Lee Juyeon;
Readers as Minyoung;▼▼▼
"Saya sibuk kerja, tak bermaksud saya curang dengan awak"
"Awak tak ada masa dengan saya. Why? Ada orang lain dekat tempat kerja?"
"Apa benda yang awak merepek ni?!"
"I knew it! Saya ni dah tak cantik dekat mata awak, kan? Sah awak dah ada orang lain!"
"Minyoung awak dah melampau"
"Mengaku jelah! Lelaki semua sama! Bila dah dapat, tak reti jaga elok elok! Lepas tu dah cantik, cari yang baru!"
"Perempuan. Bercakap tak pakai otak"
"Excuse me?"
"Saya nak keluar"
"Saya taknak disebabkan bergaduh, saya tak sengaja cederakan awak"
Setitis demi setitis air mata aku jatuh disambut oleh bantal yang sedang aku peluk. Bunyi esakan juga bergema di seluruh pelusuk bilik tidur ini
Bermacam macam perkara negatif berlegar di dalam ruang fikiran mengenai kesetiaan Juyeon terhadap aku lepas apa yang dengar daripada seseorang
Katanya, dia ada perempuan lain dekat tempat kerja
Makinlah aku rasa sedih dan overthinking
Dia dah tak suka aku ke? Sebab sejak kebelakangan ini dia jarang luangkan masa dengan aku
Sumpah hati aku rasa sakit bila fikir
Selimut ditarik menutup dada sambil tangan memeluk bantal dengan erat. Sudah jauh larut malam. Aku cuba paksa mata untuk tidur. Tapi tak boleh
Aku asyik menangis tak berhenti. Takut yang Juyeon akan tinggalkan aku suatu hari nanti
Ada ke orang akan faham perasaan aku? Jujur aku perlukan pelukan seseorang sekarang sambil pujuk aku supaya aku tenang. Aku sayang dia sangat sangat. Sampai aku takut kehilangan dia
"h-hiks hiks..." Makin bertambah pula esakan aku
Kiieet...
Pintu bilik tidur tiba tiba terbuka. Dengan refleksnya aku mengetap bibir dan mengatup mata rapat. Tak mahu kantoi aku sedang menangis
Beberapa saat kemudian, terasa katil dinaiki seseorang. Aku sedang berpaling membelakangi pintu. Tak mahu Juyeon tahu aku masih berjaga
Selimut terangkat sedikit menandakan dia sedang bersedia untuk tidur
Namun sangkaan aku meleset apabila terasa lingkaran tangan sedang memeluk pinggang aku daripada belakang. Perlahan tubuh aku ditarik hingga berlaga dengan tubuhnya
Air liur ditelan menahan gelombang tangisan yang seterusnya
"Lelaki jenis apa aku ni?" Gumam dia sendiri
"Biarkan dia sorang sorang menangis. Sepatutnya aku yang kesat air mata dia. Bukan bantal yang tak bernyawa ni..." Makin dia tarik aku ke dalam dakapannya
"Minyoungie..." Panggilnya perlahan
Sekali lagi aku menelan air liur. Mata dikatupkan tidak mahu buka. Terasa jari jemari dia mengesat air mata di wajah aku
"Saya tahu awak tak tidur lagi" Katanya
"I'm here to comfort you, love. Sekarang luahkan. Kenapa awak boleh fikir saya akan curang dengan awak? Hm?" Air mata kembali mengalir
Bibir bawah digigit kuat bagi menghentikan esakan
Wajah aku diusap lembut
"Jangan tahan. Kalau awak rasa nak menangis, menangis. Kalau awak rasa nak pukul saya, buatlah. Janji jangan pendam. Saya tak suka awak sakitkan diri sendiri" Bila ayat itu disebut, aku terus memusingkan tubuh menghadap dia
Tanpa sebarang amaran aku memeluk tubuh dia. Benamkan wajah pada bidang dada dia sambil tersedu sedu menangis
Tubuh aku kembali didakapnya. Mengusap belakang badan aku perlahan memujuk
"Kenapa awak boleh fikir yang saya akan cari orang lain ni, Minyoung? Hati saya sepenuhnya ada awak. Tak ada ruang untuk orang lain. Walaupun diberi pilihan, saya tetap akan akan pilih awak"
"S-saya minta maaf... hiks... I was so scared..."
"Takut apa?"
"A-awak tinggalkan saya" Pelukan dieratkannya
"Never. Saya lagi takut awak tinggalkan saya. Sebab kalau benda tu jadi, saya hilang arah. Tujuan saya hidup cuma untuk dengan awak. Walaupun takdir awak akan tinggalkan dunia sekalipun, saya tetap akan ikut awak"
"Really...?"
"Yes, love" Jawabnya lalu mengucup dahi aku lembut
"Lepas ni, jangan menangis sorang sorang. Saya ada untuk jadi tempat takungan air mata awak. Boleh?" Aku mengangguk
"I-I'm sorry..." Ucap aku perlahan
"Bukan salah awak"
"A-awak mesti marah saya lagi sebab saya tuduh awak tadi..."
"Yep... Tapi bila saya dengar awak menangis, rasa marah tu hilang. Saya sedar ada sesuatu yang retak dalam hati awak. Sebab tu awak mula persoalkan kesetiaan saya. Dan puncanya saya" Wajah mendongak memandang Juyeon
"A-awak tak marah saya dah?" Sekilas senyuman diukirnya lalu menggeleng kepala
"Dah kurang dah lepas saya peluk awak"
"Kurang je? Tak hilang?"
"Itu--" Belum sempat dia hendak menjawab, aku terus eratkan lagi pelukan
"Erm... what are you doing?" Soalnya pelik aku berkelakuan terlebih manja peluk dia
"Nak bagi awak tak marah saya"
"Ouhh... Tapi cara ni kurang berkesan dah"
"Habis tu? Apa cara lain nak bagi awak cool down?"
Tawa dia terhambur
"Tidur jelah sayang. Harini minta maaf, esok buat lagi, kan?"
▲▲▲
🍁; Happy birthday 남친 ku♡
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: