Dua atlet yang lain sudahpun tewas di acara masing-masing, manakala Nur Dhuha hanya memenangi gangsa. Kini harapan untuk sekolahnya memenangi pingat emas terletak di bahu Suhaimi.
Dia terus menuju ke tepi track untuk melihat dengan lebih dekat aksi lelaki itu. Kelihatan semua peserta untuk acara 400 meter lelaki bawah 17 tahun sudahpun bersedia di garisan permulaan.
Suhaimi juga sudah bersedia di lorong nombor empat. Kedengaran suara arahan untuk semua peserta bersedia. Setelah semuanya sudah bersedia, pegawai yang bertugas terus melepaskan tembakan.
Sejurus itu kesemua peserta terus berlari dengan pantas. Mata Nur Dhuha tidak lekang melihat sosok tubuh Suhaimi yang sedaya upaya memecut. Jantungnya berdegup dengan kencang kerana gementar.
Dia merasa lebih gementar melihat aksi Suhaimi berbanding ketika dia bertanding sebentar tadi. Kelihatan lelaki itu seperti sedikit ketinggalan berbanding dua orang peserta yang berada di lorong 3 dan 5.
"Emi, cepat lari! Laju lagi!" Nur Dhuha menjerit di tepi track bagi memberi sokongan kepada lelaki itu.
Suhaimi yang sedikit ketinggalan berbanding pesaing di kiri dan di kanannya kini menggunakan seluruh kudratnya untuk memecut. Jarak garisan penamat kini hanya tinggal kira-kira 80 meter.
"Cepat Emi, kau tunggu apa lagi?!" Nur Dhuha berteriak dengan kuat.
Teriakan gadis itu cukup membuatkan halwa telinga Suhaimi menjadi sakit. Beliau tidak tahu kenapakah gadis itu beria-ria sangat. Namun beliau tetap akan penuhi impian gadis itu memenangi perlumbaan ini.
Dengan seluruh kudratnya digunakan, akhirnya beliau berjaya memintas dua orang pesaingnya betul-betul di hadapan garisan penamat. Kini beliau akhirnya berjaya memenangi perlumbaan itu.
==================================================================================
"Hemm..He..Hemm..He..Hemm" Kedengaran riang Suhaimi bersiul ketika menunggang motosikalnya.
"Amboi, gembira nampak. Yelah orang tu menang emas, mestilah gembira." Tegur Nur Dhuha yang membonceng di belakang.
"Aku bukan gembira sebab menang lah. Aku tak peduli pun pasal kemenangan tu. Aku gembira sebab teringat kau bersungguh-sungguh bersorak dan bagi sokongan dekat aku tadi." Balas Suhaimi.
"Kenapa kau gembira sebab aku bagi sokongan?" Nur Dhuha berasa pelik.
"Tak de apa lah. Ehh Dhuha, bila masa kau bukak tudung?" Suhaimi berasa terkejut ketika memalingkan wajahnya ke belakang.
"Tadi masa aku naik belakang kau." Balas Nur Dhuha.
"Kau sekarang ni dah form 2, jadi kau dah tak boleh nak on off pakai tudung tau. Kau kena sentiasa bertudung." Bebel Suhaimi.
"Malas arhh. Rimas pakai tudung." Balas Nur Dhuha.
"Ada pulak macam tu. Kita kena didik diri kita dari muda ni lah, dah tua nanti lagi susah nak berubah." Tambah Suhaimi lagi.
"Aduh kau ni membebel pulak, kau bukannya nak jadi laki aku pun." Nur Dhuha menjadi rimas.
"Mana lah tahu kalau dah takdir kau jadi jodoh aku kan." Suhaimi mengusik.
"Eyy tak hingin aku berjodoh dengan kau. Ke kau sebenarnya syok dekat aku?" Nur Dhuha cuba meneka.
"Kalau aku syok dekat kau, kau terima aku tak?" Suhaimi cuba menguji.
"Ehh betul ke ni kau syok dekat aku?" Nur Dhuha seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Takde lah. Aku kan cakap 'kalau'." Jelas Suhaimi.
"Eyy kau ni main-main lah." Nur Dhuha mencubit lengan Suhaimi.
"Ehh Dhuha, malam ni kau ada nak buat apa-apa tak?" Suhaimi mengubah topik.
"Rasanya takde, kenapa?" Soal Nur Dhuha.
"Kau ingat tak yang aku bagitahu kau yang aku nak buat pondok dekat bukit belakang rumah kita tu?" Soal Suhaimi.
"Haah ingat, kenapa dengan pondok tu?" Nur Dhuha berasa pelik dengan soalan tu.
"Semalam aku sempat siapkan pondok tu. Jadi aku nak ajak kau lepak dekat pondok tu." Jelas Suhaimi.
"Boleh je nak lepak, tapi kenapa ajak malam ni? Kenapa tak ajak esok je." Nur Dhuha berasa hairan.
"Sebab malam ni bulan mengambang. Jadi aku nak ajak kau tengok permandangan bulan." Jelas Suhaimi.
"Eleh nak sweet-sweet bagai pulak. Yelah-yelah aku temankan kau." Nur Dhuha bersetuju dengan pelawaan itu.
"Pukul sepuluh malam tau kita pergi." Tambah Suhaimi lagi.
"Yelah. Dah, cepat bawa motor tu. Dah nak senja dah ni, kang lambat pulak sampai rumah." Arah Nur Dhuha.
Suhaimi menuruti permintaan gadis itu lalu terus memecut motosikal honda c70 nya itu. Beliau juga tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana letih terlibat dengan pertandingan sukan sebentar tadi.
==================================================================================
"Selama ni rasa jalan naik atas bukit dekat je, kenapa hari ni rasa macam jauh sangat je?" Omel Nur Dhuha. Setelah seketika berjalan kaki dari rumah mereka, akhirnya mereka tiba di puncak bukit.
"Mungkin sebab kita letih kot join pertandingan siang tadi. Tu yang berjalan sikit naik bukit dah rasa letih." Suhaimi cuba mengagak.
"Betul jugak tu. Ehh mana pondok yang kau buat?" Soal Nur Dhuha sambil matanya melilau mencari pondok.
"Ada dekat belakang pokok tu. Jom ikut aku." Suhaimi menarik tangan Nur Dhuha menuju ke belakang pokok besar di puncak bukit itu.
"Wau, cantik lah kau buat pondok ni. Kau buat sorang-sorang je ke?" Soal Nur Dhuha sebaik melihat sebuah pondok yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan nipah.
"Haah aku buat sorang je, siapa lagi nak tolong aku. Jomlah duduk." Suhaimi menarik tangan Nur Dhuha, lalu menghampiri pondok tersebut.
"Kenapa kau tiba-tiba nak buat pondok dekat sini pulak?" Soal Nur Dhuha lalu melabuhkan punggungnya di atas lantai pondok itu yang diperbuat daripada buluh.
"Ada masa kita perlu bersendirian. Jadi dekat sini lah tempat paling baik untuk aku bersendirian." Jelas Suhaimi.
"Amboi, nak bersentimental pulak. Ehh cantik lah bulan tu." Mata Nur Dhuha terpukau melihat bulan yang mengambang penuh di hadapan matanya.
"Tu lah sebabnya kenapa aku bawak kau ke sini. Permandangan bulan dekat sini sangat cantik sebab kita sekarang atas bukit. Jadi bulan nampak macam besar sangat bila mengambang." Ujar Suhaimi.
"Kau memang pandai kan cari pot menarik. Nasib baik aku kenal kau, jadi dapat lah merasa macam ni." Wajah Nur Dhuha terukir senyuman sambil merenung bulan di hadapan matanya.
"Dhuha, aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau ni." Perlahan kedengaran suara Suhaimi.
"Apa dia? Bagitahu jelah." Nur Dhuha tidak sabar untuk mendengar.
"Aku sendiri sebenarnya tak tahu bila perasaan ni muncul, tapi aku sebenarnya dah jatuh cinta dekat kau." Suhaimi memberanikan diri meluahkan perasaannya.
Bersambung...
YOU ARE READING
1. Bersaksikan Bulan
Romance🔞🔞🔞 Ikutilah kisah perjalanan hidup Nur Dhuha yang dipenuhi dengan ranjau dalam mencari cinta sejati dalam Bersaksikan Bulan.