Bab 28 : Terbuka hati

1.5K 26 1
                                    

"Mestilah kena bagitahu supaya lepas ni bos tak bagi kau shift malam. Bahaya lah kalau perempuan macam kau kena kerja sampai lewat malam." Terang Haikal.

"Nanti lah aku bagitahu bos. Aku nak jumpa kau ni sebenarnya nak ucap terima kasih sebab tolong aku malam tu." Luah Nur Dhuha.

"Takde apa lah. Kau pun lepas ni hati-hati lah ye kalau jalan sorang-sorang." Balas Haikal.

"Emm Haikal, hujung minggu ni time off day kau ada nak pergi mana-mana tak?" Soal Nur Dhuha.

"Rasanya takde lah kot. Kenapa kau tanya tiba-tiba ni?" Haikal berasa hairan.

"Hari tu kau kan ada ajak aku tengok wayang, valid lagi tak nak ajak?" Nur Dhuha inginkan kepastian.

"Aik, kenapa tiba-tiba nak terima pulak ajakan aku? Bukan hari tu kau beria-ria ke tolak?" Haikal berasa pelik.

"Sebab kau dah tolong aku hari tu, kalau boleh aku nak balas balik jasa kau." Jelas Nur Dhuha.

"Tak payah lah sampai nak balas jasa bagai ni. Aku tolong kau ikhlas lah." Balas Haikal.

"Aku pun nak balas jasa kau ikhlas lah. Kau nak ke taknak ni?" Nur Dhuha mengulangi pertanyaannya.

"Kalau kau memang betul-betul ikhlas, oklah aku on je." Ujar Haikal.

"Ok lah, supermarket pun dah nak bukak. Aku pergi ke kaunter dulu ye." Ujar Nur Dhuha sambil menguntum senyum. Dia kemudian beredar dari situ.

Haikal hanya memerhati gadis itu berjalan menjauh darinya. Selepas kejadian yang menimpa gadis itu beberapa hari lalu, gadis itu tidak lagi bersikap dingin terhadapnya. Gadis itu semakin bersikap ramah.

Ini membuatkan Haikal merasa sungguh gembira kerana hubungan mereka boleh diperbaiki dan dirapatkan. Siapa sangka kejadian hitam tempoh hari mampu merubah persepsi gadis itu kepadanya.

==================================================================================

Setelah memarkir motosikalnya, Haikal terus berjalan menuju ke pintu utama pusat beli belah. Dari jauh kelihatan seorang gadis cantik sedang menunggu di hadapan pintu pusat beli belah itu.

Gadis itu terus melambaikan tangan ke arah Haikal setelah kedua-dua mata mereka bertentang. Haikal terpesona melihat kecantikan Nur Dhuha yang mengenakan blouse labuh berwarna merah.

Warna baju yang dikenakan sedondon dengan tudungnya disertakan seluar berwarna putih. Sejak mengenali gadis itu, inilah kali pertama Haikal melihat Nur Dhuha tanpa pakaian seragam sekolah ataupun tempat bekerja.

"Sorry, dah lama ke tunggu?" Soal Haikal.

"Ehh tak lah, baru je dalam lima minit." Balas Nur Dhuha.

"Jom kita masuk." Pelawa Haikal

Mereka kemudian berjalan menuju ke dalam bangunan pusat beli belah tersebut. Tempat pertama mereka tuju tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya KFC bagi mengisi perut yang sedang kosong.

Walaupun pelbagai restoran berada di dalam bangunan tersebut, namun bagi remaja seperti mereka KFC adalah syurga makanan mereka. Setelah selesai mengisi perut, mereka kemudian mengambil keputusan menonton wayang.

Ini adalah impian Haikal sejak lama dahulu ingin membawa gadis itu menonton wayang bersama-sama. Akhirnya berjaya juga beliau berdua-duaan dengan gadis itu di dalam panggung wayang.

Namun sayangnya ketika berada di dalam panggung, Haikal kelihatan agak mengantuk dan hampir terlelap. Tidak beliau menyangka menonton filem Hollywood mampu membuatkan beliau merasa bosan begini.

Namun beliau gagahi jua menonton filem tersebut demi Nur Dhuha. Tiba-tiba di layar panggung memaparkan adegan pasangan pelakon utama bercumbuan dengan ghairah. Kini mata Haikal kembali cerdas.

Beliau kemudian menoleh ke arah Nur Dhuha untuk melihat reaksi gadis itu. Kelihatan gadis itu sangat fokus terhadap jalan cerita tersebut. Cuma ketika layar panggung memaparkan babak ciuman, dia mengalihkan pandangan matanya.

Mungkin kerana dia berasa agak malu dengan babak-babak seperti itu. Haikal hanya memerhati kecomelan wajah gadis itu ketika merasa malu. Secara tiba-tiba ada hasutan nakal melintas di fikirannya.

"Dhuha." Haikal memanggil nama gadis itu setelah nekad menuruti hasutan tersebut.

Setelah namanya dipanggil, Nur Dhuha terus memaling ke arah lelaki itu. Tidak semena-mena satu ciuman hinggap di pipinya. Nur Dhuha terpinga-pinga dengan perbuatan itu, namun hanya membalas dengan senyuman.

"Eyy suka hati je cium pipi anak dara orang. Tak malu ke?" Nur Dhuha mula memarahi lelaki itu.

"Sorry." Ucap Haikal yang mula rasa bersalah. Nampak gaya langkahnya tersilap.

Baru sahaja Haikal ingin merasa bersalah, secara tiba-tiba satu ciuman pula hinggap di pipinya. Beliau terus memandang wajah Nur Dhuha dan kelihatan gadis itu pula tersenyum sambil memandangnya.

Jadi tahulah beliau bahawa gadis itu sebenarnya tidak marah terhadapnya. Kedua-dua mereka kini saling memandang sesama mereka. Atas hasutan syaitan, wajah mereka kini semakin rapat.

Maka terjadilah satu ciuman di bibir yang dipenuhi dengan syahwat. Melihat Nur Dhuha juga menikmati ciuman itu, Haikal meneruskan lagi ciuman dengan lebih rakus. Beliau kemudian menghisap lidah gadis itu.

Tangannya pula kini merayap di sebalik tudung Nur Dhuha dan kini mencari leher di balik tudung itu. Nur Dhuha kini tidak tahu kenapakah dia membiarkan sahaja perilaku lelaki itu terhadapnya.

Walaupun selama ini dia sudahpun bernekad tidak lagi membenarkan mana-mana lelaki menyentuhnya, namun dia tidak tahu kenapakah dia tidak melarang lelaki itu. Mungkinkah hatinya mulai terbuka?

"Awak, sudikah awak menjadi girlfriend saya?" Haikal mengajukan lamaran selepas meraka selesai berciuman.

==================================================================================

Nur Dhuha hanya berbaring sambil merenung ke syiling. Teringat lamaran daripada Haikal untuk menjadi pasangan kekasih tempoh hari. Sehingga ke hari ini dia masih lagi tidak memberi jawapan kepada lelaki itu.

Dia sebenarnya sangat gembira dengan lamaran daripada lelaki itu. Semenjak daripada hari itu, dia dan Haikal menjadi semakin rapat. Dia menjadi sungguh selesa setiapa kali berada di samping lelaki itu.

Namun dia masih lagi tidak berani menerima lamaran itu akibat kisah silam yang terjadi dahulu. Hatinya masih lagi terluka dek perbuatan Amar. Mimpi ngeri itu masih lagi menghantui dirinya.

Dia takut cintanya dikhianati lagi dan maruahnya dirobek-robek. Bagaimana jika Haikal juga mempunyai niat yang sama seperti Amar? Bagaimana jika mimpi buruk itu berulang lagi ke atas dirinya?

Dia tidak rela pisang berbuah dua kali dan dirinya dipermainkan sekali lagi. Itulah sebabnya dia masih belum mampu memberikan jawapan kepada lelaki itu. Dia masih lagi dalam keadaan dilema ketika ini.

Itulah sebabnya dia masih lagi tidak memberi jawapan kepada lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Jadi biarlah masa yang menentukan kemanakah hala tuju hubungan mereka.

Jika sudah ditentukan mereka berjodoh, pasti mereka akan kekal berjodoh. Jika tidak, dia redha sahaja dengan ketentuan.

Bersambung...

1. Bersaksikan BulanWhere stories live. Discover now