Kim Sunwoo;
Readers as Jiyoung;▼▼▼
"Chagiya~"
"Nae yeobo~?"
"Saya milik awak"
"Mhmm~"
"Awak milik sayaa~!"
"Aww~ Syini dekat cikit! Saya nak kiss!"
"Argghh~ Malulah orang tengokkk~!"
"Alah biarlahh~"
Tangan menongkat dagu sambil kepala dipalingkan pada dua pasangan burung merpati yang sedang menumpahkan gula dalam restoran depan mata aku
Bukan aku seorang saja di posisi ini, Sunwoo juga sama. Kedua dua kami bagaikan sebuah seni di museum. Menjadi patung dengan tangan bertongkat dagu memandang tempat yang sama
Perlahan air mata aku mengalir
Elok pula ada dua orang makhluk berkelakuan aneh bersweet sweet sejam selepas aku putus dengan teman lelaki aku
Begitu juga dengan Sunwoo. Dia baru sahaja putus dengan teman wanita dia 5 jam lepas
Tiba tiba sehelai tisu muncul hadapan muka
"Jiyoung jangan menangis... Aku penat nak pujuk kau ni..." Gumam Sunwoo tangan masih menghulur tisu
Terus aku capai dan mengesat air mata
"Apa nak jadi dengan kita ni weyh? Kenapa dua dua kena curang? Siapa nak pujuk siapa kalau macam ni?"
"Itulah... aku tak pernah rasa broken macam ni. Kau tahu, kan? Aku susah nak suka dekat seseorang. Tapi--" Belum sempat dia hendak habiskan ayat, aku terlebih dahulu hulur tisu pada Sunwoo setelah melihat mata dia yang berkaca
"Mana ada aku menangis. Aku lelaki. Tak boleh menangis" Ujarnya mencapai tisu daripada tangan aku
"I-ini sebab habuk" Sambung dia lagi sambil kesat air mata dia. Aku mengangguk faham
"Hati aku rasa sakit sangat sangat. M-macam ada semut tengah gigit gigit"
"Semut?"
"Eo!" Jawab aku lalu sambung menangis
Seketika kemudian, makanan yang kami pesan tiba. Dulang dihempas separa kuat hadapan kami buat bahu kami terjungkit
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: