Kim Sunwoo;
Readers as Soyeon;▼▼▼
"Phantom thieve kerap berkeliaran keliling kawasan rumah kita. Pastikan kamu tidur awal, kunci pintu dan tingkap bilik kamu"
Pesanan appa hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri
Sejejak sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku terus tutup pintu bilik dan kunci
Tingkap bilik dibuka seluas boleh. Begitu juga dengan pintu beranda. Kalau boleh, nak aku cabutkan saja pintu bilik tu
Phantom thieve tu nak ceroboh bilik aku? Silakan. Aku alu alukan kedatangan dia
Sekali, dia pernah ceroboh masuk rumah. Aku berada di dapur ketika itu hendak meneguk air pada pukul 2 pagi kerana kehausan bila tiba tiba sebilah pisau diletakkan pada leher aku sambil satu tangan memegang pinggang aku dengan lembut
"Aku takkan cederakan kau... Tapi... Aku haus. Aku nak minum air"
"S-susu? Kopi? Milk choco? Apa apa saja. Asalkan awak tak bunuh saya"
"Bukan chagi. Aku nak yang ini"
Cawan aku yang masih berisi air diambilnya daripada tangan dengan lembut sebelum diteguk rakus
Sempat juga aku menjeling untuk memandang wajah dia daripada tepi
Side profile dia sungguh sungguh menawan. Jawline, lengkuk hidung dan bibir semuanya sempurna. Halkum dia bergerak semasa meneguk air tu
FUH
Aku nak jumpa dia lagi. Harap harap dia datang harini. Tolonglah datanggg ㅠ.ㅠ
"Thanks, chagi"
ayat itu buat aku tersenyum sorang sorang
Aku dah angau dengan dia ke? Mungkinlah mungkin...
Malang betul aku tak cam muka dia malam tu. Semuanya sebab dia pakai semula mask selepas dia meneguk air
Aku berada di luar beranda bilik. Menanti agar dia datang
Daripada berdiri di hujung tebing, aku mengambil tempat di kerusi pula. Daripada duduk, aku baring
Lama lama hampir berjam aku tunggu
"Haih... Soyeon... Apa yang kau fikir? Dia takkan datang..." Gumam aku
Terus aku bangkit daripada duduk. Dengan kecewanya aku berjalan kembali masuk ke dalam bilik
Pintu beranda di tutup dengan rapat
"Tunggu aku?"
Bila terdengar suara asing di dalam bilik, aku terus menoleh ke belakang
Satu figura seseorang sedang berdiri di pintu bilik. Aku tak boleh nampak dengan jelas kerana lampunya tidak dibuka
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: