"Dari hari tu lagi saya tunggu jawapan daripada awak sama ada awak terima jadi kekasih saya ataupun tidak." Haikal memulakan bicara sebaik ciuman mereka terlerai.
"Saya tak tahu lagi lah. Boleh bagi saya sikit masa lagi tak?" Pinta Nur Dhuha lalu menggenggam erat tangan lelaki itu.
"Saya tak boleh tunggu dah." Balas Haikal.
"Kenapa pulak?" Nur Dhuha mengerutkan dahinya.
"Mak saya nak saya sambung belajar dekat Mesir." Jelas Haikal.
"Hahh, awak nak sambung belajar dekat Mesir? Jadi awak akan tinggalkan Malaysia lah ye?" Nur Dhuha sungguh terkejut.
"Ya. Mak saya nak saya mendalami ilmu agama dengan tinggi sebab taknak orang hina keluarga kami lagi sampai ke hari ni." Jelas Haikal.
Tiba-tiba Nur Dhuha teringat kisah keluarga Haikal dipulau orang kampung kerana ayah lelaki itu terbabit dengan kumpulan ajaran sesat. Mungkin dengan ilmu agama yang tinggi, mereka dapat membersihkan nama baik mereka semula.
"Bila awak akan pergi ke Mesir?" Soal Nur Dhuha.
"Bulan depan." Jawab Haikal.
"Bagi saya sedikit masa boleh tak? Sebelum awak pergi Mesir, saya akan bagi jawapannya." Ujar Nur Dhuha.
"Saya harap awak dapat bagi jawapan secepat mungkin. Sebab sebelum saya pergi ke Mesir, saya nak tinggalkan tanda cinta saya pada awak dulu." Ujar Haikal.
"Tanda cinta? Apa maksud awak?" Nur Dhuha agak kurang mengerti.
"Macam mana ye nak cakap. Selalunya pasangan bercinta ni akan tinggalkan tanda cinta dengan..." Haikal menundukkan kepalanya ke bawah kerana tidak tahu bagaimana mahu menerangkan.
"Dengan buat seks?" Nur Dhuha cuba meneka.
"Macam mana awak tahu benda-benda tu?" Haikal agak terkejut kerana gadis itu dapat meneka dengan tepat.
"Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya faham betul apa yang pasangan bercinta akan buat." Jelas Nur Dhuha.
"Jadi apa pandangan awak tentang ni? Nak ke awak benarkan saya tinggalkan tanda cinta kepada awak?" Haikal inginkan kepastian.
"Pandangan saya lah, baik awak pergi Mesir cepat-cepat. Barulah boleh belajar agama secara mendalam. Barulah awak tahu apa hukum berzina." Nur Dhuha seperti memerli lelaki itu.
"Sorry." Haikal semakin tertunduk ke tanah setelah diperli oleh gadis itu.
"Bagi saya sikit masa lagi ye, sebab berzina ni bukan benda kecil. Jadi bagi saya fikir masak-masak dulu." Pinta Nur Dhuha.
"Maknanya awak takde lah menentang hubungan seks sebelum nikah ni ye?" Haikal menajdi gembira kerana masih lagi ada harapan.
"Saya tak menentang, tapi saya juga tak yakin. Saya tak yakin lepas saya serahkan, awak akan bertanggungjawab." Jelas Nur Dhuha.
Haikal tidak tahu bagaimana mahu meyakinkan gadis itu yang beliau akan bertanggungjawab. Kepalanya kini mendongak ke langit dan matanya tajam merenung bulan. Kelihatan bulan mengambang penuh malam ini.
"Awak, dengar sini baik-baik. Dengan bersaksikan bulan yang berada depan kita, saya berjanji akan bertanggungjawab. Lepas saya balik Mesir, saya berjanji akan menikahi awak." Haikal meyakinkan gadis itu.
"Amboi bercinta pun belum lagi, tiba-tiba dah cakap pasal menikah ke?" Sekali lagi Nur Dhuha memerli lelaki itu.
"Tapi saya betul-betul yakin kalau awak serahkan cinta awak pada saya, saya akan bertanggungjawab dan menikahi awak." Ucap Haikal penuh yakin.
"Lelaki kalau berjanji memang sangat manis, tapi bila nak tunaikan memang sangat liat." Ujar Nur Dhuha.
Dia masih lagi tidak dapat melupakan kesengsaraan yang pernah dia tempuhi akibat dusta seorang lelaki. Itulah sebabnya dia sangat sukar untuk mempercayai kata-kata lelaki yang dipenuhi dengan janji manis.
"Betul, percayalah dengan kata-kata saya." Haikal menggenggam erat tangan Nur Dhuha.
"Emm yelah saya percaya cakap awak." Ujar Nur Dhuha namun kelihatan tidak ikhlas.
"Awak, jom kita bercium sambil bergambar nak tak? Malam ni bulan cantik sangat, jadi saya nak simpan kenangan antara kita berdua." Pinta Haikal.
"Eleh nak bersentimental pulak. Malas lah bergambar sambil bercium, nanti awak sebar ke apa gambar tu." Nur Dhuha keberatan dengan permintaan tersebut.
"Saya janji saya akan simpan gambar ni baik-baik dan tak akan sebarkan." Tegas Haikal.
"Yelah tu. Lelaki kalau berjanji bukan boleh percaya." Nur Dhuha berasa sangsi.
Namun dia tetap turuti permintaan itu. Dia dan Haikal kemudian bercium mulut sambil bersaksikan bulan yang mengambang terang. Sambil berciuman mulut, mereka mengabdikan kenangan itu dengan bergambar.
==================================================================================
Sudah lebih sebulan berlalu semenjak keputusan SPM keluar. Hanya tinggal seminggu lagi sebelum Haikal terbang menuju ke Mesir. Nur Dhuha sudahpun membuat keputusan dan tekad dengan keputusannya.
Dia memandang jam di dinding dan kelihatan waktu sudahpun memasuki pukul satu pagi. Dia keluar daripada bilik tidurnya untuk melihat kelibat ibu dan kakaknya. Kelihatan mereka berdua sudahpun berada di dalam bilik tidur masing-masing.
Terasa lega di hatinya kerana ahli keluarga yang lain sudahpun tidur. Dia terus menuju ke bahagian dapur rumahnya. Dia hanya duduk di atas kerusi di dapur itu sambil menunggu seseorang tiba.
"Tuk..tuk..tuk.." Kedengaran pintu di dapur diketuk dari luar.
Tanpa membuang masa, Nur Dhuha terus membuka pintu dapur itu. Kelihatan lelaki yang ditunggu olehnya sedang berada di muka pintu. Dia terus menarik tangan lelaki itu sambil matanya memerhati sekeliling.
"Takde orang nampak kan?" Soal Nur Dhuha sebaik lelaki itu berada di dalam rumah.
"Jangan risau, saya dah pastikan takde orang nampak yang saya datang sini." Jelas Haikal.
"Jomlah masuk bilik saya." Nur Dhuha menarik tangan lelaki itu menuju ke bilik tidurnya.
Setibanya di dalam bilik, dia terus mengunci pintu bilik tersebut. Kedua-dua mereka saling memandang wajah di antara mereka. Rasanya ini adalah kali pertama Haikal melihat Nur Dhuha tanpa tudung.
Kelihatan gadis itu sungguh cantik dengan rambutnya yang ikal mayang. Ditambah pula dengan hanya mengenakan pajama kotak-kotak sepasang. Ini membuatkan beliau menjadi semakin tidak keruan.
Jantung kedua-dua pasangan sejoli itu semakin berdegup dengan kencang. Nur Dhuha kemudian menarik tangan Haikal menuju ke katil. Kedua-dua mereka kini melabuhkan punggung di birai katil.
Haikal memberanikan diri membelai-belai rambut separas bahu Nur Dhuha. Terasa lembut jari-jemarinya tatkala menyentuh rambut itu. Harum semerbak bau rambut gadis itu menusuk ke dalam hidungnya.
Ia membuatkan beliau semakin tidak tahan, lalu dibaringkan tubuh gadis itu di atas katil. Haikal kemudian mencium dahi Nur Dhuha, sebelum mencium kedua-dua pipi lembut gadis itu. Bibirnya kini beralih ke bibir Nur Dhuha.
Ciuman yang panjang terjadi di mulut mereka dan ia semakin semakin ghairah. Walaupun sudah acapkali bercium sebelum ini, namun malam ini ia terasa sungguh berbeza. Mungkin kerana ini ciuman pembukaan nafsu.
Ciuman di mulut mereka kini terlerai setelah beberapa minit bercantum. Haikal lalu menyambung adegan dengan membuka satu persatu butang pajama bercorak kotak-kotak yang dipakai Nur Dhuha.
Bersambung...
YOU ARE READING
1. Bersaksikan Bulan
Romantizm🔞🔞🔞 Ikutilah kisah perjalanan hidup Nur Dhuha yang dipenuhi dengan ranjau dalam mencari cinta sejati dalam Bersaksikan Bulan.