24

189 12 1
                                    

"Bodoh sangat awak ni Alisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bodoh sangat awak ni Alisha. Masih lagi mengharapkan cinta Ammar yang tak kesampaian." Arief melepaskan geramnya terhadap Alisha yang dari tadi menyalahkan dirinya.

Setibanya kakinya melangkah ke dalam rumah, suara pekikan Alisha menerjah telinganya. Cacian dan makian memenuhi suasana itu semenjak tadi lagi. Dadanya turun naik menahan amarah. Dia cuba bersabar selagi mampu.

"Tak kesampaian? Tak pernah terfikir dalam kepala otak awak ke kenapa cinta saya tak kesampaian? It's all because of you!" Alisha menunjal- nunjal bahu Arief menggunakan jari telunjuknya.

Sakit hatinya ini siapa yang tahu?

Dia ditipu mati- matian oleh lelaki yang dicintainya.

"Terima sahaja la takdir dan ketentuan Allah sayang." Tangannya cuba mencapai bahu Alisha. Arief masih lagi ingin berlembut dengan isterinya itu. Biarlah dia menjadi air yang memadam api yang kian marak dalam diri isterinya itu. Asalkan cinta isterinya itu kekal. Itu pun sudah memadai.

Namun, Alisha menepis tangan Arief dan segera menjauhkan diri daripadanya

Dia jijik dengan penipu di hadapannya ini.

"Siapa yang tak boleh terima takdir sekarang? Awak atau saya? Kalau awak boleh terima takdir, awak takkan halang cinta saya." Air mata Alisha berjurai jatuh. Dia tidak mampu lagi menahan air matanya. Sakitnya apatah lagi.

"Kalau awak nak kahwin sangat dengan dia, kahwin je la! Bodoh betul awak ni Alisha." Akhirnya kata- kata itu keluar juga daripada mulut Arief.

Sabarnya di tahap yang paling rendah. Mukanya diraup kasar. Nafasnya kian berombak menahan diri daripada mengeluarkan kata- kata kesat yang mungkin akan dilepaskan lagi.

Alisha terkilan apabila Arief mem'bodoh'kan dirinya.

"Macam mana saya nak kahwin dengan dia kalau awak tak ceraikan saya. Saya masih terikat dengan penipu macam awak ni!"

Mulut kata nak tetapi hati kata tidak. Sejujurnya, dia tidak maksudkan kata- katanya sebentar tadi. Cuma perasaan kecewa mengawal dirinya.

Dia menolak kasar dada bidang Arief. Sungguh dia geram. Perasaan marah menyelubungi dirinya.

Arief tergamam. Cerai? Sampai begitu sekalikah cinta Alisha pada abangnya itu. Terluka hatinya mendengar kata- kata yang dilontarkan oleh Alisha.

"Saya cintakan awak Alisha. The past is the past. Let's focus on now." Arief cuba meredakan keadaan yang semakin keruh. Dia tidak mahu kehilangan Alisha dan anak di dalam kandungan isterinya. Dia cintakan isterinya itu.

"Fuck off with focusing on now. Awak tau tak kenapa awak macam ni?" Alisha mendekati tubuh suaminya itu. Matanya tepat memandang anak mata suaminya.

Arief terdiam. Menantikan jawapan daripada Alisha.

"Didikan yang sama? I don't think so! Ammar is better than you sebab papa dan mama lebih sayangkan Ammar. You're nothing but a failure!"

Pangg! Satu tamparan mendarat di pipi gebu Alisha itu. Tangan Alisha segera memegang pipinya yang pedih akibat tamparan suaminya itu.

Mata Arief berkaca. Dia tidak dapat menahan amarahnya. Tamparan itu mungkin tidak mampu meredakan kesakitan yang dialami tapi sungguh dia geram dengan Alisha. Alisha sudah melampau. Kurang ajar!

"Awak terlalu memikirkan perasaan awak sehingga lupa yang saya pun ada perasaan. You're not my Alisha Ilaira. You've changed." Kata- kata yang dikeluarkan oleh Arief mungkin kelihatan seperti dia marah. Namun, jauh di sudut hati, kekecewaan memenuhi dirinya. Dia kecewa dengan Alisha.

Usahanya dalam mencintai Alisha hanyalah sia- sia.

"Selama ni saya menahan luka yang awak sendiri buat. Saya pekakkan telinga sewaktu awak maki hamun saya, cakap abang saya lebih baik daripada saya. Tolong jangan buat saya rasa menyesal tunggu awak selama ni." Kata Arief.

"Awak takkan rasa menyesal kalau awak ikhlas cintakan saya. Mana janji awak? Macam ni ke cinta awak terhadap saya? Semudah ini awak akan berputus asa?" Balas Alisha pula. Dia masih lagi ingin mencabar kesabaran Arief walaupun suaminya itu tidak mencuit sedikit pun egonya.

Dia kagum dengan kesabaran Arief walaupun pada mulanya dia tidak dapat menahan amarahnya. Namun, Arief cuba untuk berlembut dengannya. Dia hanya ingin melihat sejauh mana cinta suaminya itu.

"Saya tak perlu ungkapkan kata cinta saya untuk buktikan cinta saya terhadap awak. Awak takkan faham cinta saya sebab awak tak pernah cuba untuk faham keikhlasan cinta saya. Biarlah Allah sahaja yang tahu betapa besarnya cinta saya terhadap awak, Alisha." Arief menyeka air mata yang mengalir di pipi.

"Jadi awak nak putus asa sekarang?! Awak nak putus asa selepas awak buat saya cintakan awak? Awak nak tinggalkan saya?" Nadanya mula menurun saat soalan akhir itu keluar daripada mulutnya.

Air matanya makin galak mengalir di pipi gebunya itu.

"Soalan ini bukan untuk saya tetapi untuk diri awak sendiri. Tiada perempuan lain yang menghuni hati saya selain awak, Alisha. Tetapi ada lelaki lain yang memiliki hati awak sejak awal lagi. Saya kalah tanpa bertanding sementara awak menang tanpa bertanding." Arief berlalu pergi. Kakinya mendaki tangga untuk ke bilik tidurnya itu.

Tangisan Alisha yang memenuhi suasana sepi itu dibiarkan begitu sahaja. Dia juga menangis tetapi tangisannya hanya kedengaran oleh dirinya. Hanya Allah sahaja tahu betapa terlukanya hati dia saat ini.

Menangis di dalam hati lebih dahsyat deritanya.Walaupun titisan air matanya tidak dihargai oleh Alisha, dia tetapi akan setia menanti Alisha.

Dia penat. Penat dengan manusia yang tidak pernah menghargainya. Untuk seketika, dia dapat merasai apa itu rasa dihargai oleh orang yang tersayang walaupun hanyalah singkat.

Penyesalan mula menghantui dirinya. Dia rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya menaikkan suaranya apatah lagi tangannya itu saat dimarahi oleh Alisha. Dia sepatutnya menahan segala tohmahan yang dilontarkan.

Emosi isterinya itu tidak stabil. Dia sendiri tahu tetapi entah mengapa dirinya ini seolah- olah lupa akan hal itu. Rasa sakitnya itu tidak boleh menandingi rasa sakit isterinya itu.

Ya Allah mengapa kisah cinta aku ini sering dihujani halangan?




_________________________

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now