Air mata Nur Dhuha mula mengalir membasahi pipinya setelah selesai membaca surat itu. Dia merasa sungguh kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Suhaimi. Tergamak lelaki itu pergi tanpa memberitahu dirinya terlebih dahulu.
Apakah persahabatan yang telah terjalin setelah sekian lama ini hanya satu perkara kecil bagi diri lelaki itu? Apakah janji-janji yang telah ditabur oleh lelaki itu hanyalah omong kosong? Terasa sungguh remuk hatinya ketika ini.
Dia masih belum puas menerima kasih sayang dan perhatian daripada lelaki itu. Dia inginkan lelaki itu sentiasa berada di sampingnya. Kini apa yang dia mampu lakukan adalah menangis sepuas-puasnya.
==================================================================================
Dua tahun sudah berlalu semenjak Suhaimi menghilangkan diri daripada pandangan Nur Dhuha. Walaupun sudah dua tahun telah berlalu, namun Nur Dhuha tidak pernah lupa akan lelaki itu walau seketika.
Dia sentiasa berdoa dan berharap lelaki itu akan muncul dalam hidupnya kembali secepat mungkin. Bukan sahaja dua tahun, dia rela menanti sehingga bila-bila. Dia yakin lelaki itu akan muncul jua suatu hari.
Kini dia sudahpun berada di tingkatan empat. Memandangkan keputusan PMR dirinya agak memuaskan, dia kini mengambil jurusan sains tulen. Dia mula melangkah kakinya ke kelas tersebut buat kali pertama.
"Hai, nampak gayanya kita sekelas lah." Tiba-tiba satu suara menegurnya sebaik dia melangkah kaki ke dalam kelas tersebut. Nur Dhuha memaling wajahnya untuk melihat gerangan si penegur.
"Eyy dia ni, nak tegur-tegur orang pulak dah nak kenapa." Omel Nur Dhuha lalu berjalan pantas menuju ke mejanya.
Dia merasa tidak senang berada berhampiran dengan lelaki itu. Walaupun sudah enam tahun berlalu, dia masih tidak dapat melupakan dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu bersama dengan abangnya.
Lelaki itu adalah Amar, seorang kaki buli di sekolah rendahnya dahulu. Dia pernah membelasah lelaki itu suatu ketika dahulu. Setelah itu, lelaki itu telah menggunakan abangnya untuk membelasah dirinya.
Nasib baiklah ketika itu Suhaimi datang dan membantu dirinya. Semenjak itu lelaki itu tidak lagi berani membuat onar terhadap dirinya. Siapa sangka setelah sekian lama, mereka kini menjadi rakan sekelas.
"Tak sangka kita berjiran dalam kelas ni." Kini lelaki itu duduk di meja yang berada di sebelah Nur Dhuha.
"Aduh dalam banyak-banyak meja dalam kelas ni, kenapa sebelah aku jugak dia duduk!" Getus hati Nur Dhuha dengan geram.
Namun dia tidak mampu melakukan apa-apa memandangkan tempat di dalam kelas itu telah ditetapkan oleh guru sebelum mereka memulakan sesi persekolahan lagi. Mahu tidak mahu dia terpaksa akur.
==================================================================================
Dua minggu sudah berlalu semenjak sesi persekolahan bermula. Sedang rakan-rakan sekolah yang lain bergembira kembali ke sekolah, namun tidak bagi Nur Dhuha. Ini kerana seorang pelajar yang duduk di sebelahnya.
Walaupun lelaki itu tidak melakukan apa-apa kejahatan kepada dirinya, namun dia tidak pernah selesa berhampiran dengan lelaki itu. Mungkin kerana peristiwa yang terjadi pada beberapa tahun lepas.
"Kau tak pergi kantin ke?" Tegur Amar ketika waktu rehat sudahpun bermula.
"Tak lapar." Balas Nur Dhuha acuh tak acuh.
"Kau tahu tak mak aku kerja tukang masak. Jadi setiap hari dia akan bekalkan makanan untuk aku. Nak rasa tak?" Pelawa Amar lalu mengeluarkan dua bekas makanan.
"Kan aku cakap yang aku tak lapar." Nur Dhuha mula berasa rimas.
"Kalau tak lapar pun, cuba lah rasa sikit. Mana lah tahu kalau kau berminat ke." Amar masih mengharap.
"Eyy kau ni mengganggu jelah. Yelah-yelah bak sini." Nur Dhuha akhirnya mengalah.
Jika dia sentiasa menolak, sudah pasti lelaki itu sentiasa mencuba. Jadi dia menerima pelawaan itu dengan harapan lelaki itu tidak lagi mengganggu dan mendesaknya sepanjang mereka di sekolah.
Amar menjadi sangat gembira mendengar kata-kata itu. Tanpa berlengah beliau menghulur salah satu bekas makanan kepada gadis itu. Nur Dhuha menyambut huluran tersebut dan meletak bekas makanan tersebut di atas mejanya.
Dia mula menyuap makanan itu ke dalam mulutnya dengan perasaan tidak ikhlas. Namun perasaan itu berubah setelah dia merasai makanan tersebut. Kini dia tidak henti menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.
"Sedapnya benda ni. Apa nama makanan ni?" Nur Dhuha ingin tahu.
"Tu namanya marha gulyas beserta dengan csipetke." Jawab Amar.
"Sepetke? Benda apa ni, tak pernah dengar pun." Nur Dhuha berasa pelik.
"Tu makanan daripada Hungary. Mak aku kerja tukang masak dekat hotel yang dekat resort tu. Tulah sebabnya dia tahu banyak resepi masakan eropah." Jelas Amar.
"Yeke? Mak aku pun tukang masak jugak, tapi dia masak dekat kantin sekolah rendah je." Balas Nur Dhuha pula yang masih lagi tidak dapat berhenti menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.
"Sekolah rendah tempat kita belajar dulu ke?" Soal Amar lagi.
"Haah, tempat yang kau bajet nak jadi samseng sangat tu." Balas Nur Dhuha dengan slumber.
"Itu dulu masa budak-budak. Kau pun sama, time sekolah rendah dulu bukan main tomboy lagi." Perli Amar.
"Jangan lah diungkit kisah lama. Aku pun tak tahu kenapa dulu aku suka sangat jadi tomboy. Rasa macam cool je." Nur Dhuha tertawa kecil bila teringatkan perangainya suatu ketika dahulu.
"Dulu tomboy, tapi sekarang sangat ayu. Mana-mana lelaki tengok mesti rasa redup je mata." Puji Amar.
"Mana ada ayu, biasa-biasa je." Nur Dhuha tertunduk ke meja kerana rasa malu apabila dipuji oleh lelaki itu.
Dia yang pada awalnya sungguh berasa tidak senang bila berhampiran dengan lelaki itu, kini sungguh gembira apabila berbual dengan lelaki itu. Tanpa mereka sedari waktu rehat telahpun menuju ke penamat.
Ketika itu lah pelajar yang lain mula memasuki kelas. Mereka berdua cepat-cepat menganjakkan diri supaya rakan sekelas tidak mengesyaki apa-apa.
==================================================================================
Nur Dhuha hanya berbaring sambil merenung syiling. Pejam celik pejam celik, kini sudah dua bulan dia berada di tingkatan 4. Hubungan dia dan Amar kini sudahpun menjadi semakin rapat semenjak tempoh hari.
Dia yang pada asalnya sangat tidak senang dengan lelaki itu, kini semakin terbuka untuk berkawan dengan lelaki itu. Semenjak daripada tempoh hari, hubungan di antara mereka berdua semakin baik.
Barulah dia sedar sebenarnya lelaki itu tidaklah sejahat yang dia sangka. Mungkin kerana enam tahun sudah berlalu, sudah pasti perangai lelaki itu semakin matang. Nur Dhuha kini hanya tersenyum sendirian.
"Amboi, senyum panjang nampak." Tiba-tiba kedengaran satu teguran. Nur Dhuha terus memaling ke arah pintu bilik tidurnya.
"Ehh kak ngah, ada apa?" Soal Nur Dhuha sebaik melihat wajah kakaknya.
"Saja nak tengok adik angah tengah buat apa. Kenapa tersenyum sorang-sorang tu, teringat dekat pakwe ke?" Nur Qistina cuba meneka.
Bersambung...
YOU ARE READING
1. Bersaksikan Bulan
Romance🔞🔞🔞 Ikutilah kisah perjalanan hidup Nur Dhuha yang dipenuhi dengan ranjau dalam mencari cinta sejati dalam Bersaksikan Bulan.