Bab 13 : Ciuman kali pertama

2.6K 30 1
                                    

"Aku sendiri sebenarnya tak tahu bila perasaan ni muncul, tapi aku sebenarnya dah jatuh cinta dekat kau." Suhaimi memberanikan diri meluahkan perasaannya.

"Kau jangan main-main tengah malam macam ni boleh tak?" Nur Dhuha sungguh terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Aku tak main-main, aku memang cintakan kau." Tegas Suhaimi.

Nur Dhuha hanya tertunduk ke tanah tanpa membalas kata-kata itu. Dia sangat terkejut dengan luahan hati lelaki itu sehingga tidak mampu berkata apa-apa. Fikirannya kini menjadi kosong akibat terkejut.

"Dhuha." Namanya dipanggil.

Dia memalingkan wajahnya ke arah Suhaimi. Ketika itu jugalah satu ciuman dihadiahkan oleh lelaki itu di bibirnya. Nur Dhuha sungguh terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Suhaimi. Namun dia tidak membantah.

Dia membiarkan sahaja lelaki itu mencium bibirnya. Ini adalah kali pertama dalam hidupnya dia menerima ciuman di bibir. Dia sendiri tidak tahu kenapakah dia merelakan sahaja lelaki itu menciumnya.

Ciuman itu membuatkan dia menjadi keawang-awangan. Terlalu indah rasanya satu ciuman dan tidak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata. Secara tiba-tiba tangannya memeluk tubuh Suhaimi secara automatik.

Kedua-dua mereka berciuman dengan agak lama dan penuh keghairahan. Sambil berciuman, Suhaimi mengusap-usap rambut ikal gadis itu. Terasa sungguh sayang dirinya kepada gadis yang dikenali sejak kecil itu.

"Maafkan aku Dhuha." Ucap Suhaimi setelah seketika mereka bercium.

"Tak..Takpe." Balas Nur Dhuha tersipu malu.

"Aku tak perlukan jawapan kau sekarang sama ada kau cintakan aku jugak ataupun tak, aku cuma nak luahkan perasaan aku." Jelas Suhaimi.

"Tapi kenapa tiba-tiba je?" Nur Dhuha inginkan kepastian.

"Sebab aku tak tahu sama ada lepas ni aku ada peluang untuk luahkan perasaan aku ataupun tak." Jelas Suhaimi.

"Kenapa cakap macam tu pulak?" Nur Dhuha berasa hairan.

"Takde apa. Ehh jom lah balik, dah tengah malam ni. Kang orang tua kita risau pulak kalau kita tak balik-balik." Ujar Suhaimi.

Nur Dhuha bersetuju lalu mereka berdua mengambil keputusan beredar daripada situ. Ketika menuruni bukit, Nur Dhuha mengambil kesempatan memeluk lengan lelaki itu. Terasa sungguh gembira bila sentiasa di sisi lelaki itu.

==================================================================================

Nur Dhuha membuka matanya, lalu terus merenung ke luar jendela. Kelihatan matahari sudahpun tegak di langit. Dia kemudian memandang pula jam di dinding, dan kelihatan sudahpun memasuki 12 tengahari.

Dia kemudian bangun dari katil, lalu berjalan menuju ke luar bilik dengan wajah yang sungguh gembira. Teringat kenangan dia bercium dengan Suhaimi pada sebelah malam tadi. Kelihatan wajah ibunya sedang berada di ruang tamu.

"Amboi anak dara ibu ni, tengahari buta baru nak bangun ke?" Omel Salmiah setelah melihat wajah anak bongsunya itu.

"Alah bukan sekolah pun hari ni, jadi apa salahnya bangun lambat." Balas Nur Dhuha.

"Tak salah kamu cakap? Anak dara mana elok bangun lambat. Kamu sembahyang subuh ke tak pagi tadi?" Soal Salmiah.

"Hehe..terlepas." Balas Nur Dhuha sambil ketawa kecil. Dia kemudian duduk di sebelah ibunya di sofa.

"Kamu sekarang dah besar, tak boleh buat perangai macam tu tau. Sembahyang jangan buat main." Salmiah mula membebel.

"Eyy ibu ni awal-awal pagi macam ni pun nak membebel ke?" Nur Dhuha bangun semula dan mula berjalan menuju ke pintu rumahnya.

"Awal pagi apa, sekarang dah tengahari. Ehh kamu nak pergi mana pulak tu?" Salmiah berasa pelik.

"Nak pergi rumah Emi lah, nak pergi mana lagi." Balas Nur Dhuha.

"Tapi Emi dengan keluarga dia dah..." Tidak sempat Salmiah menghabiskan kata-kata, anaknya sudah hilang dari pandangan.

"Emi, ohhhh Emi." Nur Dhuha berteriak dari luar rumah.

Seketika menunggu, namun tiada sesiapa yang menyahut. Nur Dhuha menuju pula ke pintu rumah utama, namun pintu itu tertutup rapat. Bukan sahaja pintu, malah semua tingkap juga tidak dibuka.

Nur Dhuha menjadi musykil kemanakah keluarga tersebut pergi. Dia meninjau-ninjau sekeliling rumah, namun tetap tidak kelihatan sesiapa. Dengan perasaan kecewa, dia pulang semula ke rumah.

"Ibu, mana Emi dengan keluarga dia pergi?" Soal Nur Dhuha sebaik melangkah semula ke dalam rumah.

"Emi tak bagitahu kamu ke?" Salmiah inginkan kepastian.

"Bagitahu apa?" Nur Dhuha mula merasa pelik.

"Yang diorang satu keluarga dah berpindah ke Johor." Ujar Salmiah.

"Hahh, pindah ke Johor? Bila masa diorang pindah?" Nur Dhuha sungguh terkejut mendengar berita tersebut.

"Diorang pindah pagi tadi, tapi barang-barang semua diorang dah angkut guna lori dari minggu lepas lagi." Jelas Salmiah.

Nur Dhuha tidak boleh hadam dengan apa yang diberitahu oleh ibunya. Ini kerana baru semalam dia menghabiskan masa bersama dengan Suhaimi. Dia terus keluar semula dari rumah, lalu terus berlari.

"Ehh adik, kamu nak pergi mana tu?!" Namun pertanyaan Salmiah tidak dibalas oleh Nur Dhuha.

Dia terus berlari menuju ke bukit di belakang rumahnya. Tempat yang dituju sudah pasti pondok yang dibina oleh Suhaimi. Seketika mendaki bukit itu, akhirnya dia tiba juga di pondok yang dia pergi semalam.

Tiada sesiapa yang berada di situ, namun Nur Dhuha tetap mengelilingi pondok itu untuk mencari kelibat Suhaimi. Sudah pasti kelibat lelaki itu tiada di situ, namun dia terlihat sekeping kertas diselit di tiang pondok.

Tanpa membuang masa, Nur Dhuha terus mencapai kertas tersebut lalu membaca isi surat berkenaan. Terasa ingin menitiskan air mata pabila melihat karangan yang jelas ditulis oleh Suhaimi dan ditujukan kepadanya.

Kepada Nur Dhuha,

Sebelum itu aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kau sebab tak beritahu awal-awal yang aku akan berpindah. Aku sangat takut untuk memberitahu perkara ini kepada kau secara bersemuka.

Ini kerana aku takut kau akan kecewa dan terluka. Aku juga sebenarnya tidak inginkan perpisahan ini memandangkan aku cukup bahagia di sisi kau. Aku tidak mahu kita berjauhan walau sebentar.

Namun apakan daya aku tidak mampu melarang keluargaku untuk berpindah. Aku hanya redha dan menerima ketentuan ini. Percayalah wahai Nur Dhuha, walau kita berjauhan, namun aku tidak aku melupakan dirimu.

Aku akan sentiasa mengingati dan merindui dirimu. Aku juga percaya jika kita telah ditetapkan berjodohan, pasti kita akan bertemu lagi di masa akan datang. Jadi aku harap kau mampu bersabar.

Sekali lagi aku memohon kemaafan kepada kau kerana gagal menunaikan janji aku untuk berada di sisi kau sampai bila-bila. Aku berharap kau mampu memaafkan aku dan meneruskan hidup seperti biasa.

Salam sayang daripadaku, Suhaimi.

Bersambung...

1. Bersaksikan BulanWhere stories live. Discover now