"Bukannya tak tenang, tapi keluarga aku besar. Atuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu, semua tinggal satu bumbung. Kau dah boleh agak kan macam mana keadaan rumah kalau terlalu ramai." Jelas Zakiah.
"Yeke? Kat kampung kau ada kolam air panas tak?" Nur Dhuha mengubah topik.
"Tak pasti lah aku. Kenapa kau tanya?" Zakiah berasa pelik.
"Kau nampak tak bulatan zink tu?" Nur Dhuha menuding ke arah satu kawasan di luar rumahnya.
"Nampak, kenapa?" Soal Zakiah.
"Kat dalam tu ada telaga air panas. Arwah atuk aku yang buat telaga tu dulu. Nak try mandi air panas tak?" Pelawa Nur Dhuha.
"Sekarang baru pukul sembilan pagi, tak awal sangat ke nak mandi?" Soal Zakiah.
"Waktu macam ni lah sesuai mandi. Tengahari nak mandi, memang bersauna lah jawabnya." Terang Nur Dhuha.
"Kalau macam tu ok lah." Zakiah bersetuju.
Tanpa berlengah, kedua-dua mereka mencapai tuala mereka dan menuju ke luar rumah. Mereka berjalan ke kawasan yang dikelilingi dengan zink tersebut. Mereka terus masuk ke dalam kandangan zink itu.
"Dah berapa lama telaga ni atuk kau bina?" Soal Zakiah setelah mereka berada di dalam kandangan itu.
"Sebelum aku lahir lagi." Balas Nur Dhuha.
"Patutlah macam dah lama je design telaga ni. Selain daripada keluarga kau, ada orang lain tak datang mandi dekat sini?" Soal Zakiah lagi.
"Ada lah juga orang kampung yang tahu tentang telaga ni. Kenapa kau tanya?" Soal Nur Dhuha sebelum menutup pintu yang juga diperbuat daripada zink.
"Yelah mana lah tahu time kita mandi ni tiba-tiba ada orang lain datang sini." Zakiah berasa risau.
"Jangan risau, tak ramai yang tahu tentang telaga ni. Kalau yang tahu pun jarang datang waktu ni. Diorang datang time cuti sekolah je." Jelas Nur Dhuha.
"Kalau macam tu ok lah. Risau pula tiba-tiba ada orang lain nampak kita mandi." Balas Zakiah.
Dia kemudian pergi ke dinding, lalu menyalin pakaian di tubuhnya. Dia kini mengenakan kain batik dan dalam keadaan berkemban. Apabila dia memalingkan tubuhnya, alangkah terkejutnya pabila melihat keadaan Nur Dhuha.
Rakan baiknya itu kini sudahpun berbogel tanpa ada seurat benang pun di tubuh. Ini adalah kali pertama dalam hidupnya dia melihat wanita berbogel di hadapan matanya. Dia terus melarikan pandangan matanya.
"Kenapa ni Kiah?" Soal Nur Dhuha setelah melihat wajah Zakiah kemerahan.
"Kau mandi tak pakai apa-apa ke?" Soal Zakiah.
"Selalunya aku dengan kakak-kakak aku mandi dekat sini tak pakai apa-apa pun. Kenapa kau tanya?" Soal Nur Dhuha lagi.
"Macam mana kalau tiba-tiba ada orang lain datang sini, lagi-lagi kalau lelaki?" Zakiah menjadi gusar.
"Eyy kan aku dah cakap takde orang datang waktu macam ni. Kalau diorang datang pun diorang akan minta izin dengan mak aku dulu. Jadi mak aku akan panggil kita nanti kalau ada orang." Jelas Nur Dhuha.
"Kalau macam tu ikut kau lah." Balas Zakiah tanpa memandang ke arah Nur Dhuha kerana malu mahu merenung tubuh bogel itu.
"Kau nak mandi berkemban kain batik tu ke?" Soal Nur Dhuha.
"Haah, kenapa?" Soal Zakiah.
"Air panas ni baik untuk melicinkan kulit kita. Kalau pakai kain batik tu, takut kulit kau tak kena air dengan rata." Jelas Nur Dhuha.
"Eyy taknak lah bogel, malu aku nak mandi bogel." Balas Zakiah.
"Ikut lau lah." Nur Dhuha kemudian duduk di benteng kolam air panas tersebut.
Dia kemudian merendamkan kedua-dua belah kakinya ke dalam kolam tersebut. Setelah melihat apa yang dilakukan, Zakiah kemudian meniru perbuatan Nur Dhuha. Dia merendamkan kakinya ke dalam kolam tersebut.
"Ehh panasnya air ni." Zakiah cepat-cepat mengangkat semula kakinya dari dalam kolam tersebut.
"Ye memang panas air ni. Nama pun kolam air panas." Balas Nur Dhuha.
"Macam mana nak mandi air panas macam ni? Dah rasa macam kena masak pula badan ni." Zakiah tidak mengerti.
"Tu lah sebabnya kena rendam kaki dulu untuk tubuh kita boleh terima suhu air ni. Bila kaki kita dah tak rasa panas lagi, baru kita masuk ke dalam kolam." Jelas Nur Dhuha lalu melangkah kakinya ke dalam kolam tersebut.
Zakiah sekali lagi memasukkan kakinya ke dalam kolam tersebut. Walaupun terasa sungguh panas kakinya ketika ini, dia hanya bertahan sahaja. Seketika merendam kaki, dia mula terasa kakinya tidak panas lagi.
Dia kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam kolam tersebut. Sungguh panas setiap inci kulitnya apabila berada di dalam kolam tersebut. Dia tidak berdaya, lalu cuba untuk naik semula ke atas.
"Ehh kau nak pergi mana pula tu?" Nur Dhuha memegang tangan Zakiah supaya gadis itu tidak pergi.
"Aku nak naik atas lah, tak tahan sangat badan ni." Balas Zakiah.
"Sekejap je rasa panas sebab body kau belum biasa lagi dengan suhu ni. Kejap lagi bila body kau dah boleh adapt dengan suhu ni, kau dah tak rasa panas lagi." Terang Nur Dhuha.
"Tapi aku dah tak tahan sangat ni." Ujar Zakiah lalu cuba keluar daripada kolam itu, namun Nur Dhuha menarik tangannya dan mendakap tubuhnya.
"Kalau kita berpeluk, lagi cepat kau boleh adapt dengan suhu ni." Jelas Nur Dhuha.
Zakiah mengalah lalu membiarkan sahaja Nur Dhuha memeluk tubuhnya. Benar dengan apa yang diperkatakan kerana badannya kini semakin menyesuaikan diri dengan suhu air di dalam kolam itu.
Kini dia semakin selesa berendam di dalam kolam air panas itu. Bukan sahaja dia selesa di dalam itu, malah dia juga berasa sungguh nyaman dipeluk oleh Nur Dhuha. Apatah lagi rakannya itu sedang berbogel.
Terasa sungguh lembut di dadanya apabila bersentuhan dengan gunung yang tergantung di dada Nur Dhuha. Barulah dia sedari rakan baiknya itu mempunyai buah dada yang bersaiz agak besar.
"Macam mana, dah selesa ke berendam dalam air ni?" Soal Nur Dhuha setelah seketika berpelukan.
"Dah, rasa selesa sangat. Rasa macam toksin dalam badan kita mula keluar." Jelas Zakiah.
"Kan aku dah cakap yang mandi kolam air panas ni memang menyelesakan. Ia boleh buatkan kulit kita semakin tegang dan licin." Jelas Nur Dhuha.
"Patutlah kulit kau cantik sangat." Puji Zakiah lalu mengusap lembut lengan rakannya itu.
"Cantik ke kulit aku? Biasa-biasa je." Nur Dhuha menjadi malu pabila dipuji.
Dia kemudian meneruskan mandiannya di dalam kolam tersebut. Zakiah hanya memerhati rakannya itu mandi dengan penuh gembira. Tiba-tiba ada satu perasaan yang muncul di dalam dirinya.
Perasaan yang ganjil apabila melihat rakan baiknya itu mandi tanpa berpakaian. Ini adalah kali pertama dia melihat wanita bogel di hadapan matanya. Apatah lagi yang berbogel itu adalah gadis secantik Nur Dhuha.
"Kiah, kau boleh sabunkan badan aku tak?" Pinta Nur Dhuha yang kini sedang mencapai botol sabun yang diletak di tepi kolam.
"Tak kotor ke air kolam ni kalau dah bercampur dengan sabun?" Zakiah inginkan kepastian.
"Tak kotor lah sebab air ni mengalir, cuba tengok tu." Nur Dhuha menuding jarinya ke arah lubang yang terdapat di dinding kolam itu. Kelihatan ada laluan air keluar dari kolam dan menuju ke sungai tidak jauh dari situ.
"Air dalam ni akan mengalir keluar lalu lubang tu, lepas tu air baru akan masuk dari dalam tanah. Tu lah sebabnya air dalam kolam ni sentiasa bersih." Tambah Nur Dhuha lagi.
Bersambung...
YOU ARE READING
1. Bersaksikan Bulan
Romance🔞🔞🔞 Ikutilah kisah perjalanan hidup Nur Dhuha yang dipenuhi dengan ranjau dalam mencari cinta sejati dalam Bersaksikan Bulan.