Arief memandu keretanya untuk menghantar Alisha balik. Tiba-tiba sahaja ibu Alisha menelefonnya, memberitahu bahawa ada hal penting yang perlu dibincangkan bersama. Ibu Alisha, Puan Lina juga memesan supaya membawa Arief sekali. Mungkin ibunya rindu degan Arief, bisik hati Alisha. Harap la tiada masalah yang melanda mereka sekeluarga.
Mereka tiba di perkarangan rumah Alisha (Alisha tinggal bersama dengan ibu bapanya). Kelihatan Puan Lina, ibu Alisha, Encik Rahmat, ayah Alisha, Puan Julia, mama Arief dan Encik Hakim, papa Arief di hadapan rumah mereka.
Sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta Arief, mereka berempat memalingkan muka mereka ke arah mereka berdua. Mereka disapa oleh muka ceria dan senyuman dari kedua ibu bapa mereka. "Aku dah agak dah mesti ada mama dan papa Arief sekali. Entah apa pulak diorang berempat ni nak bincangkan. Harap bukan benda mengarut lagi", kata Alisha, dalam hatinya.
Ya, lagi. Sebelum ini ibu bapa mereka menyuruh mereka membersihkan kandang kambing pak cik Arief. Kononnya macam taktik nak satukan mereka.
Tapi confirm la gagal. Alisha dan Arief bukannya bodoh dan budak- budak lagi. Mereka seolah- olah boleh membaca fikiran ibu bapa mereka yang tidak henti- henti ingin menyatukan mereka.
"Ha Arief! Lama makcik tak jumpa. Kalau makcik tak panggil Arief, entah bila la nak jumpa Arief pulak", sapa Puan Lina, mesra. "Ya, betul itu makcik. Rif pun rindu masakan makcik. Ni semua salah Alisha. Dia la tak bawak Rif jumpa makcik", balas Arief sambil menutup pintu keretanya. Kemudian, Arief bersalaman dengan kedua ibu-bapanya dan Encik Rahmat.
"Comel je Rif bawak beg tangan Alisha. Macam sweet couple ", usik Puan Julia.
"Memang dah jadi rutin pun bawak beg princess kita ni. Kang mengadu sakit bahu. Arief pulak yang susah", balas Arief, memerli Alisha.
"Bak la sini handbag aku tu. Lain kali jangan tolong kalau tak iklas. Memekak je kerja. Macam kambing. Embekk mbekk", balas Alisha sambil menjeling ke arah Arief.
"Sudah-sudah la. Mari kita masuk rumah. Takkan nak teruskan gaduh sampai esok. Bukan taktau kalau melayan mereka berdua, sampai esok pun tak habis", ujar Encik Hakim bagi meredakan keadaan.
Mereka semua masuk ke dalam rumah. Alisha duduk di sofa bertentangan Arief dan ibu bapa Arief. Alisha menjelir lidah kepada Arief. Balasan kerana menyakatnya sebentar tadi. Sebagai rakan yang baik, Arief perlulah back up Alisha bukan join menyakat Alisha sekali. Jeliran lidah Alisha dibalas oleh Arief. Arief menolak hidungnya seolah-olah hidung babi.
Perbalahan senyap mereka berhenti apabila Encik Rahmat mula bersuara.
"Kami berempat dah bercadang. No, bukan bercadang. Kami dah putuskan untuk satukan kamu berdua", ujar Encik Rahmat. Mimik muka Arief dan Alisha berubah sekelip mata.
"Tapi Alisha taknak kahwin dengan Rif. Nanti Rif buli Alisha", bantah Alisha.
"Bila masa pulak aku buli kau? Kau tu je yang buli aku", lawan Arief. Tidak puas dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Alisha.
"Sudah! Sudah! Papa taknak dengar kamu bergaduh lagi. Papa cuma nak tengok kamu berdua bahagia je sebelum papa mati", jerit Encik Hakim, lemas. Asyik nak bergaduh je mereka berdua ni.
Semua orang menundukkam pandangan mereka ke lantai kecuali Alisha.
"Ada benda yang mereka sembunyikan daripada aku ke ni?" , bisik Alisha dalam hati.
Encik Hakim bangun daripada sofa. "Rasanya itu sahaja. Kalau tak ada apa-apa. Kami mintak diri dulu", ujarnya.
Alisha terus masuk ke dalam biliknya lalu menghempaskan pintu biliknya sebagai tanda protes.
Setelah dia sampai di rumah ibu bapanya, bapanya memanggilnya duduk di ruang tamu.
"Papa terpaksa cakap macam tu, Arief. Papa nak sangat tengok kamu berdua bahagia satu hari nanti. Ada anak sama- sama. Bergelak tawa bukannya bergaduh lagi. Papa yakin dia boleh beri kamu kebahagiaan", ujar Encik Hakim. Mata Encik Hakim mula berkaca.
"Keputusan papa ni selfish. Papa selfish. Papa tak pernah tanya Rif nak apa. Lepastu suka hati je arah Rif suruh kahwin dengan Alisha!", tengking Arief, marah dengan papanya.
"Rif, watch your tone. Hormat papa kamu", marah Puan Julia.
"How am I suppose to respect him if he didn't respect me!", Arief sudah mula hilang kesabarannya.
"Papa tau kamu suka Alisha. I can tell by the way you look at her", balas Encik Rahmat, perlahan.
Adakah perasaan Arief terlalu obvious?
"Papa tak perlu nak buat sampai macam tu sekali. Rif bukan budak- budak lagi", Arief tidak puas hati dengan perbuatan papanya.
"Habistu sampai mati nak simpan perasaan dekat Alisha tu? Sampai beranak- pinak Alisha tu, baru kamu nak menyesal ke Rif?!", kini Encik Hakim pula yang hilang sabar.
"Apa- apa la papa. Buat la apa je la apa yang papa nak buat. Sebab itu je kerja papa kan? Nanti papa bagitau je Rif." Arief memerli. Hatinya panas apabila asyik perlu ikut telunjuk papanya sahaja. Ibu bapanya tidak pernah memahaminya, tidak pernah bertanya pendapatnya sebelum membuat keputusan. Akhirnya, dia terpaksa mengikut kehendak Ibu bapanya walaupun dia terpaksa.
Dia sering menyoal harga dirinya. Apakah yang manusia di sekelilingnya fikir tentang dia? Hina sangatkah dia?
Kenapa Alisha tidak mahu mengahwininya? Apa yang kurang dalam dirinya? Di mana kekurangannya? Hebat sangatkah abangnya sehinggakan Alisha memilih lelaki yang bulat- bulat tidak mencintainya.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...