi tercinta ke kalau dah curang dengan abang ipar sendiri." Teguran Zahra mematikan langkah Alisha. Zahra yang entah dari mana tiba- tiba muncul di hadapan Alisha.

Senyuman jahat terlakar di bibir Zahra.

"Macam mana kau tau? Kau sekodeng aku ke? Taksub sangat lah kau ni dengan hidup aku." Respon Alisha.

"Sebab aku yang set up kan everything. Hahahahha." Dia ketawa . Bangga dengan apa yang dia lakukan. Bangga meruntuhkan rumah tangga orang lain.

"Habistu macam mana kau dapat nombor Ammar?"

"Hmm? Nombor Ammar? Ini ke?" Dia menunjukkan kad kerja Ammar daripada beg tangannya. Di situ tertera nombor telefonnya. Siap highlights lagi nombor Ammar. Ish takutnya!

Alisha cuba merampas kad itu daripada tangan Zahra. Namun, cepat- cepat Zahra menyimpan semula kad itu di dalam beg tangannya .

"Eh kau ni! Nak buat apa nombor Ammar? Tak cukup lagi ke kau enjoy malam tu?" Zahra mengejek Alisha.

"Aku tak buat apa- apa la dengan Ammar."

"Are you sure?" Senyuman sinis terlakar di bibir Zahra.

Sungguh licik permainan Zahra ini. Sehingga tiada sesiapa pun menyangka segala yang berlaku adalah perbuatan Zahra.

"Dahla ye. Harini aku nak keluar dengan Arief . Kau pergi la sana main- main lagi dengan Ammar tu sampai kau puas."

"Lepas dah puas tu. please ceraikan Arief ye. Dia milik aku selama- lamanya. Mwah!" Bisik Zahra di tepi telinga Alisha.

Dia berlalu pergi meninggalkan Alisha di hadapan kafe Arief itu.

Hatinya semakin panas mendengar kata- kata Zahra itu. Siapa sangka semua yang berlaku ialah angkara Zahra? Apa lagi yang dia mahu? Kumbang bukan seekor.

MY ALISHA ILAIRA | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang