Lee Juyeon;
Readers as Kang Chaewon(Cherry);▼▼▼
"Bijak Kang Chaewon bijak! Bijak sangat kau pergi tipu mafia gila tu!"
Stereng kereta yang tidak bersalah diketuk ketuk geram
Sungguh kesal dengan perbuatan yang memberi akibat padanya
Kang Chaewon, penjual senjata daripada organisasi black market sudah menipu salah seorang ketua mafia bernama Lee Juyeon yang bahaya tanpa dia sedar
Menukar pesanan senjata dengan senjata yang tidak berkualiti. Padahnya, Juyeon sedang memburunya sekarang
"Okay Chaewon. Relaks. Dia tak tahu pun kau ialah Cherry. Dia takkan jumpa kau punya. So, the plan is... Balik rumah, ambik passport lepas tu lari ke New York. Tak kisahlah ke mana mana! Asalkan bukan dalam benua Asia!" Monolog Chaewon cuba menaturalkan perasaan cemas
Kereta dipandu menuju ke rumah keluarganya memandang passport berada di rumah itu
Sampai sahaja di luar pagar, Chaewon keluar daripada kereta tanpa mematikan enjin
Langkah dibuka besar berlari ke dalam rumah. Walaupun terdapat sebuah kereta asing di luar pagar menandakan rumah keluarga didatangi tetamu, Chaewon hanya menghiraukan
Keselamatan dia lebih penting ketika ini
Pintu rumah dibuka tanpa diketuk
Tersentak penghuni rumah yang sedang bergelak ketawa di ruang tamu. Kini semua mata tertumpu pada Chaewon yang sedang terpegun
"Haih Chaewon? Tak ada angin tak ada ribut balik rumah ni kenapa? Call pun tidak, pintu rumah pun tak ketuk" Puan Kang bersuara
Chaewon membalas dengan sengihan janggal
"E-eomma mianhae. Chaewon nak kena cepat ni. Eomma ada simpan passport Chaewon?"
"Passport? Kamu nak ke luar negara ke?"
"Haah eomma. Ada hal dekat New York. Tiket dah booked. Passport pulak tinggal kat sini" Katanya tenang seolah olah para tetamu tidak memandang kearah dia
Terlalu malu untuk menoleh kearah mereka
"Chaewon, duduk sini dulu. Appa nak kamu kenal dengan Keluarga Lee" Pinta Tuan Kang
Chaewon hanya menurut. Menghampiri Puan Kang lalu duduk di sebelah wanita itu
"Puan Min Hayeon, Tuan Lee Junho"
"Annyeonghaseyo, Kang Chaewon-imnida" Sempat Chaewon tunduk hormat pada mereka berdua sebelum memandang kearah figura pemuda yang duduk bersebelahan Tuan Kang
Chaewon terkedu. Setelah otaknya memproses wajah pemuda itu, serta merta mata Chaewon terbeliak. Kadar Degupan jantung mula meningkat. Berderau darahnya mengalir keseluruh tempat
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanficThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: