Bab 8 : Datang melawat

1.7K 24 1
                                    

"Ini semua salah aku ayah aku meninggal dan mak aku keguguran." Sayu kedengaran suara Nur Dhuha.

"Kenapa pulak salah kau, bukan ada kena mengena dengan kau pun semua ni terjadi." Suhaimi tidak mengerti.

"Sebab aku beria-ria mintak diorang belikan pakaian baru dekat aku. Kalaulah aku tak minta semua tu, diorang takkan keluar malam tu. Jadi semua ni takkan berlaku." Nur Dhuha meluahkan kekecewaan.

"Semua yang terjadi ni dah tertulis, kematian tak boleh dicepatkan atau dilambatkan. Kalau bukan sebab kau minta pun, kejadian ni pasti akan berlaku dengan sebab yang berlainan." Jelas Suhaimi.

"Tapi aku tetap rasa bersalah. Sekarang aku dah tak ada ayah untuk tempat aku meluahkan kasih sayang." Mata Nur Dhuha mula berkaca.

"Aku tahu aku tak boleh gantikan tempat ayah kau, tapi aku janji aku akan sentiasa ada di sisi kau. Aku janji akan memastikan kau sentiasa gembira setiap masa." Suhaimi cuba menenangkan gadis itu.

"Apa yang kau boleh buat untuk bahagiakan aku selain lemparkan janji manis kau tu?" Nur Dhuha tidak mempercayai kata-kata lelaki itu.

Suhaimi hanya terdiam kerana beliau sendiri tidak tahu bagaimana lagi mahu membahagiakan gadis itu. Senang bermain kata, namun beliau sendiri tidak tahu bagaimana sedihnya gadis itu ketika ini.

"Aku nak ayah aku ada di sisi aku dan tengok aku membesar. Aku nak dia ada dan melihat aku mencapai kejayaan. Aku nak dia ada ketika aku mengecapi kebahagiaan." Air mata Nur Dhuha mula mengalir.

"Luahkan apa sahaja yang terbuku di hati kau tu. Lepaskan semua kesedihan kau tu, aku setia mendengar." Ucap Suhaimi lalu memeluk bahu Nur Dhuha.

Ketika itu lah dia menangis dan berteriak sepuas-puasnya. Dia mahu melepaskan segala kesedihan dan keperitan yang membelenggu dirinya. Dia kemudian terus memeluk tubuh Suhaimi seraya melepaskan tangisannya.

Suhaimi hanya membiarkan gadis itu membasahi bajunya dengan air mata. Hanya ini sahaja yang mampu beliau lakukan kepada gadis itu. Beliau berjanji pada dirinya untuk menjadi mata dan telinga kepada gadis itu.

Beliau berjanji akan menjadi tempat meluah gadis itu setiap masa. Apa yang penting gadis itu perlu tahu bahawa dia tidak keseorangan. Beliau akan sentiasa ada demi memastikan gadis itu tidak kesunyian.

==================================================================================

Sudah sebulan berlalu semenjak kematian Supian. Ketiga-tiga anaknya kini sudahpun dapat menerima kenyataan dan mula move on. Namun sayangnya Salmiah masih lagi seperti hari-hari sebelumnya.

Dia hanya banyak menghabiskan masa di dalam bilik menanggung perasaan. Keadaannya kini kelihatan sungguh tidak terurus. Anak-anaknya juga tidak tahu bagaimana lagi mahu membantu ibu mereka.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara daripada luar rumah.

"Waalaikumussalam." Nur Qistina kemudian terus menuju ke pintu rumah, lalu membuka daun pintu tersebut.

"Eh Nek Uda, Tok Uda, masuklah." Pelawa Nur Qistina setelah melihat ibu dan bapa saudara kepada ibunya sedang berada di hadapan rumah.

"Kenapa nek tak bagi tahu dulu nak datang? Nek dari Kuantan ke ni?" Soal Nur Qistina setelah tetamu itu sudah berada di dalam rumah.

"Haah kami dari Kuantan terus ke sini. Kami dah cuba telefon, tapi mak kamu tak angkat-angkat." Jelas Mak Uda.

"Mak kamu mana?" Kini Pak Uda pula menyoal.

"Ibu ada dalam bilik, tak keluar-keluar." Jelas Nur Qistina.

"Ehh Nek Uda, Tok Uda, bila sampai?" Kini wajah Nur Adila bersama dengan Nur Dhuha pula muncul di ruang tamu. Nur Adila dan adiknya kemudian bersalaman dengan dengan kedua-dua orang tua itu.

"Kami baru je sampai. Kami datang sebab nak tengok keadaan mak kamu tu. Boleh kami tengok dia?" Pinta Mak Uda.

"Boleh, dia ada dekat bilik tu. Masuk jelah." Balas Nur Adila sambil jarinya dituding ke bilik paling hujung.

"Kami pergi tengok dia dulu ye." Pinta Pak Uda sebelum beliau bersama dengan isterinya menuju ke bilik tidur Salmiah.

Mereka tiga beradik hanya memerhati kelibat suami isteri itu menuju ke bilik tidur ibu mereka. Wanita tua itu adalah adik kepada nenek mereka di sebelah ayah mereka. Mereka sudah menganggap wanita itu sebagai nenek sendiri.

Rumah wanita itu tidaklah jauh dari rumah arwah nenek mereka. Ketika arwah nenek mereka masih hidup, mereka kerap juga pulang ke Kuantan. Jadi mereka selalu berjumpa dengan pasangan tersebut.

Namun setelah arwah nenek mereka meninggal dunia, jarang sekali mereka bertemu pasangan tersebut. Nur Adila masih lagi ingat ketika ibunya melahirkan adik-adiknya, sudah pasti mereka pulang ke kampung.

Setelah tamat berpantang di rumah nenek mereka, sudah pasti bapanya akan membawa ibunya ke rumah wanita itu. Ini supaya ibunya dapat menjalani sesi urutan untuk ibu yang lepas bersalin dengan wanita itu.

"Tuk! Tuk! Tuk!" Kedengaran pintu bilik diketuk. Salmiah menoleh ke arah pintu biliknya untuk melihat siapakah gerangan yang datang.

"Ehh Mak Uda, Pak Uda, bila sampai? Kenapa datang tak bagitahu?" Soal Salmiah yang hanya berbaring sambil memeluk gambar perkahwinan dia dan arwah suami.

"Aku dah telefon kamu banyak kali, tapi sekali pun kamu tak angkat." Balas Mak Uda sebelum menghampiri katil.

"Saya silent kan telefon saya buat masa sekarang ni. Mak Uda dengan Pak Uda datang sini sebab ada apa?" Salmiah inginkan kepastian. Dia kemudian menyimpan gambar di tangannya ke dalam laci di sebelah katil.

"Kami datang sini sebab nak tengok keadaan kamu lah." Pak Uda yang sedang berdiri di muka pintu pula menyampuk.

"Saya baik-baik je." Balas Salmiah.

"Baik apa kalau tak terurus macam ni sekali. Aku tahu kamu masih bersedih dengan kehilangan Supian, kami pun bersedih juga dengan pemergian dia sebab dia tu anak saudara paling rapat dengan kami." Ujar Mak Uda.

"Tapi janganlah kamu meratap sampai macam ni sekali. Lagi satu, walaupun kamu keguguran, tapi kamu tetap kena berpantang macam orang baru melahirkan bayi." Tambah Mak Uda lagi.

"Saya memang tengah berpantang sekarang ni. Berpantang sekali berkabung." Salmiah memberi penjelasan.

"Orang berpantang ni memang kena jaga diri betul-betul. Tapi kamu ni tak nampak pun macam berpantang. Tubuh kamu ni tak terjaga langsung." Bebel Mak Uda.

"Habis tu nak berpantang macam mana lagi." Salmiah mula merasa rimas dengan bebelan wanita itu.

"Macam ni lah, bagi kami tinggal sini dan jaga kamu sampai kamu habis pantang. Sambil-sambil tu kami boleh tengok-tengokkan anak-anak kamu tu." Mak Uda memberi cadangan.

"Dah tu anak-anak Mak Uda kat kampung macam mana?" Soal Salmiah.

"Anak-anak kami semua dah besar, dah kerja dah semuanya. Jadi tahu lah diorang jaga diri macam mana." Pak Uda pula menjelaskan.

"Kalau macam tu ikut Mak Uda dengan Pak Uda lah. Saya tak kesah kalau Mak Uda dan Pak Uda tak keberatan jaga saya." Balas Salmiah.

"Kamu ada masak untuk anak-anak kamu tak malam ni?" Soal Mak Uda.

Persoalan itu tidak dibalas oleh Salmiah. Dia hanya mendiamkan diri sambil melihat ke luar tingkap. Mak Uda hanya hanya mampu menggelengkan kepala dengan sikap yang ditunjukkan oleh Salmiah.

Bersambung...

1. Bersaksikan BulanWhere stories live. Discover now