🌷LJY ¦ Bad & Crazy

37 6 0
                                    

Lee Juyeon & Ryu;

Lee Juyeon & Ryu;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Prestasi kau makin merosot sejak dunia mula kenal kau. Kau makin bongkak. Ingat Lee Juyeon. Bukan susah untuk kau naik, tapi senang untuk kau jatuh"

"Aku akan gantikan kau dengan racer lain. Banyak lagi yang sama hebat macam kau dalam team kita"

Pedal minyak ditekan sehabis habisan. Terketap gigi seraya tangan menggenggam erat stereng kereta F1 yang dipandunya. Seluruh litar bergema dengan bunyi enjin yang terhasil daripada kereta lumba tersebut. Suasana hening malam, ditemani bunyi deruan enjin itu sedikit sebanyak melepaskan rasa tekanan yang dialami Juyeon

Sengaja dia memandu laju. Setiap kali selekoh, lincah tangan kekar Juyeon memutar stereng. Berdesing tayar kenderaan tersebut saat dia melakukan drift. Fikirannya serabut. Hanya ini sahaja caranya untuk Juyeon melepaskan amukannya

Bukan sengaja dia hendak mengetepikan perlumbaan F1 kerana dahagakan perhatian peminat dan media

Namun, ada seseorang. Seseorang yang membuatkan dirinya terasa tidak senang. Manusia misteri yang sering muncul entah dari mana dan mencederakannya. Fikirannya serabut!

Saat Juyeon hanyut dalam lamunan, secara tiba tiba sebuah motorsikal kelajuan tinggi Kawasaki Ninja H2R secara tiba tiba muncul di sebelah. Penunggang itu memakai serba hitam seperti selalu dengan helmet jenis fullface

"ARGHHHH!!!" Dek kerana kemunculan dia yang tiba tiba, Juyeon hilang kawalan lalu merempuh Safer Barier. Nyaris nyawa melayang, sungguh dia berterima kasih dengan teknologi dinding lembut itu

"Hidup lagi ke?"

Juyeon menoleh ke arah suara tersebut. Melihat si penunggang motor berkuasa tinggi itu berhenti disebelah kereta lumbanya

"Kau... kau siapa?" Soal Juyeon lalu melangkah keluar daripada kenderaan yang sudah tersadai di tepi

"Ryu" Jawabnya singkat seraya menilikkan kepalanya sekilas. Ryu mematikan enjin motor miliknya sebelum turun daripada motor dan menurunkan tongkat. Dia menoleh semula ke arah Juyeon. Melihat tangan kiri yang terlilit elok dengan simen

"Seriously? Tengah sakit pun nak practice lagi? Rehat tak boleh ke?" Langkah dimajukan ke arah Juyeon dan berdiri di hadapannya

"Kau nak aku patahkan tangan kanan pulak supaya kau duduk diam diam dalam rumah ke?"

Soalan itu. Walaupun wajahnya masih tertutup oleh kerana topi keledar yang dipakai. Namun Juyeon dapat merasakan aura psiko daripada si dia

Ryu menghampiri Juyeon sebelum menyentuh simen yang terlilit pada lengan kirinya. Seraya itu, Juyeon tersentak dan berundur beberapa langkah

Tawa Ryu bergema dengan reaksi tersebut. Kelakar. Sungguh menghiburkan

"Kau... kenapa kau dekat sini?! Kau nak apa dari aku?" Tempik Juyeon seraya mengundur ke belakang

Ryu masih menghampirinya. Sempat susuk misteri itu mengutip sebatang besi di atas jalan. Menggenggam erat sebelah tangan sambil menghampiri Juyeon

Tatkala tubuhnya berlaga dengan dinding, Ryu memaku bahu Juyeon. Wajah Juyeon sangat rapat dengan helmet yang dipakai Ryu. Perlahan suara garau Ryu mengumam sesuatu

"The protagonist of your life is you."

"But."

"Being an antagonist of your own life story, isn't that bad." Ryu berbisik dengan lidah pekat berbahasa Inggeris sebelum menyerahkan sebatang besi itu ke dalam genggaman Juyeon

Ryu mengundur selangkah. Cermin yang menutup wajah dibukanya. Terpana Juyeon melihat jejaka itu

"K-kau..." Juyeon hilang kata. Tersungging senyuman sinis Ryu

"Aku? Aku adalah kau"

"But... your bad and crazy side" Helmet ditolak lantas tertutup. Motor yang tersadai kembali ditunggang. Laju memecut keluar daripada kawasan itu. Seraya itu, juru latih Juyeon menghampiri dengan rasa marah melihat kereta F1 yang sudah rosak di bahagian but hadapan

"LEE JUYEON! Mana kau letak otak kau hah?! Ni lah sebabnya kau tak layak dalam F1! Lagi aku akan pecat kau! Kau dah tak payah nak join mana mana pasukan! Sebab kau tak layak!"

Juyeon mengendahkan kata katanya. Batang besi yang diserahkan Ryu tadi digenggam. Lantas dia menghampiri lelaki separuh abad itu sambil mengangkat tinggi besi ke atas udara. Belum sempat dia hendak bersuara, Juyeon terlebih dahulu memukul kepalanya beberapa kali. Langsung tidak memikirkan darah yang keluar atau jasad yang terkulai layu di atas lantai

"Antagonist... Aku dah penat jadi protagonist dalam cerita sendiri"

▼▼▼

"manipolative Alter Ego. Orang yang mengalami gangguan identiti disosiatif mungkin mengalami beberapa personaliti yang berbeza, biasanya dirujuk sebagai alter."

Daripada jauh, doktor yang merawat Juyeon memberi tahu diagnosis penyakit yang dialami oleh jejaka itu kepada jurulatih Juyeon yang baharu, Lee Jaehyun, setelah kematian bekas jurulatihnya. Jaehyun mengangguk kecil seraya matanya melihat sebuah kereta lumba yang sedang dipandu di dalam litar

Sementara itu, Juyeon sedang memandu kereta lumba miliknya dengan senyuman. Disebelah, ada Ryu yang sedang terhibur sambil menjerit suka

"WUHOOO!! LAJU LAGII!" Teriak Ryu membuatkan Juyeon menekan laju pedal minyak

"Jadi, maksudnya..." Jaehyun menoleh ke arah doktor

"Juyeon and Ryu. Are the same person. Ryu tak pernah wujud. Sekadar bayangan dia. It's a mental disorder. He hurted himself. Tapi tak pernah sedar dia yang sakitkan diri sendiri"

▲▲▲

🍁; Requested

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁; Requested. Bad & Crazy reference

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now