Bab 54 : Nukilan terakhir (Tamat)

15K 123 7
                                    

Tanpa disedari masa berjalan dengan begitu pantas. Nur Dhuha telah pun menamatkan pelajarannya di universiti. Dia kini sudahpun mendapat pekerjaan sebagai guru tetap sepenuh masa di sebuah sekolah.

Apa yang lebih menggembirakan dirinya adalah dia ditempatkan di sekolah yang berhampiran dengan rumah ibunya. Jadi dia tidak perlu memikirkan tentang tempat tinggal kerana dia akan tinggal bersama ibunya.

Di rumah tersebut juga didiami oleh kakak keduanya Nur Qistina bersama suaminya Iqbal. Kedua-dua kakaknya telahpun selamat melahirkan anak dimana Nur Adila dikurniakan cahayamata lelaki.

Manakala Nur Qistina pula dikurniakan cahayamata perempuan. Ini bermakna dia kini telah memiliki tiga orang anak saudara. Dia kini tidak mengajar di sekolah kerana musim cuti persekolahan sudah bermula.

Niatnya untuk berehat sepuas-puasnya setelah cuti persekolahan telah bermula tidak kesampaian apabila kedua-dua kakaknya meminta dia menjaga anak-anak saudaranya. Ini kerana kedua-dua kakaknya ingin pergi berbulan madu.

Mungkin kerana mereka ingin mengambil peluang setelah lama menjaga dan menyusukan anak-anak mereka. Nur Dhuha hanya mengeluh mengenangkan nasibnya menjadi seorang anak bongsu dalam keluarganya.

Dia juga sebenarnya ingin melancong bersama-sama dengan kakak-kakaknya. Namun apakan daya hanya bebanan yang diberikan oleh mereka kepadanya. Matanya kini memerhati Qaseh Diana yang sibuk bermain dengan anak patungnya.

Manakala adiknya iaitu Adam Hakimi sedang nyenyak tidur di atas tilam. Kelihatan Salmiah muncul daripada arah bilik mandi dengan mendukung Mia Anissa, anak kepada Nur Qistina dan Iqbal.

Anak kecil itu baru sahaja selesai dimandikan oleh neneknya. Ibunya mengeringkan tubuh anak saudaranya yang masih basah dengan tuala. Salmiah tekun menjaga cucu-cucunya tanpa mengeluh pun.

Di dalam hatinya dia juga sebenarnya mahu ikut serta percutian anak-anaknya, namun dia yakin mereka juga memerlukan ruang bersendirian. Jadi dia hanya mengalah dan mengambil tugas menjaga cucu-cucunya.

"Best kan kaklong dengan kakngah pergi honeymoon." Ujar Nur Dhuha.

"Biasa lah orang dah kahwin, mestilah nak pergi honeymoon dan enjoy sex life." Balas Salmiah.

"Ibu rasa kan, diorang dekat sana tidur asing-asing ke tidur sebilik?" Soal Nur Dhuha.

"Apa maksud adik?" Salmiah tidak mengerti.

"Macam lah ibu tak kenal anak-anak ibu tu. Agak-agak diorang ada buat swinger tak?" Nur Dhuha cuba meneka.

"Astaghfirullah halazim, apa kamu pikir macam tu sekali. Kakak-kakak kamu tu tahu lah hukum hakam islam ni." Tegas Salmiah.

"Mana lah tau kan, sekali-sekala nak merasa benda-benda pelik macam swinger ni." Nur Dhuha cuba berseloroh.

Walaupun Salmiah tahu anaknya itu cuba berseloroh, namun dia tidak dapat membuang bulat-bulat kata-kata itu. Tiba-tiba dia membayangkan anak-anaknya kini sedang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dia tidaklah marah jika ia betul-betul terjadi, malah dia terasa berdebar-debar. Bagaimana agaknya jika perkara itu betul-betul terjadi. Membayangkan anak-anaknya membuat perkara itu membuatkan ada cecair mengalir di farajnya.

"Ibu dengar tak apa yang adik cakap ni?" Teguran Nur Dhuha membuatkan Salmiah menghentikan bayangannya.

"Apa yang adik cakap?" Salmiah minta anaknya mengulangi soalan.

"Adik cakap macam mana lah agaknya kalau diorang main tukar-tukar pasangan kan?" Soal Nur Dhuha.

"Jangan nak merepek lah, yang adik tu bila nak kahwin?" Salmiah cuba mengubah topik.

"Aduh ke situ pula dah ibu ni. Kan adik baru lagi kerja, sabar lah dulu." Balas Nur Dhuha.

"Hubungan kamu dengan boyfriend kamu tu macam mana? Apa nama dia?" Soal Salmiah.

"Haikal. Dia ada lagi dekat Mesir sekarang ni." Balas Nur Dhuha.

"Bukan dia sepatutnya dah balik ke?" Salmiah berasa pelik.

"Sepatutnya dia dah balik, tapi..." Belum sempat Nur Dhuha menghabiskan kata-kata, tiba-tiba kedengaran bunyi telefon.

Mata Nur Dhuha dan Salmiah serentak memandang telefon pintar yang berbunyi tidak jauh dari situ. Kelihatan ada pesanan ringkas masuk ke dalam telefon milik Nur Dhuha. Tanpa berlengah dia terus mencapai telefon itu.

"Panjang umur, baru sebut pasal dia." Ujar Nur Dhuha setelah melihat nama Haikal yang menghantar pesanan kepadanya.

"Haikal ke? Dia caka apa?" Salmiah ingin tahu. Namun persoalan itu tidak dijawab oleh Nur Dhuha, sebaliknya gadis itu terus beredar dari situ.

"Bertuah punya anak, orang tanya dia boleh buat tak tahu je." Salmiah hanya mampu menggelengkan kepala.

Di dalam bilik, Nur Dhuha terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia kemudian membuka pesanan whatsapp setelah tertera nama Haikal di skrin. Terasa sungguh rindu terhadap kekasih hatinya itu.

Semenjak dua menjak ini teman lelakinya itu jarang sekali membalas pesanannya. Hubungan mereka dirasakan semakin menjauh dari hari ke hari. Tidak tahu apa kena dengan lelaki itu sehingga terlalu sibuk untuk membalas pesanannya.

Teman lelakinya itu sepatutnya sudah menamatkan pelajaran di Mesir dan bakal pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. Setelah menerima pesanan daripada Haikal, Nur Dhuha cepat-cepat membaca.

Dia berharap mendapat berita gembira daripada lelaki itu seperti memberitahunya beliau sudahpun berada di Malaysia. Namun bukan berita gembira yang diterimanya, malah berita itu cukup untuk menghancurkan hatinya yang rapuh.

"Kehadapan Nur Dhuha yang disayangi, pejam celik pejam celik sudah hampir tujuh tahun usia perkenalan kita. Daripada seorang yang baru menamatkan SPM, kini sayang sudahpun bergelar seorang pendidik.

Terlalu banyak suka-duka yang kita lalui selama perkenalan ini. Walaupun jarak antara kita beribu batu, tetapi terasa percintaan kita begitu dekat. Terasa seperti mata kita saling bertatapan di antara satu sama lain.

Sayangku Nur Dhuha, walau sehebat manapun percintaan kita tetapi yakinlah bahawa ajal maut dan jodoh pertemuan telah ditetapkan oleh yang Esa. Walau sekuat manapun kita mencuba, kita tetap tidak dapat lari daripada takdir.

Mungkin telah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kita bukanlah dicipta untuk bersama, maka kita perlulah redha. Nukilan itu mungkin adalah yang terakhir daripada seorang lelaki yang pernah mencintai dirimu sepenuh jiwa dan raga.

Diharap sayang mampu melupakan hubungan kita. Semoga sayang bertemu kebahagiaan di masa hadapan dengan seorang lelaki yang lebih baik dan mampu membimbing sayang ke arah jalan yang diredhai."

"Salam sayang daripada saya, Haikal. Selamat tinggal."

Air mata Nur Dhuha berjujuran keluar dan mengalir membasahi pipi. Dia cuba menghubungi kekasihnya itu beberapa kali namun tidak satupun berjaya dihubung. Dia menekap wajahnya dengan bantal sambil menahan esak di dada.

Dia hanya mahu mengetahui apakah salah dirinya sehingga lelaki itu sanggup meninggalkan dirinya. Apakah yang telah membuatkan lelaki itu mengambil keputusan untuk berpisah secara tiba-tiba?

Tatkala memikirkan apakah puncanya, tiba-tiba segala berbuatan lampaunya bersama dengan lelaki lain melintasi fikirannya. Segala dosa dan kecurangan yang pernah dia lakukan senang bermain di fikirannya.

Terdetik di dalam hatinya mungkin kerana dosa-dosa yang dilakukan olehnya telah menyebabkan kemurkaan oleh yang Esa sehingga menyebabkan perpisahan ini. Perasaan menyesal mula membelenggu dirinya.

Bersambung...

1. Bersaksikan BulanWhere stories live. Discover now