Lee Juyeon ;
Readers as Kim Younwoo ;▼▼▼
"Bab meokja..."
Sudah kesepuluh kali ayat itu diulang ulang. Makin diulang, makin hilang nada keriangan
Suara Younwoo yang jelas menunjukkan tahap kesabaran sudah diperingkat akhir, Juyeon terus meletakkan semula dumble pada tempat asal
Hampir seharian Juyeon meluangkan masa di gym. Younwoo pula terasa diabai
"Tch... awak beria bersenam ni kenapa?" Mulalah Younwoo mahu membebel pada Juyeon
Lelaki itu hanya pasrah mendengar bebelan Younwoo
"Kan saya dah cakap? Saya nak jaga kesihatan saya dan abs saya" Balas Juyeon mengelap peluh menggunakan tuala kecil
Younwoo menghampiri Juyeon dengan mata tertumpu pada suatu bahagian tubuh Juyeon
"Abs? Awak ada abs?" Soal Younwoo sebelum meletakkan tangan pada abdomen Juyeon tanpa segan silu
Sentuhan tiba tiba Younwoo buatkan Juyeon terkedu dengan kadar degupan jantung bertambah
Younwoo mula mengusap abdomen Juyeon merasa bonggolan yang wujud pada perut Juyeon
Air liur ditelan terasa pahit. Telinga Juyeon sudah merah dengan sentuhan Younwoo. Bagaikan sekumpulan rama rama sedang berterbangan dalam perut Juyeon ketika ini
"Hm... Bolehlah..." Balas Younwoo dengan sekilas senyuman
"Awak buat apa nak jaga badan? Nak tayang dekat perempuan biar diorang terliur? Ehh takde takde! Saya je boleh tengok!" Younwoo menunding jari kearah diri sendiri
Juyeon lantas mengangguk gelabah
Younwoo tersenyum puas melihat reaksi Juyeon. Lelaki pemalu yang sensitif dengan skin-ship. Younwoo sendiri boleh mendengar degupan jantung Juyeon yang agak jelas tadi. Nampak sangat lelaki dihadapannya sekarang sedang menahan diri daripada menjerit
Suka benar mengusik Juyeon yang mudah menggelabah apabila malu. Sampai membahang pipi Lee Juyeon diusik Kim Younwoo gadis flirty paling handal
"Ataupun... awak memang ada simpan yeoja lain?" Mata Juyeon membulat mendengar tuduhan Younwoo
"A-aniyo! M-mana ada!"
"Kalau takde kenapa awak gagap?" Jari telunjuk Younwoo terarah pada Juyeon yang sudah mengambil beberapa langkah kebelakang risau jari Younwoo menusuk anak mata
Younwoo yang sudah merancang sesuatu hanya mengikut pergerakan Juyeon hingga lelaki itu tersandar pada dinding kerana tidak cukup ruang untuk bergerak
Senyuman jahat mula terukir pada bibir Younwoo kerana berjaya buat Juyeon terkepung
"Awak curang dengan saya kan?"
"T-tak! Sumpah tak!"
"Habis tu kenapa awak gagap? Tipu kan?" Younwoo mendekatkan wajahnya, manakala Juyeon mengertap bibir sedaya upaya menahan diri melayan perangai Younwoo yang saja memprovok dirinya
Habis tercalar maruah Juyeon sebagai seorang lelaki
"Kalau awak sayang saya, buktikanlah" Younwoo senyum sinis mengangkat kening sekilas
'Buktikan...? heh...'
Desis hati Juyeon sebelum dengan pantas menolak bahu Younwoo. Kini posisi mereka bertukar
Younwoo dikepung, manakala Juyeon mengepung.
Dan tanda sebarang amaran, Juyeon mendekatkan wajah lalu mencantumkan bibirnya dan juga bibir lembut Younwoo
Tangan diletak pada antara Younwoo tak mahu biarkan gadis itu lari
Younwoo seakan akan menjadi ais membeku semasa bibir mereka bertaut. Langsung tak bergerak. Seram sejuk hingga wajah bertukar pucat terkejut seperti baru melihat hantu
Lama kemudian, Juyeon mengangkat wajah memandang reaksi Younwoo dengan senyuman puas
"Tch tch tch... Kenapa ni awak? Tadi awak yang terlebih agresif? Lee Younwoo shi?" Usik Juyeon mengelus wajah merah tomato Younwoo
Saja Juyeon menukar dan menekankan nama keluarga Younwoo memandangkan mereka merupakan pasangan suami isteri
Younwoo putus kata kata. Otaknya seakan akan lupa cara untuk bernafas disebabkan perangai Juyeon yang bertukar
"Lain kali jangan cabar saya. Ye memang saya pemalu tapi... " Juyeon mendekatkan diri pada telinga Younwoo
"...saya tak tunjuk belang saya lagi.
Hati hati ya sayang?" Bisik Juyeon dengan nada menggodaDouble attack? Tidak. Ini infinity attack. Habis tak terkata kata Younwoo dibuat Juyeon
"Dah saya lapar. Jom pergi makan. Jangan sampai saya gigit awak dekat sini. Tak padan dengan pendek, suka hati provok orang!" Pipi Younwoo dicubit geram dengan senyuman mesra
Hilang Juyeon versi menggoda tadi bertukar comel
"Saya nak salin baju kejap" Ujar Juyeon kemudian keluar dari bilik Gym
Younwoo masih berdiri di posisi yang sama sebelum perlahan lahan jatuh kebawah kerana lutut terasa lemah
Dada bahagian jantung dipegangnya merasai debaran yang begitu kuat
"Aahhh hajimaa! Janganlah degup laju sangat. Nanti tengok muka dia terus blushing. jaebal gumanhae!!!" Rengek Younwoo mahu menangis agar jantung tidak berdegup kencang
Sedaya upaya cuba menenangkan diri, tetapi disebabkan apa yang Juyeon lakukan tadi, jantung kembali bekerja keras
"Aishhhh! Lee Juyeon! Sebabkan kau--"
"Nae? Sayang panggil saya?" Juyeon menjengahkan kepala di pintu sebelum masuk menghampiri Younwoo
"Kenapa? Nak saya teman awak mandi?" Terbeliak mata Younwoo mendengar
"N-no!"
Juyeon membongkokkan diri lalu mencempung tubuh Younwoo yang meronta ronta untuk turun
"A-apani?! S-saya nak turunlahhh!!!"
"Sejak bila awak gagap?" Juyeon menjungkitkan sebelah kening memandang Younwoo
Terus Younwoo membenamkan wajah pada bahu Juyeon sambil menampar dada lelaki itu kerana tak boleh manahan diri sendiri
"Gumanhae! Fine awak menang!"
"HAHAHAHA! Comel! Ini yang bertambah sayangggg ni!"
▲▲▲
🍁: Special for birthday boy <3
a.k.a jodoh orang... awuch...
that's hurt😭𝕊𝕡𝕖𝕔𝕚𝕒𝕝 𝕥𝕒𝕘; NasuhaDania ❤️
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: