🌷 JCM ¦ Dandelion

109 22 9
                                    

Ji Changmin;
Readers as Kwon Youngsun;

Ji Changmin;Readers as Kwon Youngsun;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Yahh Kwon Youngsun!!!"

Basikal yang ditunggang Changmin dilepaskan tidak bertongkat. Changmin berlari laju kearah Youngsun membiarkan basikal itu jatuh ke tanah

Tangan didepakan sambil kaki pantas berlari kearah Youngsun yang sudah tersenyum lebar melihat kehadiran Changmin

Tanpa berlengah, tubuh kerdil Youngsun didakap erat

"Yahh~ Aku rinduuu~" Luah Changmin makin mengeratkan pelukan

Youngsun tersengih lebar

"Apa ni? Idol mana boleh peluk peluk orang sesuka hati. Tak pasal pasal aku kena buru dengan fans kau" Changmin ketawa kecil mendengar sindiran Youngsun

Mereka meleraikan pelukan

"Q shi. Lama tak nampak" Sekilas senyuman mengejek diukir tatkala melihat wajah berkerut Changmin kerana panggilan yang disebut Youngsun

"Apa niii! Jangan panggil aku Q!" Wajah cemberut dipasang Changmin buatkan Youngsun ketawa

"Yela Changmin ahh~"

Changmin kembali tersenyum puas

"Kita nak buat apa hari ni?"

"Malam ni aku dah kena naik flight ke Seoul. Jadi sekarang kita kena luangkan masa lama lama! Okay?" Youngsun mengangguk bersetuju

"Kkaja! Naik basikal aku" Tangan Youngsun digenggam Changmin dengan erat menarik gadis itu kearah basikal yang sidah tumbang itu

"Ingat tak dulu dulu kita selalu pusing pusing kampung guna basikal ni?" Youngsun mengangguk

"Takkanlah aku tak ingat masa kau bawak turun bukit dulu? Lupa break putus. Akhirnya dua dua terjun dalam sungai! Dahlah masa tu musim sejuk!"

Changmin ketawa terbahak bahak mendengar kenangan mereka ketika waktu kecil dahulu

"Jangan risau! Aku dah pandai bawak basikal dah. Break tak rosak"

Changmin menunggang dihadapan. Manakala Youngsun membonceng

Kedua tangan Youngsun memeluk pinggang Changmin longgar

"Jangan bawak laju!" Senyuman sinis terukir di bibir Changmin

"Tak janji!" Balas Changmin mula mengayuh dengan sekuat hati. Pelukan pinggang Changmin dieratkan buat lelaki itu tersenyum lebar

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now