Bab 29 : Keputusan SPM

1.4K 29 1
                                    

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, hari yang dinanti telah tiba. Kelihatan pelajar mula memenuhi ruang sekolah. Berbagai-bagai reaksi dapat dilihat pada raut wajah pelajar-pelajar tersebut.

Ada yang bergembira, ada yang sedih, namun ada juga yang berwajah selamba seperti tiada apa yang perlu dirunsingkan. Mata Kartina melilau mencari-cari kelibat rakannya. Dia kemudian ternampak wajah rakannya di pintu pejabat sekolah.

"Dhuha, kau punya result berapa?" Kartina mengajukan soalan setelah melihat Nur Dhuha keluar dengan memegang slip keputusan peperiksaan SPM.

"Biasa-biasa je." Pendek jawapan Nur Dhuha.

Namun terlihat ukiran senyuman di bibir gadis itu. Melihat teman baiknya tersengih-sengih seperti kerang busuk, Kartina terus menarik slip yang dipegang Nur Dhuha. Di atas kertas itu terpampang pekataan 3A1 3A2 3B3.

"Wah, hebatnya kau dapat 6A. Senanglah kau nak sambung study mana-mana lepas ni." Tutur Kartina. Daripada raut wajahnya kelihatan sedikit cemburu.

"Kau pulak dapat berapa?" Soal Nur Dhuha.

"Result aku tak cantik sangat cuma dapat 2A je. Mesti susahkan nak dapat panggilan IPTA." Wajah Kartina sedikit muram.

"Apa yang susah pulak? Sekarang ni banyaklah tempat study yang kau boleh dapat. Budak yang tak ada satu A pun boleh sambung. Jangan risau sangat lah." Nur Dhuha cuba menyedapkan hati rakannya.

"Yelah, aku pun harap macam tu. Eh, Haikal mana? Selalunya kau berkepit je dengan dia ke hulu ke hilir." Kartina mengubah topik.

"Dia shift pagi hari ni. Dia ambil result petang nanti." Ujar Nur Dhuha.

"Eh cerita lah macam mana kau boleh rapat dengan dia? Hubungan kau dengan dia sekarang dah sampai tahap mana?" Kartina ingin tahu.

"Macam mana ya aku nak cerita ni?" Nur Dhuha sendiri tidak tahu dari mana dia perlu mulakan.

"Takpe, jangan cerita lagi. Apa kata kita pergi minum ABC kat kedai Kak Munah dulu. Sambil-sambil minum boleh lah kau cerita." Kartina memberi cadangan.

"Boleh tapi kau belanja. Nak juga merasa kau belanja aku sekali sekala." Pinta Nur Dhuha.

"Yelah-yelah." Kartina kemudian menarik tangan Nur Dhuha dan berlalu pergi meninggalkan sekolah tersebut.

==================================================================================

"Macam mana dengan result? Ok tak?" Tegur Haikal kepada Nur Dhuha yang baru sahaja selesai menjalankan tugasnya.

"Biasa-biasa je. Awak pula macam mana? Ok Tak?" Nur Dhuha pula bertanya.

"Biasa-biasa tu berapa? Saya cuma dapat 4A je." Balas Haikal merendah diri.

"Ok lah tu 4A. Saya dapat 6A." Balas Nur Dhuha.

"Wah, pandainya awak. Lepas ni awak nak sambung belajar dekat mana?" Haikal kembali bertanya.

"Tak tahu lagi. Saya harap dapat masuk matrik. Awak pula nak sambung kat mana?" Nur Dhuha membalas pertanyaan.

"Ini yang saya nak bincangkan dengan awak, tapi saya tak tahu nak bagitahu macam mana." Wajah Haikal menjadi sugul.

"Kenapa, ada benda penting ke awak nak bagitahu saya?." Nur Dhuha merasa berdebar setelah melihat wajah lelaki itu.

"Haikal, bila nak start kerja ni?" Tiba-tiba penyelia pasaraya menegur dari belakang.

"Takpe lah awak, saya masuk kerja dulu. Nanti kita jumpa lagi, saya bagitahu hal ni." Haikal meminta diri lalu masuk semula ke dalam pasaraya.

Nur Dhuha hanya memerhati lelaki itu berjalan meninggalkannya. Dia merasa agak kecewa kerana tidak dapat mendengar apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu. Ia kedengaran seperti perkara penting.

Tapi apakan daya lelaki itu tidak dapat menghabiskan kata-kata. Semenjak mereka semakin rapat, mereka tidak lagi menggunakan 'aku' 'kau' lagi. Kini mereka membahasakan diri dengan 'saya' 'awak'.

Walaupun mereka semakin rapat dan kadang-kala mengulangi perbuatan bercium mulut, namun hubungan mereka masih tidak ke fasa yang lebih jauh. Nur Dhuha masih lagi belum memberi jawapan kepada lelaki itu.

Dia sendiri tidak tahu kenapakah dia masih lagi berbelah bahagi untuk memberikan jawapan. Dia kemudian melangkah kakinya meninggalkan pasaraya tersebut memandangkan waktu kerjanya sudah tamat.

==================================================================================

"Nak pergi mana tu dik?" Soal Salmiah setelah melihat anak bongsunya lengkap berpakaian kemas.

"Adik nak keluar kejap jumpa kawan." Terang Nur Dhuha.

"Yelah, tapi jangan balik lambat sangat." Tegas Salmiah.

"Baiklah ibu, adik pergi dulu." Nur Dhuha meminta diri.

Sudah dua minggu berlalu sejak hari keputusan SPM keluar. Nur Dhuha berjalan meninggalkan perkarangan rumah. Tidak jauh dari rumahnya kelihatan sebuah Proton Saga BLM berwarna putih setia menanti.

Tanpa berlengah, Nur Dhuha terus menuju ke arah kereta itu. Dia kemudian membuka pintu di sebelah penumpang. Di dalam kereta tersebut kelihatan Haikal setia menanti di bahagian pemandu.

"Lama ke tunggu?" Soal Nur Dhuha setelah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kereta tersebut.

"Tak lama sangat." Ringkas jawapan Haikal.

"Sejak bila pula awak ada kereta ni?" Soal Nur Dhuha memandangkan ini kali pertama lelaki itu berjumpanya dengan memandu kereta.

"Kereta mak saya. Saya pinjam untuk bawak awak jalan-jalan. Mana lah tahu lepas ni dah tak boleh nak bawa awak jalan-jalan dah." Balas Haikal.

"Kenapa awak cakap macam tu?" Nur Dhuha berasa pelik.

"Ni lah sebabnya saya nak jumpa awak." Ujar Haikal lalu memulakan pemanduan.

"Apa yang awak nak bagitahu? Dari haritu lagi saya dah tertunggu-tunggu." Nur Dhuha tidak sabar ingin mendengar.

"Sebelum tu apa kata kita pergi makan dulu." Haikal memberi cadangan.

"Aduh sempat lagi pikir pasal makan. Yelah jom lah kita pergi makan ikan bakar, saya belanja." Ujar Nur Dhuha. Haikal melajukan pemanduannya untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.

==================================================================================

Seusai menjamu selera, pasangan sejoli itu kemudian menghala ke Pantai Balok. Mereka berjalan di persisiran pantai sambil berpegangan tangan melihat deruan ombak membelah pantai di senja hari.

Setelah berjaya mencari tempat yang jauh daripada pandangan, mereka kemudian melabuhkan punggung di atas pasir. Setelah melihat sekeliling dan yakin tiada pandangan, mereka memulakan adegan romantis dengan ciuman di mulut.

Tangan Haikal menjalar mencari leher Nur Dhuha di balik tudung lalu dirangkulnya. Beliau kemudian menarik tubuh Nur Dhuha ke dakapannya. Bulan mengambang penuh menyuluh terang persisiran pantai.

"Dari hari tu lagi saya tunggu jawapan daripada awak sama ada awak terima jadi kekasih saya ataupun tidak." Haikal memulakan bicara sebaik ciuman mereka terlerai.

Bersambung...

1. Bersaksikan BulanWhere stories live. Discover now