Kim Younghoon;
Readers as Ahn Soojin;▼▼▼
"Sayangkan sakit? Saya suap, ya?"
"Gumawo~"
Panas sahaja mata aku memerhati pasangan di dalam wad yang tengah bermesra mesra bermodalkan semangkuk bubur
Dia tu patah kaki. Tangan elok je lagi. Halah mengada nak bini suapkan
"Heish Soojin... Asal kau nak menyibuk ni" Gumam aku sendiri. Aku geleng kepala membuang segala pemikiran negatif itu
Biarlah diorang nak sweet sweet. Baik aku buat kerja. Banyak lagi pesakit aku nak kena lawat dan rawat hari ni
Sambil berjalan, aku urut leher perlahan. Sakit asyik tunduk sahaja daripada tadi. Tambah pula tak cukup tidur
Itulah... Siapa suruh jadi doktor?
Ouh... eomma yang suruh... Okay
Langkah diatur menuju ke bilik kerja
Tetapi langkah aku terhenti bila seorang doktor muncul daripada suatu lorong menghalang jalan aku
Masih memakai baju scrubs bewarna biru dengan stetoskop tergantung pada leher. Dia yang memakai kaca mata kelihatan lebih kacak hari ini dicampur dengan senyuman manisnya. Tambahan pula dia seorang yang tinggi lampai
Haih... jodoh siapalah dia ni? Untung isteri dia
"Chagiya. Jom lunch?" Ujarnya sambil menggoyangkan bungkusan makanan
Aku toleh ke belakang. Mana ada sesiapa
Ouh dia bercakap dengan aku eh? Ah lupa! Aku la bini dia SKSKSKSKSK
Aku tersengih lebar lalu mengangguk
Terus ringan langkah aku menghampiri dia
Tapi tiba tiba
"Hai doktor Younghoon! Wah doktor dah beli lunch? Kita makan sama sama boleh?"
Muncul si Attention Seeker. Terus mengendur senyuman aku dibuatnya
"A-ah... erm..." Younghoon pandang aku sekilas. Tetapi aku tetap dengan muka beku aku pandang Yun tak puas hati
Sibuk je dia nak goda laki aku!
"Boleh... apa salahnya?" Bagaikan pedang samurai, aku jeling Younghoon tidak puas hati
Kalau bukan sebab dekat tempat kerja, dah lama aku belasah dia! Alang alang dekat hospital en? Apa salahnya merasa duduk dalam wad?
"Kau dah tak ada kaki ke nak turun pergi cafe?" Sinis aku
"Penatlah nak turun. Aku baru lepas buat surgery 6 jam. Yang kau tak puas hati ni kenapa?" Yun jungkitkan sebelah keningnya acah acah savage
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: