Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
▼▼▼
"Selalu awak kacau saya, kan? Hari ni turn saya pulak nak kacau awak"
Sangyeon tergelak kecil. Dia yang sedang sibuk mengilap senjata yang ada menoleh kearah aku dengan sengihan
"Tiba tiba?" Soalnya
Aku terkaku sekejap
Mahu tak terdiam? Kalau dah dia tanya macam tu dengan mata seksi dia sambil telah lap pisau dia tu. Auto nervous aku
Mood aku hari ini nak buat Sangyeon annoyed dengan aku. Sisi nakal sudah muncul sebab aku tengah bosan
Walaupun Sangyeon ni mafia yang boleh bunuh aku dengan sepetik jari sahaja, aku tak takut. Sebab dia je target terdekat untuk aku kacau
Siapa suruh kawin dengan aku? Padan muka kena layan perangai nakal seorang Chaewon
Aku mendekat kearah dia sebelum memegang sebilah katana berharga milik dia
Walaupun dia cuma beri pandangan biasa, aku boleh baca apa yang terkandung dalam fikiran dia. Cuak. Daripada dulu dia larang aku dariapda sentuh senjata purba ni
"Apa jadi kalau saya bukak sarung katana?"
"Don't" Ujar Sangyeon singkat dan tegas
Satu patah perkataan yang terselit amaran dan akibat
Jangan bukak. Sebab kalau aku bukak, aku akan kena akibatnya
"Kalau saya nak tarik jugak?" Senyuman menjengkelkan diukir sambil perlahan lahan menarik bilah pedang itu
Panjang dia menarik nafas
"Kau tahu apa akan jadi bila kau bukak"
"Oh no. Saya tak tahu apa akan jadi. What will happen? Ada genie akan muncul ke? Manalah tahu en? Boleh dia tunaikan permintaan saya" Pandangan Sangyeon kini makin bertambah serius
Pisau belati yang diasah tadi diletak di tempatnya
Kini dia menghadap aku memberi perhatian 100%
Salah satu petanda supaya aku berhenti. Kerana usikan aku dah capai hadnya