Lee Sangyeon;
Readers as Minha;▼▼▼
"So... This is the end?"
Senyuman perit diukir sambil pandangan dibuang jauh pada lautan yang terbentang luas. Angin bayu bertiup tenang buatkan Sangyeon terasa nyaman. Nafas berat ditarik sebelum menghembus perlahan
Sementara Minha di sebelahnya, duduk menunduk sayu sedang terketap bibir. Menahan diri daripada mengalirkan air mata
Dia mengangguk memberi jawapan pada soalan Sangyeon tadi. Terlihat anggukan Minha dengan ekoran mata, Sangyeon ukir senyuman lagi sebelum kepala di tundukkan ke bawah
Kecewa dan sedih dalam hati walaupun reaksinya kelihatan tenang
"Aku minta maaf" Minha bersuara
"Kau dah nak tinggalkan aku harini. Kau ada berbulan masa untuk bagitahu aku. Tapi tengoklah" Sangyeon menoleh ke arah Minha
Wajah pucat dan cengkung gadis itu dipandang. Beanie hitam yang dipakai Minha buatkan hati Sangyeon terasa dirobek pisau. Tahu rambut beralun Minha yang menambah seri anggunnya sudah tiada. Keadaan gadis itu sungguh sadis buatkan Sangyeon kecewa
"Masa kau dah tak panjang. Kenapa? Kenapa sekarang baru kau nak bagitahu? Kenapa waktu aku tak boleh luangkan masa dengan kau macam dulu juga kau nak bagitahu?" Dahi Sangyeon berkerut seribu. Suara masih terkawal. Tiada nada tinggi untuk mengherdik Minha yang sudah menitiskan air mata
"Kau... kau sibuk. Aku tak nak kacau. Apa apa pun, tahniah, Sangyeon. Makin ramai peminat kau" Minha berucap. Mengukir senyuman paksa
"Aku bangga kau dapat kejar cita cita kau untuk jadi artis" Sambung dia lagi
Sangyeon terpaku seketika. Senyuman perit Minha buatkan hatinya rasa direntap kasar. Memaksa mata untuk merembeskan cecair jernih
Mata Sangyeon berkaca
"Jangan risau, Sangyeon. Aku akan jadi peminat nombor satu kau selama lamanya"
"Dan sekarang aku akan hilang kawan baik aku dan juga peminat nombor satu aku? Tak sama, Minha... Hidup aku takkan sama lepas ni" Sangyeon menggeleng kepala. Air mata mengalir di pipi jejaka itu. Pantas jari jemari runcing Minha mengesat air mata itu daripada jatuh ke tanah
"Aku pesan apa? Aku tak nak kau menangis sebab sedih. Kau kena gembira"
"Kau rasa, aku patut gembira ke sekarang? Gembira tengok kawan baik aku nak mati?" Suara Sangyeon naik seoktaf
Minha tergelak kecil
"Ye lah. Aku bagi kau kelonggaran. Kau boleh menangis bila kau betul betul perlu. Maaf. Aku lupa. Kita semua manusia biasa yang kadang tak boleh kawal emosi sendiri. Menangis pun salah satu cara untuk melepaskan apa yang terpendam dan buat kita relax, kan?" Sangyeon sekadar mengangguk
Minha senyum lagi. Lengan sasa Sangyeon dipeluk erat sebelum melabuhkan kepala di bahu Sangyeon
"Aku minta maaf untuk segala galanya. Aku tak bagitahu kau yang aku sakit. Sejak 4 tahun dulu sebenarnya. Aku dah pernah buat operation. Tapi dia kembali merebak dan kali ini makin cepat dan terletak dekat tempat berisiko. Tak ada pilihan, aku cuma boleh buat kemoterapi. Tapi rawatan tu pun tak berkesan. Aku buat keputusan untuk biarkan. Sampai masa, aku berserah" Minha mengeluh panjang
"Jaga diri kau elok elok. Jaga makan. Jaga parents kau. Buat diorang bangga. Jaga kesihatan kau untuk peminat kau. Okay? Walaupun aku tak ada untuk kau, orang lain ada. Kita ni makhluk Tuhan. Akan tiba masanya kita kena pergi balik ke sisi Dia. Aku tak nak kau sedih sebabkan aku. Aku nak kau gembira, demi diri sendiri. Aku tak ada nanti, tolong, aku minta tolong sangat sangat untuk teruskan kehidupan kau macam biasa" Kata kata Minha terseka seketika. Mata dipejam membiarkan cecair jernih mengalih di pipi
Terasa bagaikan kepalanya dicucuk dan otak dicengkam daripada dalam. Dah tak ada masa yang lama
"Jangan... Jangan rindu aku selalu" Bisik Minha sebelum ketawa kecil
Sangyeon sudah tak mampu menahan sebak. Pandangan dialihkan ke pesisir pantai sementara cecair jernih dan hangat mengalir di pipinya
"Terima kasih sebab jadi kawan baik aku sejak sekolah dulu" Sambung Minha
"Tak, Minha. Aku yang patut terima kasih dekat kau untuk tu. Terima kasih sebab jadi kawan baik aku dan peminat aku. Terima kasih sebab sokong minat aku sejak dulu lagi. A-aku... aku tak sempat nak balas budi kau... Aku minta maaf" Minha senyum
"Tak sempat? Kau dah balas dah budi kau. Kau buat aku gembira dan selalu luangkan masa dengan aku walaupun kau sibuk. That's more than enough" Ujarnya masih bersandar pada bahu Sangyeon
"M-maafkan aku tau? Aku minta maaf sebab sembunyikan sakit aku daripada kau. Maafkan aku, Sangyeon. Jangan tahan aku pergi. Please?" Suara Minha pecah. Tubuhnya menggeletar kecil menahan rasa sakit amat dan melayan emosi ketika ini
Sangyeon mengangguk laju
"It's okay, Minha. Aku... aku maafkan kau" Walaupun Minha cuba sembunyikan kesakitkannya, Sangyeon dapat merasai sesuatu yang janggal. Sangyeon menarik lengannya yang dipeluk Minha. Menarik bahu gadis itu agar masuk ke dalam dakapannya
"S-Sangyeon---"
"Shhh, Minha... Tak apa. Tak payah cakap. Aku maafkan. Sekarang kau kena rehat. Kau sakit" Pujuk Sangyeon. Minha sekadar mengangguk. Pinggang Sangyeon dirangkul longgar. Dahi tersembam pada bahu Sangyeon
"Kau dah lama menderita dengan sakit kau. Tiba masanya kau rehat, Minha" Ujar Sangyeon sambil mengusap perlahan belakang tubuh Minha
Lama mereka begitu, hinggalah Sangyeon dapat merasai hembusan yang berat dan tersekat hingga bahu gadis itu terhinjut. Selepas itu, tiada lagi pergerakan dikesan walaupun seinci
Tangan yang memeluk pinggang Sangyeon sudah jatuh
Sangyeon merangkul erat tubuh tidak bernyawa Minha. Tunduk sambil menangis bersama Minha dalam pelukan. Membiarkan tangisannya mengalir setelah sekian lama bertarung dengan ego sendiri
"Minha... Minha ah... Sekarang kau dah tak ada. Aku hilang kawan. Aku... aku hilang peminat setia aku"
▲▲▲
🍁; Walaupun tak ada orang peduli pun, but I'm here. Still here.
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
Fiksi PenggemarThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: