"Kan gaji kita dapat tak lama lagi, kau taknak guna duit ni pergi tengok wayang dengan Haikal ke?" Soal Kartina.
"Kan aku dah cakap yang aku tak selesa didekati dengan mana-mana lelaki. Yang kau nak sangat aku keluar dengan dia tu kenapa?" Nur Dhuha berasa pelik.
"Sebab aku kesian dekat dia. Selama beberapa tahun ni dia mana ada kawan dekat sekolah, semua orang pulaukan dia. Bila kau masuk ke sekolah kita tu, dia jadi gembira sangat." Kartina menjelaskan.
"Dia ingat sekurang-kurangnya boleh lah dapat kawan baru yang taknak pulaukan dia, tapi nampaknya kau pun taknak kawan dengan dia. Tu yang dia rasa sangat kecewa dan terabai." Tambah Kartina lagi.
"Dia kena pulau? Sebab apa?" Nur Dhuha ingin tahu.
"Sebab mak ayah dia ni dulu pernah jadi orang kuat satu group agama yang popular dulu. Tapi kerajaan dah fatwakan haram dan sesat group ni." Ujar Kartina.
"Semua pemimpin tertinggi group ni kena tangkap polis termasuklah ayah dia. Nasib baik mak dia tak kena tangkap sekali. Itulah sebabnya keluarga dia kena pulau dengan orang kampung." Tambah Kartina lagi.
"Tapi Haikal bukan ada kena mengena dengan group tu kan? Jadi kenapa dia kena pulau sekali?" Nur Dhuha tidak mengerti.
"Biasa lah orang kita. Kalau sorang yang buat salah, seluruh ahli keluarga pun kena tempias." Ujar Kartina.
Tiba-tiba Nur Dhuha teringatkan peristiwa di mana gambar dan videonya pernah tersebar. Akibat kesilapannya, ibunya terkena tempias juga. Ibunya terpaksa lari dari kampung asal mereka untuk menyembunyikan diri.
==================================================================================
Hari semakin menjengah ke tengah malam. Kelihatan Nur Dhuha berjalan kaki untuk pulang ke rumah setelah seharian bekerja di pasaraya. Sambil berjalan, fikirannya menerawang mengingatkan Haikal.
Perlukah dia bersikap dingin terhadap lelaki itu sepanjang masa? Apabila mendengar cerita daripada Kartina, terbit perasaan kesian terhadap lelaki itu. Bagaimanalah kehidupan lelaki itu selama ini apabila dipulau.
Sudah pasti lelaki itu dalam keadaan sunyi dan sedih setiap masa. Dia sendiri tidak dapat membayangkan jika hidupnya langsung tiada teman. Sedang dia berjalan sambil mengelamun, dia merasakan ada bayangan mengekorinya.
Dia tidak tahu sama ada hanya perasaannya semata-mata namun semakin lama, semakin bayangan itu menghampiri dirinya. Dia terpaksa memberanikan diri untuk menoleh ke arah belakang.
Kelihatan ada dua orang lelaki warga Bangladesh sedang mengekorinya. Kerana tidak sedap hati, dia mula melajukan langkahnya. Dia merasakan kedua-dua lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik.
Semakin dia mengorak langkah, semakin dia merasakan dirinya dihampiri. Tiba-tiba tangannya disambar dan dipegang dari belakang. Kini kedua-dua lelaki itu sudah berada betul-betul di hadapannya.
"Adik manis, laju-laju mau pigi mana? Malam masih muda." Kedengaran suara menjengkelkan keluar daripada mulut lelaki pertama. Lelaki itu menggenggam erat tangan Nur Dhuha.
"Ini malam kami sangat sunyi. Ini adik manis kasi teman kami boleh?" Lelaki kedua pula berkata-kata. Tangannya kini memeluk erat pinggang Nur Dhuha.
"Lepaskan aku bodoh sebelum aku jerit!" Nur Dhuha memberi amaran namun kedua-dua lelaki tersebut tidak mempedulikan amaran tersebut. Mereka semakin ghairah meraba tubuh Nur Dhuha.
"Tolo..." Belum sempat Nur Dhuha menghabiskan jeritan, lelaki kedua menekup mulutnya dengan tangan. Mereka mengheret Nur Dhuha ke arah semak berhampiran.
Mereka kemudian menelentangkan Nur Dhuha di atas rumput. Lelaki kedua memegang erat kedua-dua belah tangan Nur Dhuha lalu mendepakannya. Lelaki pertama pula kini berada di hadapan Nur Dhuha sambil meraba-raba pipi Nur Dhuha.
Beliau kemudian merentap tudung yang menutupi rambut Nur Dhuha. Hanya tangisan yang menemani Nur Dhuha ketika ini. Tidak pernah dia menyangka mahkota berharga yang dipertahankan sehingga kini bakal dirobek oleh dua syaitan bertopengkan manusia.
Hanya doa ke hadrat Ilahi yang mampu terpacul daripada mulutnya. Matanya mula melilau dan nafasnya mula tersekat-sekat. Dalam separa sedar, dia terlihat cahaya motosikal tidak jauh bergerak melintasi kawasan semak dimana dia berada.
Dengan kudrat yang tersisa, Nur Dhuha menjerit meminta tolong. Jeritannya sampai ke telinga pemuda yang menunggang motosikal itu. Pemuda itu lalu menghampiri kawasan semak dimana beliau mendengar jeritan tersebut.
Kelihatan dua orang warga asing cuba melakukan perkara terlarang terhadap seorang gadis yang lemah tidak berdosa. Pemuda itu tanpa berlengah lalu berlari ke arah mereka dan menendang lelaki pertama.
Melihat temannya tercampak, lelaki kedua melepaskan Nur Dhuha lalu pergi ke arah pemuda tersebut dan cuba membantu dengan menghayunkan tumbukannya namun ditepis oleh pemuda tersebut.
Secara tiba-tiba satu tumbukan kuat hinggap di wajahnya lalu tidak semena-mena beliau tersadung ke bumi. Lelaki pertama kini kembali berdiri dan cuba menyerang pemuda tersebut namun pemuda itu lebih pantas.
Satu tendangan padu hinggap ke muka lelaki pertama menyebabkan beliau tersungkur. Pemuda tersebut kemudian membuka topi keledarnya lalu menghentak kepala lelaki pertama berulang kali sehingga tidak sedarkan diri.
Beliau kemudian menuju ke arah lelaki kedua untuk melakukan perkara yang sama. Namun lelaki kedua berjaya mengumpul tenaga lalu memecut meninggalkan lokasi kejadian. Pemuda itu berjalan menuju ke arah Nur Dhuha yang kelihatan kusut dan ketakutan.
"Awak tak apa-apa Dhuha?" Persoalan pemuda itu membuatkan Nur Dhuha tergamam. Bagaimanakah pemuda itu mengetahui namanya. Apabila diamati wajah pemuda dengan teliti, air mata Nur Dhuha kembali menitis.
"Haikal." Hanya satu perkataan terpacul di bibir Nur Dhuha.
Dia lalu bangun dan terus memeluk rakan sekerjanya itu. Pelukan Nur Dhuha menyebabkan Haikal tergamam. Tidak pernah terlintas di benak kepala gadis idamannya itu kini berada dalam dakapannya.
Haikal mengusap rambut Nur Dhuha yang kelihatan tidak terurus itu perlahan-lahan untuk menenangkannya. Setelah Nur Dhuha kelihatan sedikit tenang, beliau kemudian melepaskan diri daripada pelukan mereka.
Setelah pelukan terlerai, Haikal kemudian bangun dan mengambil tudung Nur Dhuha yang berada di atas rumput. Beliau kemudian menghampiri semula Nur Dhuha lalu meliliti rambut gadis itu dengan tudung tersebut.
"Jom, saya hantar awak balik." Haikal memegang tangan Nur Dhuha.
Beliau kemudian memimpin tangan gadis itu ke arah motosikal jenis Yamaha LC 135 miliknya. Mereka berlalu pergi meninggalkan warga Bangladesh yang berniat jahat itu terbaring tanpa sedarkan diri di celahan semak.
==================================================================================
"Macam mana, dah report polis?" Soal Haikal.
"Dah, Tina temankan pergi buat report tadi." Balas Nur Dhuha.
"Dah tu polis cakap apa?" Haikal menyoal lagi.
"Salah seorang dah kena tangkap, sorang lagi masih lagi dalam buruan polis." Jelas Nur Dhuha.
"Dah bagitahu bos hal ni?" Soal Haikal lagi.
"Kena bagitahu ke?" Nur Dhuha inginkan kepastian.
"Mestilah kena bagitahu supaya lepas ni bos tak bagi kau shift malam. Bahaya lah kalau perempuan macam kau kena kerja sampai lewat malam." Terang Haikal.
Bersambung...
YOU ARE READING
1. Bersaksikan Bulan
Romance🔞🔞🔞 Ikutilah kisah perjalanan hidup Nur Dhuha yang dipenuhi dengan ranjau dalam mencari cinta sejati dalam Bersaksikan Bulan.