Kim Sunwoo;
Eric Sohn;
Readers as Hana;▼▼▼
"Tak tak weh! Aku-- aku bukan menipu! Sumpah weh, sumpah!"
Tubuh genit Hana ditolak kuat oleh sepasang tangan hingga tubuh gadis itu berlaga dengan dinding di belakang. Sudah tak ada jalan keluar. Mahu tak mahu, terpaksa dia melayan dua beradik gila yang berlainan ibu ini
Seorang sudah bercekak pinggang, seorang lagi memikul batang besi di bahu. Kedua duanya menghampiri Hana. Ketakutan Hana dibuatnya. Terketar lutut terasa lemah kaki hendak berdiri. Akhirnya, Hana jatuh melutut di hadapan mereka
Sunwoo dan Eric berdiri di hadapan Hana. Mata memandang ke bawah memerhati gadis yang sudah menggeletar dek ketakutan hingga melutut tanpa di suruh itu. Bibir Eric mengoyak senyuman sinis
"Good girl" Sebutnya berdiri melihat Hana melakukan sesuatu tanpa diberitahu terlebih dahulu
"Cepatlah" Sunwoo pula bersuara sambil memandang Hana tajam
"Ce... cepat apa?" Soal Hana. Bingung. Otak tak mampu hendak berfungsi dan kenyataan Sunwoo teramatlah kurang jelas
"Defence diri sendiri. Aku nak dengar alasan kau menipu kitorang. Kau cakap kau nak putus dengan dia. Tapi kenapa aku nampak kau dengan mamat toxic tu dekat shopping mall" Liur diteguk kelat
Susah benar dapat kawan jenis possessive dan psycho sebegini. Tahu tahu kena ugut
"Dia... min--mintak tolong aku teman dia keluar... so..."
"SO?!"
Thang!
Sengaja Eric mengetuk dinding menggunakan batang besi itu. Hendak menggertak Hana. Mulut kecil itu terlalu lambat dan perlahan. Mahu bercerita, tetapi tersekat sekat
Eric bukan penyabar
Tubuh Hana terhinjut dek bunyi kuat ketukan itu. Makin hendak menangis rasanya
Sunwoo sudah berdecit sambil menjeling ke arah Eric
"So?" Soal Sunwoo meminta Hana supaya menyambung. Langsung tidak pedulikan esakan kecil Hana ketika ini. Nanti boleh pujuk. Mereka cuma mahukan penjelasan
"A-aku ikut la dia hiks... Sebab dia cakap dia tak reti nak guna machine order tiket dekat wayang tu... T-tapi tiba tiba dia ajak aku tengok sekali katanya u-upah sebab tolong dia. A-aku tak perasan pulak cerita yang d-dia tengok tu... rated r movie"
"Dan kau hampir kena cabul dengan dia. Kalau tak ada kitorang dalam tu? Agak agak apa dah jadi dengan kau?" Bebel Sunwoo yang sudah bercekak pinggang di hadapan Hana. Hana mendongak kepalanya memandang ke arah Sunwoo sambil tersedu sedu menangis
"T-tapi... korang buat apa tengok cerita lu--"
"HEY DIAM! Tak payah tahu kenapa! Sekarang aku nak dengar kau cakap terima kasih! Bukannya tanya balik!" Tersentak tubuh genit Hana dijerkah Eric. Memang niat dia untuk menghentikan pertanyaan Hana tadi. Bahaya kalau bocor
"T-thanks korang..." Hana bersuara
"Janji dah tak buat lagi. P-promise" Sambung Hana sambil mengangkat jari kelingking sebagai tanda mengunci janjinya
Sunwoo tergelak sinis
"Pandai. Dah, bangun sekarang. Tak payah janji pun tak apa. Kau memang takkan jumpa pun mamat toxic tu" Kata Sunwoo sambil memandang Hana bangkit daripada melutut
"Forever" Sambung Eric membuatkan Hana mengerut dahi
"Hah?"
"Aku cakap forever, pekak"
"Hah?"
Terpejam mata Eric sambil melepaskan keluhan berat
"Penatlah kadang" Mata diguling menyampah. Dah ulang pun tak faham lagi
"Korang berdua... Buat apa dekat dia?" Hana memandang mereka silih berganti. Curiga dengan dua orang jejaka ini. Perangai psycho tak boleh buat main
"Nothing. Cuma, kau ada dress hitam?" Soal Sunwoo tiba tiba
"Untuk apa?"
"Ada tak? Yes? No?" Hana mengerut dahi
"Ada--"
"Yang 5 tahun lepas punya? Tak payah, tak payah. Jom ikut aku beli dress baru. Yang kau punya tu warna dia dah lusuh sangat. Biar aku belanja kau dress hitam baru. Gucci? Chanel? Anything you want! Jom!" Eric menarik tangan Hana mengikut langlah lajunya. Tak semena mena tubuh genit itu diheret Eric
"Untuk apa? Aku pakai pun bila ada orang meninggal je"
"That's the reason why, silly"
"You must look stunning for this funeral"
"it's FUNeral"
▲▲▲
🍁; ENTAHLA NYAH
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: