Lee Jaehyun;
Readers as Kim Naeun;(Chapter panjang 🤭)
▼▼▼
"2 minggu lepas, kami terpaksa tangguhkan pembedahan Hyunjae disebabkan pneumonia. Sekarang Hyunjae-nim dah sembuh. Dengan itu, prosedur pembedahan akan dilakukan esok atau secepat mungkin"
Rahang aku terjatuh mendengar kabar berita daripada Doktor Younghoon. Nampak sangat dia juga gembira kerana semasa dia terangkan pada aku, dia tersenyum
"Wah jinjayeo? Maknanya, Hyunjae akan sedar semula?" Doktor Younghoon mengangguk tersenyum bangga melihat Hyunjae
Dia sebagai doktor yang merawat Hyunjae, mestilah rasa gembira. Pesakitnya akan sembuh tak lama lagi
"Risiko pembedahan agak tinggi. Tapi, kami dah jumpa doktor pakar yang sudi membedah Hyunjae" Kata dia masih tersenyum
Pandangan aku beralih pada meja pantri. Dia tengah duduk sambil menghayunkan kaki melihat kami berdua dengan bibir dimuncungkan sedepa
Dah kenapa mamat tu?
"Itu saja. Cik Naeun, saya pergi dulu" Aku tunduk hormat padanya dengan senyuman lebar
"Kamsahamnida, Seongsaenim~" Ujar aku dengan nada teruja. Dia keluar daripada wad
"Senyum senyum... Tch. Menyampah" Aku menoleh kearah Hyunjae
Dia berdiri di katil sebelum duduk di atasnya memandang jasad sendiri sambil mengeluh
"Kau kenapa macam tak happy je? Wey kau akan sedar tak lama lagi-"
"Itu yang aku takut" Potong Hyunjae
"Takut?"
"Hampir 2 bulan aku koma. Kalau aku hilang ingatan? Doktor pun cakap aku kemungkinan ada amnesia sebab hentakkan di kepala waktu kemalangan haritu. Kalau Yura ada rancangan lain untuk bunuh aku macam mana?" Terang Hyunjae
Betul jugak... Dia cuma roh yang terkeluar daripada jasad. Mustahil dia akan ingat memori semasa dia dalam bentuk ini
"Dan... Kalau aku lupa pasal kau?" Sambung Hyunjae lagi dengan nada sedih dan perlahan
"Haih... majjayeo... Kau mungkin akan benci dan halau aku" Kata aku pula mengeluh
"Tapi kau taknak sedar ke? Banyak lagi benda yang kau kena buat untuk terus hidup. Faham tak Hyunjae?" Dia mengangguk
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: