Masa berlalu dengan sangat pantas, Nur Dhuha kini kembali sekali lagi menjadi seorang pelajar. Dia kini telahpun menyambung pelajarannya ke sebuah universiti pendidikan terkemuka tanah air.
Di sana, kediaman yang didiami oleh pelajar adalah seperti apartment dengan satu apartment mempunyai tiga bilik dan satu bilik didiami dua pelajar. Di sana, Nur Dhuha mendapat rakan sebilik bernama Sofea.
Seperti dirinya, gadis itu juga kini berada di tahun pertama. Seorang anak gadis yang berasal dari ibu kota Kuala Lumpur. Seorang yang berwajah sangat cantik dan manis namun agak kasar perwatakannya.
Walaupun mengenakan tudung di kampus, gadis itu tidaklah bertudung di luar dengan rambutnya diwarnakan dengan warna kemerahan. Semenjak tinggal di situ, hubungan mereka sangat rapat.
Kemana sahaja Nur Dhuha pergi, pasti Sofea akan berada di sampingnya seperti belangkas. Gadis itu juga tidak malu menceritakan hal-hal rahsia termasuk hubungan seks bersama kekasihnya kepada Nur Dhuha.
Sejak mengenali gadis itu, Nur Dhuha juga sudah beberapa kali mengikutnya pulang ke rumah di Kuala Lumpur. Kedua-dua orang tua Sofea juga sangat senang apabila Nur Dhuha berada di rumah mereka.
Manakan tidak, ini kerana anak tunggal mereka sering keseorangan apabila mereka terpaksa ke luar kawasan untuk urusan kerja. Dengan adanya Nur Dhuha, sedikit sebanyak mampu menghilangkan kebosanan anak tunggal mereka itu.
"Cuti semester nanti, awak terus balik kampung ke?" Soal Sofea kepada Nur Dhuha ketika mereka sedang mengulangkaji pelajaran untuk persiapan peperiksaan akhir semester.
"Saya balik rumah kakak sulung saya dulu, lepas tu baru ikut diorang balik sekali." Jawab Nur Dhuha sambil tangannya membelek-belek buku.
"Kalau macam tu tinggal rumah saya dulu lah. Nanti dah nak balik Kuantan baru awak balik rumah kakak awak. Saya sebenarnya nak kenalkan awak dekat boyfriend saya. Yelah saya selalu cerita pasal awak dekat dia jadi dia nak sangat jumpa awak." Pinta Sofea.
"Saya ok je." Ringkas jawapan Nur Dhuha membuatkan Sofea berasa gembira.
==================================================================================
Cuti semester telah pun bermula. Nur Dhuha kini berada di rumah semi D tiga tingkat milik orang tua Sofea. Dia hanya sempat bertemu kedua-dua orang tua Sofea sebentar sahaja kerana mereka terpaksa terbang ke Surabaya atas urusan kerja.
Malam itu mereka hanya berehat sahaja di rumah akibat keletihan setelah tiba dari kampus. Keesokan harinya, kedua-dua gadis menuju ke Midvalley menaiki LRT untuk bertemu dengan kekasih hati Sofea.
Di hadapan stesen LRT kelihatan seorang lelaki sedang menunggu mereka. Nur Dhuha memerhati kelibat lelaki tersebut dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dari pandangan mata Nur Dhuha, lelaki tersebut kelihatan agak tampan.
Walaupun begitu, ia tidak dapat menandingi ketampanan kekasihnya iaitu Haikal. Lelaki itu kemudian berjalan dan menghampiri mereka. Sofea kemudian memperkenalkan lelaki itu kepada Nur Dhuha.
"Hai, nama saya Ridhwan. Panggil saja Ridz." Ridhwan memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
"Nama saya Nur Dhuha. Panggil je Dhuha." Nur Dhuha membalas sapaan Ridhwan tanpa menghulurkan kembali tangan.
Setelah melihat huluran tangannya tidak berbalas, Ridhwan cepat-cepat menarik tangannya. Beliau kemudian memasukkan tangannya ke dalam poket seluar jeans yang dipakainya. Beliau cuba lagak bersahaja.
Namun sebenarnya beliau berasa agak malu setelah huluran tangannya tidak dibalas. Walaupun begitu beliau tetap meneruskan perbualannya dengan Nur Dhuha. Sambil berbual, matanya galak merenung wajah Nur Dhuha.
Beliau tidak menyangka wajah gadis itu jauh lebih cantik di hadapan mata berbanding di dalam gambar yang dilihat di dalam telefon bimbit Sofea. Setelah sesi berkenalan selesai, mereka meneruskan aktiviti mereka.
Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh mereka bagi mengisi masa mereka sepanjang di Midvalley. Antara perkara yang mereka lakukan adalah bermain bowling, menonton wayang, dan sudah pasti mengalas perut.
Setelah sehari suntuk mereka menghabiskan masa di situ, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Namun apa yang memeranjatkan Nur Dhuha adalah Ridhwan akan mengikut mereka pulang.
Nur Dhuha dapat mengagak apa yang mereka ingin lakukan di rumah itu. Ini kerana Sofea sering bercerita mengenai hal dia dan kekasihnya itu. Namun dia tidak mampu menghalang kerana itu adalah rumah Sofea.
Jadi gadis itu berhak melakukan apa sahaja di rumah terbabit tanpa meminta izin dahulu. Di ruang tamu kelihatan Sofea dan Ridhwan bermadu asrama. Terasa geli geleman tekak Nur Dhuha melihat perbuatan itu.
Dia sendiri tidak tahu kenapakah rakannya itu tiada perasaan malu bermanja dan menggelitis sedangkan ada orang lain di situ. Mahu sahaja dia lari dari situ dan meninggalkan pasangan tersebut, namun dia cuba bertahan dahulu.
Dia kemudian menghidupkan televisyen, lalu menonton siaran di kaca televisyen itu. Ini bagi supaya dia tidak mengendahkan perbuatan pasangan sejoli itu. Sesekali matanya menjeling juga ke arah pasangan tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila ketika ini dia dapat melihat perbuatan pasangan itu. Kelihatan Sofea sedang memberikan kuluman ke atas teman lelaki itu. Dia tidak menyangka rakannya itu sungguh berani.
Tiada perasaan malu langsung melakukan hal itu meskipun ada orang lain di situ. Dia menudian cepat-cepat memandang semula ke arah televisyen. Tidak terdaya mahu melihat aksi lucah itu.
"Dhuha, awak haus tak?" Tiba-tiba Sofea menyoal.
"Tak kot, kenapa tiba-tiba tanya?" Nur Dhuha berasa pelik, namun matanya masih lagi memandang ke arah televisyen.
"Sebab Ridz haus, jadi dia minta saya buatkan air untuk dia. Kalau awak haus, saya buatkan sekali untuk awak." Jelas Sofea.
"Takpe lah, tak yah susah-susah buatkan air untuk saya. Awak buat jelah untuk boyfriend awak." Nur Dhuha menolak pelawaan rakannya itu.
"Tak susah pun, saya buatkan untuk awak ye." Sofea masih berkeras untuk membuat air kepada gadis itu.
"Kalau awak rasa tak menyusahkan, ikut awaklah." Balas Nur Dhuha.
Sofea kemudian meminta diri untuk beredar dan menuju ke dapur. Kini Nur Dhuha hanya mengfokuskan matanya ke arah televisyen. Ketika itu jugalah secara tiba-tiba Ridhwan menghampirinya.
Lelaki itu kemudian duduk di sebelahnya. Nur Dhuha memaling ke arah lelaki itu dan alangkah terkejutnya melihat lelaki itu tidak lagi berseluar. Zakarnya yang sedang mengeras itu kini semakin hampir dengannya.
Nur Dhuha terus memaling wajahnya ke arah bertentangan. Dia tidak tahu apa motif lelaki itu menghampirinya dalam keadaan seperti itu. Sudah pasti lelaki itu ada niat yang tidak baik di dalam dirinya.
"Awak dan Sofea dah kenal berapa lama?" Soal Ridhwan tanda ingin memulakan bicara.
"Semenjak start belajar dekat universiti tu lah." Balas Nur Dhuha tanpa memandang ke arah lelaki itu.
"Oh kiranya tak sampai tiga bulan lagi lah ye. Macam mana kawan dengan dia, ok ke?" Soal Ridhwan lagi.
"Mesti lah ok. Kalau tak ok, takdenya dia ajak saya tidur rumah dia." Balas Nur Dhuha dengan nada menyindir.
"Awak suka Sofea tak?" Soal Ridhwan lagi.
"Mestilah suka. Kenapa awak tanya?" Nur Dhuha berasa pelik.
"Suka macam mana tu?" Ridhwan menyoal lagi.
Bersambung...
YOU ARE READING
1. Bersaksikan Bulan
Romance🔞🔞🔞 Ikutilah kisah perjalanan hidup Nur Dhuha yang dipenuhi dengan ranjau dalam mencari cinta sejati dalam Bersaksikan Bulan.