Bab 6 : Mencari pakaian

2.2K 26 0
                                    

"Tapi itu pakaian yang dia selalu mintak, tulah sebabnya kita selalu belikan pakaian macam tu." Ujar Salmiah.

"Salah kita jugak sebab sentiasa turutkan permintaan dia. Sepatutnya kita sebagai orang tua ni perlu memainkan peranan untuk mencorakkan anak-anak kita." Jelas Supian.

"Yelah. Abang nak belikan pakaian adik bila?" Soal Salmiah.

"Nantilah bila abang ada masa free. Ok lah abang nak pergi kerja dulu." Supian kemudian bangun dari sofa dan beredar menuju ke pintu rumah.

==================================================================================

"Adik nak ikut." Nur Dhuha merengek.

"Tak boleh, adik demam panas ni. Adik rehat dekat rumah je ye. Nanti kalau dah sihat, kitorang bawak lah adik lagi." Salmiah meletakkan tangannya di dahi anaknya itu. Terasa sungguh panas suhu badan gadis itu.

"Tapi adik nak pilih sendiri baju apa yang adik nak." Nur Dhuha masih mengharap.

"Adik jangan risau sebab nanti abah dengan ibu akan pilih pakaian yang terbaik untuk adik. Kalau adik tak berkenan, hari lain nanti abah bawak lah adik pergi cari lagi." Supian cuba memujuk anak kecil itu.

"Yelah-yelah." Akhirnya Nur Dhuha mengalah.

"Kak long, tengok-tengokkan adik ye. Dia demam panas ni." Pinta Supian kepada anak sulungnya.

"Yelah abah. Adik, meh duduk dekat along." Nur Adila memanggil adiknya itu.

Nur Dhuha menuruti lalu menghampiri kakaknya itu. direbahkan punggungnya di sebelah gadis itu. Nur Adila kini sudahpun berusia lapan belas tahun dan bakal melanjutkan pelajaran di menara gading tidak lama lagi.

"Abah dengan ibu hati-hati ye masa memandu nanti." Pesan Nur Adila.

"Baiklah. Kamu pun tengok lah rumah ni baik-baik ye." Salmiah pula berpesan.

Nur Adila menganggukkan kepala tanda faham sambil memerhatikan ibu dan bapanya berjalan ke luar rumah. Dia kemudian memeluk tubuh Nur Dhuha yang kelihatan mula mengeluarkan peluh.

Seketika memandu, akhirnya pasangan tersebut tiba di sebuah butik menjual pakaian. Mereka berdua terus menuju ke bahagian pakaian kanak-kanak. Kelihatan mereka juga tidak tahu pakaian apa yang perlu dipilih.

"Kalau macam ni ok tak?" Soal Salmiah.

"Pakaian-pakaian ni agak kelelakian lah. Ni serupa je macam baju adik kat rumah." Jelas Supian.

"Dah tu nak pilih yang mana satu?" Salmiah inginkan kepastian.

"Cuba tengok kat bahagian sana. Nampak pakaian-pakaian tu macam girly, rasanya lagi sesuai." Ujar Supian.

Mereka berdua kemudian pergi ke bahagian yang dimaksudkan, lalu membelek pakaian-pakaian di situ. Ketika itu jugalah mata Supian terpandang satu gaun berwarna peach tergantung di hujung dinding.

Beliau kemudian menghampiri gaun itu, lalu membelek-belek gaun tersebut. Kelihatan gaun itu direka berilhamkan puteri di dalam cerita fantasi. Supian sangat kagum melihat hasil kerja gaun tersebut.

"Abang, ok tak kalau saya ambil dua pasang untuk adik?" Soal Salmiah dengan tangannya memegang dua pasang pakaian.

"Ok je." Balas Supian tanpa memandang ke arah pakaian yang dipegang oleh isterinya.

"Kenapa dengan baju tu? Abang nak beli ke?" Soal Salmiah.

"Haah, ok tak?" Supian inginkan pendapat.

"Baju tu nampak macam childish sikit lah. Saya tak rasa adik akan berminat dengan baju tu." Salmiah memberikan pendapat.

"Tapi abang minat lah baju ni. Kalau dapat tengok sekali je adik pakai pun dah cukup gembira bagi abang." Jelas Supian.

"Ikut abang lah, duit abang." Salmiah tidak tahu apa yang perlu diperkatakan lagi.

Mereka berdua kemudian menuju ke kaunter untuk urusan pembayaran. Setelah itu mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja memandangkan tiada apa lagi perlu mereka beli. Apatah lagi malam semakin larut.

"Abang ok ke tak tu memandu?" Soal Salmiah setelah melihat suaminya asyik menguap dari tadi.

"Abang ok lah." Balas Supian.

"Betul ke ok ni?" Salmiah merasa risau.

"Betul. Lagipun rumah kita dah tak jauh dah. 5 minit lagi dah nak sampai." Supian meyakinkan isterinya.

"Kalau abang cakap macam tu takpe lah." Balas Salmiah. Namun di dalam hatinya penuh kerisauan.

Dia sendiri tahu bahawa suaminya itu seorang yang mudah mengantuk. Ini kerana kerja suaminya sebagai pengawal keselamatan yang terpaksa bekerja selama dua belas jam dalam masa sehari.

Dengan waktu dirumah yang pendek, sudah pasti lelaki itu tidak dapat rehat yang mencukupi. Malah hubungan kelamin mereka juga agak hambar memandangkan lelaki itu sentiasa keletihan setiap kali pulang dari kerja.

Dia sebenarnya sudahpun menasihati lelaki itu untuk tidak mencari pakaian Nur Dhuha pada sebelah malam. Dia mencadangkan untuk mereka mencari pakaian itu pada sebelah siang ketika lelaki itu bercuti.

Namun suaminya itu berkeras mahu juga mencari pada malam ini. Ini kerana harijadi Nur Dhuha sudahpun semakin hampir. Jadi lelaki itu tetap berkeras mahu mencari pakaian untuk anak mereka secepat mungkin.

Sedang Salmiah mengelamun, tiba-tiba dia perasan bahawa kereta yang dipandu oleh suaminya sudahpun memasuki jalan bertentangan. Dia cepat-cepat mengejutkan tubuh suaminya itu.

Kejutannya berjaya menyedarkan Supian dari lena. Namun semua sudah terlambat apabila tiba-tiba sebuah lori trelar muncul di hadapan mereka. Tiada apa lagi yang mampu mereka lakukan ketika ini.

==================================================================================

Nur Adila memandang jam di dinding dan kelihatan waktu sudahpun memasuki pukul 12 tengah malam. Dia merasa risau kenapakah ibu dan bapanya masih lagi belum pulang walau sudah keluar terlalu lama.

Dia memandang pula wajah adiknya yang sedang berbaring di atas pehanya. Terasa begitu panas pehanya menyentuh pipi adiknya memandangkan dia hanya mengenakan gaun tidur yang singkat.

Jadi pehanya dapat merasa bertapa panas suhu badan adiknya ketika ini. Dia mengambil tuala kecil di tepi sofa, lalu menuam dahi adiknya. Tidak tahu kenapakah adiknya boleh demam secara tiba-tiba.

"Tuk! Tuk! Tuk!" Kedengaran pintu rumah diketuk.

Nur Adila mengalihkan kepala Nur Dhuha dari atas pehanya secara perlahan-lahan. Setelah berjaya, dia bangkit dan menuju ke pintu rumah. Dia merasa lega kerana orang tuanya akhirnya pulang juga.

Namun kelegaan di hatinya terbantut setelah melihat orang yang berada di hadapan rumah bukanlah ibu bapanya, sebaliknya adalah polis. Ini membuatkan jantungnya berdegup dengan begitu kencang.

"Ini rumah Supian dan Salmiah ke?" Soal Polis itu.

"Ye ni rumah diorang. Kenapa tuan cari ayah saya?" Soal Nur Adila yang jantungnya berdegup dengan kencang.

Bersambung...

1. Bersaksikan BulanWhere stories live. Discover now